Sindrom Anak Kedua Nampak Tak Bahaya Tapi Boleh Calarkan Emosi Anak Mama Papa Jangan Abaikan


Sindrom anak kedua atau anak tengah adalah masalah besar pada kanak-kanak hingga ada yang mengatakan anak kedua sering menimbulkan masalah dan buat perangai. Susunan kelahiran boleh memberi kesan kepada anak-anak anda terutamanya anak kedua atau di tengah.
Sindrom Anak Kedua Nampak Tak Bahaya Tapi boleh Calarkan Emosi Anak Menurut pakar psikologi Kevin Leman dama bukunya, The Birth Order Book, anak tengah adalah anak kedua yang dilahirkan dalam keluarga lebih daripada dua adik beradik. Ada kala, anak tengah merasa kekurangan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian mama dan papa. Antara gejalanya ialah;

1.Kurang rasa memiliki
Anak tengah mungkin tidak ada rasa “memiliki” kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang untuk lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, anak tengah juga merasakan dihimpit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
Cara atasi: Mama dan papa perlu memberikan perhatian. Selalu ajaknya bermain dan ucapkan penghargaan dan memuji mereka agar mereka tidak terpinggir.
2.Rendah diri
Anak kedua atau pertengahan selalu merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
Cara atasi: Jangan  membandingkan mereka dengan adik-beradik lain dan cari jalan untuk mengawal tindak balas anak kepadanya supaya dia berasa seiring dengan anda.

3.Suka menyendiri
Selalunya  mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti serta mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian.  Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan berdikari.
Cara atasi: Adakan waktu khas untuk mama atau papa dengan dia si anak tengah. Luangkan masa untuk bermain bersama-samanya. Main peranan masak-masak atau sekadar membaca bersama-sama. Mama juga boleh mengajaknya keluar berdua sahaja tanpa membawa adik-beradik lain. Katakan hari ini girls day out!
4.Kecelaruan
Kanak-kanak yang menghidap sindrom kedua juga tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Ada juga keadaan anak tengah lebih rapat dengan kakak atau abang berbanding ibu dan ayahnya sendiri! Kebanyakan mereka yang mengalami sindrom ini mempunyai risiko kecelaruan untuk menentukan minat, menyalurkan bakat serta tiada arah tuju.
Cara atasi: Mereka mahukan perhatian anda dan kata-kata perangsang. Pandulah potensi dan bakat dirinya kepada bidang yang bersesuaian agar dia boleh melihat jelas masa depannya.
5.Keras kepala dan buat perangai
Selalunya, anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami sindrom anak pertengahan ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan diabaikan dan tidak disayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain.  Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Cara atasi: Sementelah dirinya dirasakan terabai, kata-katanya juga enggan didengari. Tidak adil bagi si kecil ini. Justeru, biarkan si kecil meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Biar dia merasakan dirinya ‘didengari’. Mintalah pendapatnya dalam apa-apa hal secara spontan. “Apa pendapat kakak kalau ibu pakai baju ini dengan seluar ini?” atau “Abang rasa kita perlu atau tidak bersihkan sangkar kucing kita? Dah kotor ke? Cuba Abang tengok?”
Mama & Papa Jangan Abaikan
TIP TANGANI AWAL SINDROM ANAK TENGAH
Sindrom anak kedua ini memanglah kelihatan tidak berbahaya namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan emosi dan psikologi si anak. Hal ini memanglah mencabar dan perlukan inisiatif dan tanggungjawab dari ibu dan ayah. Berikut adalah perkara yang boleh untuk menangani tanda-tanda awal sindrom ini.
Bersikap adil
Berikan sama rata apa jua barang atau hadiah kepada si manja dan adik- beradiknya. Misalnya untuk hadiah hari jadi si abang mendapat kamera digital manakala adiknya mendapat sebuah basikal baru manakala bagi dirinya hanyalah sebuah buku. Ini jelas tidak adil untuk si anak tengah!
Luangkan masa untuk setiap anak
Cuba ingati masa yang anda luangkan untuk setiap anak, adakah seimbang adakah adil? Jika merasakan ada anak yang ketinggalan dalam meraih perhatian anda, maka lebihkan fokus dan masa anda kepadanya untuk tempoh tertentu.
Beri perhatian
Misalnya si kecil bercerita kepadanya yang dia berasa sunyi dan ingin memasak atau bermain dengan anda. Ini tandanya dia perlukan perhatian anda. sesuaikan dengan keadaan anda. Biarkan dia membantu anda memasak kerana sekurang-kurangnya anda dan dia dapat meluangkan masa bersama-sama.
Bijak guna masa
Masa terhad di rumah menjadi kekangan untuk anda memberikan perhatian kepada setiap anak. Manfaatkan masa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tadika atau semasa makan untuk bertanya tentang perkembangan terkini dirinya. Misalnya tentang apa yang dia makan di sekolah, kawan rapatnya hadir ke sekolah atau tidak dan sebagainya. Hal ini menunjukkan anda berminat kepada dirinya dan dia rasa tidak terabai.
Cuba empati
Letak diri anda pada kedudukan anak. Dengan ini anda boleh merasakan jika dia sedang cemburu, menjauhkan diri dan sedih dengan tindakan anda. Anda juga boleh mengesan perubahan dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membuatnya bersedih.
 
The post Sindrom Anak Kedua Nampak Tak Bahaya Tapi boleh Calarkan Emosi Anak, Mama & Papa Jangan Abaikan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sindrom-anak-kedua-nampak-tak-bahaya-tapi-boleh-calarkan-emosi-anak-mama-papa-jangan-abaikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mama Papa Bila Buat Kerja Rumah Ajak Anak Buat Sekali Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari

Mama Papa Bila Buat Kerja Rumah Ajak Anak Buat Sekali Tak Apalah Tak Sempurna Asal Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 132 hits
Mama dan papa setiap kali membuat cubalah ajak sekali anak untuk buat bersama Tidak kisahlah jika hasil kerja mereka tidak sempurna paling penting mereka pandai mengurus diri Secara tidak langsung mama dan papa melatih untuk berdikari Tidak...
Anak Tiba Tiba Meragam Mengamuk Mama Cuba Check Emosi Waktu Menyusu

Anak Tiba Tiba Meragam Mengamuk Mama Cuba Check Emosi Waktu Menyusu

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 243 hits
Apabila anak mula meragam dan mengamuk sedangkan biasanya anak selalu sahaja baik tentu jadi serba tidak kena Apa yang mama boleh lakukan ialah dengan cara memerhatikan punca anak jadi begitu Perhatikan adakah perubahan sikap anakberpunca d...
Pakaikan Anak Kasut Getah Bahaya Boleh Jadi Punca Kecederaan Di Eskalator

Pakaikan Anak Kasut Getah Bahaya Boleh Jadi Punca Kecederaan Di Eskalator

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 224 hits
Trend pemakaian kasut hari ini bermacam ragam Jika kasut jenis getah tular dan sesuai untuk kegunaan kita setiap hari namun bukan untuk anak kecil kita Menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia satu pesanan untuk i...
Takut La Mama Anak Menjerit Menangis Ketakutan Dibawa Ke Kedai Makan Dikelilingi Hantu

Takut La Mama Anak Menjerit Menangis Ketakutan Dibawa Ke Kedai Makan Dikelilingi Hantu

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 267 hits
nbsp Pelbagai tarikan dibuat peniaga untuk menarik minta pelanggan datang ke restoran dan salah satunya menampilkan pengalaman seram iaitu dengan kehadiran 8216 hantu 8217 buat pengunjung Terbaru tular sebuah video di mana dua orang kanak k...
Sedia Bincang Perkasa Syariah Tapi Jangan Politikkan Keputusan Mahkamah Tegas Zahid

Sedia Bincang Perkasa Syariah Tapi Jangan Politikkan Keputusan Mahkamah Tegas Zahid

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 193 hits
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menegaskan keputusan mahkamah berhubung EKJS Kelantan berkait peruntukan perundangan yang diluluskan DUN Kelantan bukannya berkenaan mahkamah syariah BAGAN DATUK Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalk...
Anak Cuti Sekolah Jangan Biar Terperuk Dalam Rumah Hargai Masa Bersama

Anak Cuti Sekolah Jangan Biar Terperuk Dalam Rumah Hargai Masa Bersama

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 176 hits
Cuti sekolah yang sudah bermula sejak Sabtu lalu memberi peluang kepada ibu bapa untuk mencipta momen bersama anak anak Selain merangka percutian bersama anak ada baiknya kita pastikan anak anak dalam keadaan baik dan sihat Tambah pula musi...
Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang Ini Tip Penting Untuk Mama

Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang Ini Tip Penting Untuk Mama

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 135 hits
boleh berlaku pada ibu ibu yang tidak cukup tidur ketika menjalani tempoh Ibu berpantang perlu mengambil berat tentang jumlah waktu setiap hari Umumnya orang dewasa memerlukan antara enam hingga lapan jam untuk berehat dan memulihkan tenaga...
Aslam Bukanlah Orang Boleh Berpoligami Saya Nampak Dia Abby Abadi

Aslam Bukanlah Orang Boleh Berpoligami Saya Nampak Dia Abby Abadi

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 145 hits
Agak lama mendiamkan diri di sebalik kekecohan kontroversi yang melibatkan anak gadisnya Marissa pelakon dan penyanyi Abby Abadi akhirnya tampil memberi kenyataan mengenai situasi itu Ujar Abby lelaki yang dikaitkan dengan Marissa iaitu Asl...
Perangai Ibu Boleh Terturun Pada Anak

Perangai Ibu Boleh Terturun Pada Anak

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 336 hits
When we often think negatively it s like holding a glass of water that isn t very heavy But the longer we hold it the more tired our hand becomes Similarly with our minds the longer we dwell on negative thoughts the more exhausted we become...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin