Mandikan Bayi Bukan Buka Lampin Terus Letak Dalam Besen Nampak Bersih Tapi Ada Najis


Hati-hati! Nampak bersih tapi bergelumang najis. Realiti ya. Seorang ibu memandikan bayinya. Pampers dicabut lalu direndam si anak di dalam besen atau bekas mandian khas bayi.
Selesai sahaja, diangkat bayi tadi dengan disiram sekali lalu (tidak rata) dengan keadaan kaki bayi yang masih menjulur lagi ke dalam besen yang bertakung najis.
Semasa anak kecil itu menunggu dipakaikan pampers, ia sudah terkencing. Terus si ibu mengelap dengan kain tuala yang digunakan juga untuk mengelap tubuh si anak, lalu baju pun disarungkan dengan tangan ibu yang telah terkena kencing si anak dan ibu ini meneruskan kerja-kerja yang lain tanpa membersihkan dengan baik kawasan yang terkena air kencing tersebut.
Ini kisah benar yang berlaku dan pelbagai macam ‘cara’ membersihkan najis yang salah serta dianggap remeh oleh segelintir kita.
Kita sedar atau tidak
1. Najis WAJIB dibersihkan dengan baik sehingga suci (hilang bau, warna dan rasa). Masyarakat kita menganggap najis itu adalah tahi sahaja. Sedangkan AIR KENCING juga adalah najis. Penyuciannya juga sama, wajib betul-betul bersih dan suci.
2. Besen yang direndamkan bayi tanpa menyuci dahulu kemaluan bayi yang terkena najis akan menjadikan seluruh air mandian tersebut telah tercemar dengan najis dan tidak dapat menyucikan lagi.
3. Tuala atau pakaian yang terkena air kencing bayi adalah najis dan jika terkena pakaian atau tempat lain ia boleh memindahkan najis tersebut.
4. Lantai tandas yang sudah terkena air kencing lalu tidak dijirus baik dan terkena pula pada pakaian atau badan adalah najis yang jika dibawa keluar akan memindahkan najis tersebut ke tempat lain.
5. Pakaian yang bernajis dipakai pula untuk solat serta solat ditempat bernajis tidak sah dan tidak diterima solatnya. Jika solat pun tidak diterima apatah lagi doanya.
Sedih melihat betapa kurangnya kefahaman kita tentang pengurusan najis. Segelintir kita mengangap asal tidak nampak betul-betul sebagai tahi ianya bukan najis. Ianya jelas kefahaman yang salah.
Tidakkah kita bertanya kepada diri ?
Mampukah kita mendidik baik anak-anak ini jika dari kecil tubuhnya bergelumang najis ?
Ibu ayah bergelumang dosa kerana pengabaian pendidikan thaharah dan penyuciannya ?
Lalu bagaimana solatnya, doanya harus diterima Allah ?
Akibatnya jauh lebih besar
Seisi keluarga solat tidak diterima, doanya tidak dimakbulkan, rumahnya menjadi tempat kotor persingahan syaitan, membesar anak-anak yang hatinya keras dan kematiannya dalam keadaan tercela dan diazab asbab daripada AIR KENCING .
Ianya bukan sekadar pendidikan “kebersihan” yang biasa-biasa, bahkan impaknya mampu memberi sebuah rasa ketenangan dan keharmonian dalam rumah tangga jika dijaga baik.
Ingatan saya untuk para suami dan isteri…
Wahai para suami, didik dan berikanlah ilmu agama yang secukupnya bermula daripada aspek “kebersihan dalam Islam” yang kian dipandang ringan oleh kebanyakan keluarga Islam.
Tidak salah anda membuka kembali ‘ Pelajaran Thaharah’ memperbincangkannya dalam bulatan kecil bersama keluarga sehingga difahami keseluruhan ahli keluarga anda dengan baik.
Mana yang nampak salah tegur dan ajak bersama-sama diperbaiki. Perhati cara isteri mengurus najis anak kecil, dan tegur dengan cara yang berhikmah jika terdapat kelemahan atau kesalahan.
Perhatikan cara anak-anak menggunakan tandas, sediakan kemudahan yang perlu untuk memastikan mereka mampu menjaga adabnya dengan baik. Anak-anak lebih mudah dididik melalui teladan. Jadilah seorang suami yang kepimpinan dan kewibaannya bukan hanya terletak pada katanya tetapi teladan yang baik yang membentuk isteri dan anak lebih dekat dengan ketakwaan.
Wahai para isteri, masamu mengurus anak adalah lebih lama berbanding suamimu maka perkemaskan diri dengan ilmu yang dipraktikkan dengan baik dalam aspek kebersihan ini.
Kita penat menjerit memarahi sikap anak yang melawan kata, geram dengan perangainya yang keras hati lalu tidak menyelidik rupanya kita gagal BUKAN mengurus emosi mereka tetapi dari kecil kita sendiri melakukan dosa membiarkan anak dan rumah tangga begelumang najis, lalu mengharap anak mendengar kata ? sedangkan rumah tangga yang kita bina didampingi syaitan akibat gagal mengurus najis dengan baik.
Kain baju bernajis bercampur aduk, anak-anak masih kecil sebebasnya keluar masuk tandas tidak beralas kaki, air kencing…tahi..muntah dll diuruskan dengan ceteknya ilmu.
Mulianya seorang isteri apabila ‘lelahnya’ mengurus keluarga bukan setakat makan dan minum tetapi memastikan keluarganya terpelihara daripada mendapat azab-Nya sehingga tidak ada ganjaran yang lebih layak baginya melainkan syurga.
*Ambillah juga pengajaran buat semua terutama yang dipertangungjawab menguruskan bayi yang baru lahir samaada suami, isteri, ibu sendiri, ibu mertua, adik beradik atau sesiapa sahaja. Semoga Allah selalu memelihara dan merahmati.
Tegur kerana sayang.
Dicatat oleh,
Aisyah Ribath
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Mandikan Bayi Bukan Buka Lampin, Terus Letak Dalam Besen. Nampak Bersih Tapi Ada Najis  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mandikan-bayi-bukan-buka-lampin-terus-letak-dalam-besen-nampak-bersih-tapi-ada-najis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

Jom Belajar Cara Urut Si Manja Manfaat Bukan Untuk Bayi Saja Tapi Juga Untuk Emosi Ibu

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 308 hits
Ibu ibu pernah tak mengurut bayi Tahu tak sebenarnya ada banyak kebaikan urutan untuk si manja Teruskan membaca perkongsian ini untuk mengetahui lebih lanjut Galakkan untuk mengurut bayi Menurut Hello Doktor walaupun pada dasarnya masih ban...
Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan

Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 298 hits
Bukan mudah untuk mencari lampin buat si Aina sebab dia ni lahir tidak cukup bulan dan beratnya tidak sampai 3 kilogram Master pun puas dah merayau ke serata alam untuk menemukan lampin tersebut Master sudah terjah ke TESCO Bandar Baru Nila...
Nampak Macam Biasa Tapi Inilah 4 Khasiat Istimewa Air Halia Yang Anda Perlu Tahu Terutamanya Wanita

Nampak Macam Biasa Tapi Inilah 4 Khasiat Istimewa Air Halia Yang Anda Perlu Tahu Terutamanya Wanita

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 248 hits
loading Banyak khasiat minum air halia ini especially untuk kecantikan dan kesihatan dalaman tubuh badan Dikatakan halia ini banyak khasiat lebih lebih lagi khususnya wanita yang sudah berkahwin
Merah Merengsakan Buat Bayi Tak Selesa 10 Tip Doktor Kongsi Nak Elak Ruam Lampin Pada Bayi

Merah Merengsakan Buat Bayi Tak Selesa 10 Tip Doktor Kongsi Nak Elak Ruam Lampin Pada Bayi

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 389 hits
Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu ibu menguruskan si kecil Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang ...
Memang Comel Bayi Pakai Mittens Tapi Boleh Menyebabkan Risiko Jangkitan Awas

Memang Comel Bayi Pakai Mittens Tapi Boleh Menyebabkan Risiko Jangkitan Awas

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 376 hits
Kita biasa lihat bayi dipakaikan sarung tangan atau mittens Tetapi menurut pakar penjagaan bayi mittens baby sebenarnya tidak diperlukan si manja Ikuti penjelasan ini Keperluan pemakaian sarung tangan bayi Bagi kebanyakan ibu bapa yang menj...
Lana Nordin Buat Muka Ke Umur Dah 40 Tahun Tapi Maintain Cantik Je

Lana Nordin Buat Muka Ke Umur Dah 40 Tahun Tapi Maintain Cantik Je

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 415 hits
Lana Nordin menafikan dia melakukan sesuatu pada wajahnya untuk kekal cantik selain memiliki bentuk badan yang menawan walaupun pada usia 40 tahun Menurut Lana atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin dia memiliki bentuk badan yang kurus keran...
7 Toner Yang Cocok Untuk Kulit Berminyak Teksturnya Ringan Tapi Ampuh Hilangkan Bekas Jerawat

7 Toner Yang Cocok Untuk Kulit Berminyak Teksturnya Ringan Tapi Ampuh Hilangkan Bekas Jerawat

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 292 hits
Rekomendasi toner ini bukan hanya mengontrol minyak di wajah tapi juga bisa menghempaskan bekas jerawat dan pori pori Yuk simak
Udah Coba Berbagai Macam Diet Tapi Tidak Ada Perubahan Berikut Penyebabnya

Udah Coba Berbagai Macam Diet Tapi Tidak Ada Perubahan Berikut Penyebabnya

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 425 hits
Diet atau mengurangi porsi makanan secara sehat yang bertujuan untuk mendapatkan hasil tubuh yang lebih proporsional sesuai harapan sang individu Banyak sekali macam diet dari yang sehat hingga This is a content summary only Visit my websit...
Jennifer Lopez Bertunang Tapi Tak Nak Kahwini Kekasihnya Alex Rodriguez

Jennifer Lopez Bertunang Tapi Tak Nak Kahwini Kekasihnya Alex Rodriguez

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 193 hits
If you re seeing this message that means JavaScript has been disabled on your browser please enable JS to make this app work this is a dummy content
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad