Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu


Ibu-ibu pernah tak mengurut bayi? Tahu tak, sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja. Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut. 

Galakkan untuk mengurut bayi Menurut Hello Doktor, walaupun pada dasarnya masih banyak penyelidikan lebih lanjut diperlukan, namun hasil dalam beberapa kajian menunjukkan terdapat kebaikan urutan kepada bayi. Bahkan, ia dikatakan membantu dalam proses tumbesaran yang sihat.
Mengurut bayi menawarkan pelbagai manfaat. Dengan setiap sentuhan lembut, bayi akan berasa disayangi dan dikasihi. Sudah tentu ia secara tidak langsung akan mengukuhkan hubungan antara ibu dan anak.
Anda ingin cuba melakukan urutan kepada si manja tetapi tidak pasti di mana harus bermula? Ini caranya.
Kebaikan urutan kepada bayi Sebelum mengetahui cara mengurut bayi, jom fahami terlebih dahulu manfaat bagi setiap urutan dan sentuhan yang dilakukan.
Antara kebaikan urutan adalah seperti:
1. Ketenangan otot dan singkirkan tekanan Urutan yang dilakukan kepada bayi dapat melegakan tekanan mereka dengan merangsang pembebasan oksitosin, neurohormon yang baik dan menurunkan kadar kortisol – hormon stres.
Ia mengendurkan otot, merangsang tumbesaran dan sangat bagus untuk bayi kolik – keadaan di mana bayi akan menangis untuk jangka masa yang panjang.
2. Merangsang sistem saraf Mengurut bayi mendatangkan manfaat kepada sistem saraf bayi kerana ia dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motorik mereka.
3. Tidur lebih baik Bayi yang diurut juga akan tidur dengan baik. Kelebihan ini memberikan faedah dalam proses tumbesaran otot yang lebih cepat hingga kepada peningkatan tindak balas imun.
Urutan juga membolehkan lebih banyak hormon melatonin terhasil – hormon yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mempercepatkan tidur.

4. Memperbaiki kualiti kehidupan bayi Kebaikan urutan adalah ia boleh menjadi cara untuk menenangkan bayi dengan sindrom Down atau cerebral palsy.
Bayi pramatang juga akan menunjukkan perkembangan motor yang lebih baik apabila diurut secara berkala. Malahan, mereka juga akan menambah berat badan lebih cepat berbanding bayi pramatang yang tidak pernah diurut.
5. Meningkatkan peredaran darah Mengurut bayi anda juga akan dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga menurunkan rasa ketidakselesaan yang berpunca oleh gas atau keasidan, kembung perut mahupun pertumbuhan gigi.
Urutan akan merangsang saraf yang melalui saluran usus sehingga memberikan manfaat kepada sistem pencernaan.
6. Perkembangan psikologi dan sosial Berdasarkan laporan daripada Asian Nursing Research Journal, rangsangan sentuhan semasa urutan akan memberikan kesan positif terhadap perkembangan psikologi dan sosial bayi di samping memperkuatkan ikatan bayi dengan ibu bapa.
7. Mengatasi kemurungan selepas bersalin Dikatakan mengurut adalah berkesan untuk mengatasi kemurungan selepas bersalin atau dalam bahasa mudahnya, meroyan, dalam kalangan ibu-ibu.
Umumnya, ibu yang tertekan menunjukkan mood dan tingkah laku yang lebih baik ketika mereka mengurut bayi mereka secara berkala.
Tip mengurut bayi Sebelum melakukan urutan, ada beberapa teknik yang perlu ibu (atau bapa) ketahui, antaranya:
Masa  Waktu terbaik untuk memulakan urutan bayi adalah ketika mereka terjaga dan dalam keadaan tenang.
Pilih masa antara 2 sesi penyusuan. Jarakkan tempoh masa lebih kurang 45 minit daripada sesi penyusuan terakhir si manja. Anda juga disarankan untuk menunggu 15 minit selepas mengurut sebelum menyusukan bayi.
Persekitaran Urut bayi anda di tempat yang tenang dan memberikan keselesaan buat kalian berdua.
Baringkan si manja di atas tuala agar mereka berasa selesa. Sesi urutan juga boleh dilakukan di atas meja menukar lampin atau di atas katil anda.
Teruskan berbual Sentiasa berkomunikasi semasa anda mengurut bayi.
Anda boleh mengulangi nama mereka dan perkataan ‘santai’ untuk menolong mereka berasa tenang, selain daripada bercerita atau menyanyikan lagu kanak-kanak kegemaran si manja.

Penggunaan minyak Sekiranya menggunakan minyak, pilih produk tanpa wangian dan selamat kerana bayi mungkin memasukkan jari ke dalam mulut mereka.
Jenis urutan bayi Urutan kaki Genggam sebelah kaki si manja dengan lembut dan lakukan urutan lembut daripada bahagian paha ke pergelangan kaki.
Ulang teknik mengurut bayi ini beberapa kali sebelum melakukannya ke kaki sebelah.
Urutan perut Letakkan tapak tangan pada bahagian tengah perut si manja. Menggunakan hujung jari, lakukan gerakan urutan perlahan dan lembut mengikut arah jam.
Ulangi urutan ini beberapa kali.
Urutan lengan Lakukan gerakan perlahan pada lengan si manja. Bermula dengan bahunya dan bergerak ke bahagian pergelangan tangan.
Ulangi 2 hingga 3 kali sebelum beralih ke lengan yang sebelah lagi.
Urutan leher Berikan sokongan bahagian badan atas dan kepala si manja menggunakan sebelah tangan.
Letakkan ibu jari tangan sebelah ke satu sisi leher bayi dan 2 jari di sisi bertentangan. Kemudian gunakan hujung jari lakukan usapan lembut dengan gerakan membulat.
Ulangi gerakan tersebut untuk beberapa kali.

Urutan melegakan kolik Pertama sekali, berikan bayi urutan pada bahagian perut.
Kemudian bengkokkan lutut ke perutnya dan tahan selama 30 saat sebelum melepaskannya. Ulangi kaedah mengurut bayi ini beberapa kali.
Letakkan sebelah tapak tangan pada perut bayi. Lurutkan tangan dengan lembut daripada perut ke bahagian bawah, ia membantu melepaskan gas yang tersimpan. Ulangi gerakan ini jika perlu.
Memberikan ketenangan Urutan bayi adalah terapi menenangkan untuk mereka dan mengeratkan ikatan antara anda dan si manja. Namun, tidak semua bayi suka apabila diurut.
Jika ia tidak berjaya pada kali pertama, mungkin anda boleh mencubanya beberapa kali sebelum mendapatkan teknik urutan yang betul dan bersesuaian dengan bayi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Jom Belajar Cara Urut Si Manja, Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja, Tapi Juga Untuk Emosi Ibu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jom-belajar-cara-urut-si-manja-manfaat-bukan-untuk-bayi-saja-tapi-juga-untuk-emosi-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi Cti Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid 19

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi Cti Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 421 hits
Siapa sahaja akan terkesan dengan situasi pandemik covid 19 hari ini Menyedari keadaan ini banyak NGO bangun menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama termasuk Community Transformation Initiative Berhad Projek kolaborasi ini dibaw...
Ada Wacana Sekolah Buka Lagi Awal 2021 Ini Kata 5 Ibu Soal Belajar Tatap Muka Di Masa Pandemi

Ada Wacana Sekolah Buka Lagi Awal 2021 Ini Kata 5 Ibu Soal Belajar Tatap Muka Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 408 hits
Kalau kamu setuju nggak Bund kalau sekolah anak dibuka lagi di masa pandemi meski dengan protokol yang ketat
Kapolda Metro Pembunuh Disebut Raja Tega Tapi Ada Yang Mati Karena Kerumunan Biasa Saja

Kapolda Metro Pembunuh Disebut Raja Tega Tapi Ada Yang Mati Karena Kerumunan Biasa Saja

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 256 hits
Kapolda Metro Jaya Irjen Fadil Imran menyoroti adanya perbedaan respons masyarakat terhadap kasus perampokan disertai pembunuhan dengan kasus kerumunan massa di tengah pandemi Covid 19 Padahal dua kasus tersebut bisa memiliki dampak yang sa...
Ibu Pulih Covid 19 Lahir Bayi Miliki Antibodi Lawan Virus

Ibu Pulih Covid 19 Lahir Bayi Miliki Antibodi Lawan Virus

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 311 hits
MILIKI ANTIBODI Cik Nurshila Zainal yang dijangkiti Covid 19 semasa hamil enam bulan pada Mac lalu telah melahirkan anak keduanya pada Julai Anaknya Adinda Asy Syifaa Muhammad Asri didapati mempunyai antibodi terhadap virus itu Beliau antar...
Mandikan Bayi Bukan Buka Lampin Terus Letak Dalam Besen Nampak Bersih Tapi Ada Najis

Mandikan Bayi Bukan Buka Lampin Terus Letak Dalam Besen Nampak Bersih Tapi Ada Najis

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 373 hits
Hati hati Nampak bersih tapi bergelumang najis Realiti ya Seorang ibu memandikan bayinya Pampers dicabut lalu direndam si anak di dalam besen atau bekas mandian khas bayi Selesai sahaja diangkat bayi tadi dengan disiram sekali lalu dengan k...
Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 409 hits
Biarlah saya suap anak makan asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan memegang sudu kerana terbiasa makan ber...
Memang Comel Bayi Pakai Mittens Tapi Boleh Menyebabkan Risiko Jangkitan Awas

Memang Comel Bayi Pakai Mittens Tapi Boleh Menyebabkan Risiko Jangkitan Awas

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 375 hits
Kita biasa lihat bayi dipakaikan sarung tangan atau mittens Tetapi menurut pakar penjagaan bayi mittens baby sebenarnya tidak diperlukan si manja Ikuti penjelasan ini Keperluan pemakaian sarung tangan bayi Bagi kebanyakan ibu bapa yang menj...
Cara Ibu Ini Buat Untuk Anaknya Petah Cakap Benar Benar Menjadi Bolehlah Cuba

Cara Ibu Ini Buat Untuk Anaknya Petah Cakap Benar Benar Menjadi Bolehlah Cuba

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 323 hits
Ibu bapa dianggap guru pertama anak kerana pembelajaran asasnya bermula di rumah Apa yang anak dengar lihat dan faham itu yang dipelajarinya Sebab itulah penting ibu bapa rajin berkomunikasi dan melayan anak anak Ramai juga ibu bapa yang si...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba