Ibu Pulih Covid 19 Lahir Bayi Miliki Antibodi Lawan Virus


IRMA KAMARUDIN
MILIKI ANTIBODI: Cik Nurshila Zainal (kiri), yang dijangkiti Covid-19 semasa hamil enam bulan pada Mac lalu, telah melahirkan anak keduanya pada Julai. Anaknya, Adinda Asy Syifaa Muhammad Asri, didapati mempunyai antibodi terhadap virus itu. Beliau antara 16 peserta dalam satu kajian pertama yang melibatkan wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 di Singapura. Bersama dalam gambar ialah Profesor Madya Citra Mattar dari jabatan obstetrik dan ginekologi NUH. - Foto BH oleh GAVIN FOO SEMASA hamil sekitar enam bulan pada Mac lalu, Cik Nurshila Zainal menerima berita buruk bahawa beliau disahkan terkena jangkitan Covid-19.
Mujur, beliau pulih daripada virus itu dan akhirnya melahirkan anaknya, Adinda Asy Syifaa Muhammad Asri, pada Julai lalu.
Lebih menggembirakan, bayinya didapati mempunyai antibodi terhadap virus itu yang ditemui dalam darah tali pusat. Antibodi ialah protein dalam sistem imun tubuh yang boleh melawan virus.
Cik Nurshila merupakan antara 16 peserta dalam satu kajian pertama yang melibatkan wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 di Singapura.
Kajian itu telah diterbitkan dalam jurnal Annals of the Academy of Medicine, Singapore, baru-baru ini. Hanya lima daripada 16 wanita itu telah bersalin semasa kertas kajian itu diterbit.
Dijalankan Rangkaian Kajian Obstetrik dan Ginekologi Singapura (SORN) itu - satu rangkaian kolaboratif antara Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dengan Hospital Universiti Nasional (NUH) - kajian itu mendapati kesemua lima bayi yang dilahirkan wanita dijangkiti Covid-19 itu mempunyai antibodi terhadap virus Covid-19.
Namun, belum disahkan adakah antibodi tersebut boleh melindungi bayi tersebut daripada jangkitan Covid-19.
Berita jangkitan Covid-19-nya itu benar-benar membuat Cik Nurshila, 35 tahun, bukan hanya resah dan bimbang tentang keselamatan diri sendiri dan anak kedua yang dalam kandungan, namun juga nasib anak sulungnya yang ketika itu baru saja berusia sembilan bulan dan juga menunjukkan tanda-tanda jangkitan virus itu.
"Saya rasa amat sedih ketika itu kerana saya terpisah daripada keluarga saya dan anak sulung saya juga bersendirian di hospital sementara menanti keputusan ujiannya. Tapi memang perkara ini sudah jadi, dan ini semua kuasa-Nya," kata beliau.
Cik Nurshila dijangkiti Covid-19 oleh bapa mertuanya setelah beliau dan keluarga besarnya bertemu, dengan empat anggota keluarga lain - ibu mertua dan tiga adik iparnya - turut dijangkiti virus itu. Bapa mertuanya bekerja di lapangan terbang.
Mujur, suaminya tidak dijangkiti dan keputusan ujian bagi anak sulung mereka juga negatif.
Beliau pada mulanya dimasukkan ke NUH selama seminggu sebelum dipindahkan ke Hospital Mount Alvernia selama dua minggu untuk terus mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang selepas pulih daripada Covid-19.
Cik Nurshila berkata beliau tidak sangka anaknya memiliki antibodi terhadap virus itu.
Pengerusi SORN, Profesor Jerry Chan, yang merupakan konsultan kanan di jabatan perubatan reproduktif KKH, berkata:
"Apabila ada transmisi vertikal (merujuk kepada jangkitan virus dari ibu kepada bayi semasa tempoh sebelum dan selepas kelahiran) antibodi dari ibu kepada anak, ia dijangka bertahan selama tiga hingga enam bulan sebelum ia hilang.
"Sementara kami tidak begitu pasti apakah hasilnya apabila kami memantau bayi ini selama enam bulan hingga setahun mendatang, kami tidak fikir ini memberikan mereka imuniti secara aktif," kata beliau.
Jumlah antibodi dalam bayi tersebut juga berbeza, dengan tahap antibodi didapati lebih tinggi dalam kalangan mereka dengan ibu yang dijangkiti virus lebih dekat dengan waktu bersalin.
Dalam kes lima wanita yang telah bersalin, kesemua ibu dan bayi itu menunjukkan imuniti terhadap virus itu sewaktu kelahiran, dengan tiada bukti penularan virus dari ibu kepada bayi.
Kajian juga mendapati bahawa sementara kebanyakan wanita hamil dalam kajian itu mengalami jangkitan ringan, jangkitan Covid-19 lebih serius boleh berlaku dalam wanita lebih berusia dengan indeks jisim badan (BMI) tinggi - sekali gus mencerminkan trend yang dilihat dalam penduduk umum.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/ibu-pulih-covid-19-lahir-bayi-miliki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Sri Lanka Bakar Mayat Bayi Positif Covid 19 Tanpa Persetujuan Ibu Bapanya

Hospital Sri Lanka Bakar Mayat Bayi Positif Covid 19 Tanpa Persetujuan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 231 hits
Tindakan pihak hospital membakar mayat bayi beragama Islam di Sri Lanka secara paksa mencetuskan kemarahan masyarakat yang membantah larangan kontroversi di negara itu yang mengharamkan pengebumian mayat mangsa Covid 19 Mohammed Shaikh 20 h...
Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi Cti Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid 19

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi Cti Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 416 hits
Siapa sahaja akan terkesan dengan situasi pandemik covid 19 hari ini Menyedari keadaan ini banyak NGO bangun menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama termasuk Community Transformation Initiative Berhad Projek kolaborasi ini dibaw...
Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau

Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 354 hits
Buat ibu ayah yang baru pertama kali anda mungkin tertanya tanya berapakah bacaan suhu badan normal bagi bayi baru lahir Hal paling membimbangkan adalah si manja mula jatuh sakit atau kurang sihat disebabkan masalah selesema atau demam Mung...
Nasihat Dr Buat Ibu Baru Bersalin Bayi Selalu Menangis Janganlah Stres Bertenang Dulu

Nasihat Dr Buat Ibu Baru Bersalin Bayi Selalu Menangis Janganlah Stres Bertenang Dulu

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 304 hits
Bila lahir anak pertama ramai ibu yang belum pandai untuk handle penyusuan anak Anak tak nak menyusu badan Anak menangis tak berhenti ibu ingat susu tak keluar Anak kena jaundice asyik nak tidur saja dan tak nak menyusu Seperti perkongsian ...
Covid 19 Pesakit Berusia 104 Tahun Pulih Selepas 14 Hari Dirawat

Covid 19 Pesakit Berusia 104 Tahun Pulih Selepas 14 Hari Dirawat

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 271 hits
SEORANG wanita Sepanyol berusia 104 tahun menjadi antara pesakit tertua yang berjaya pulih dari COVID 19 Elena dirawat selama 14 hari dan merupakan pesakit ke 4149 yang pulih dan dibenarkan keluar dari Hospital Gregorio Mara n di Madrid Men...
Bayi Baru Lahir Ditemui Dibuang Di Belakang Rumah Penduduk

Bayi Baru Lahir Ditemui Dibuang Di Belakang Rumah Penduduk

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 227 hits
Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di belakang rumah penduduk oleh kanak kanak yang ketika itu sedang bermain berhampiran Bayi yang masih bertali pusat dan uri itu ditemui dalam keadaan dibungkus dengan kain batik dan tuala ditemui...
Makin Pulih Dari Serangan Bell S Palsy Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Makin Pulih Dari Serangan Bell S Palsy Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 394 hits
Biar pun berdepan dengan masalah Bell s Palsy yang dialaminya pada minggu lalu pelakon Faye Kusairi selamat melahirkan bayi keduanya pada Ahad lalu Melalui satu entri di instagramnya hari ini Faye berkongsi khabar gembira itu buat seluruh p...
Infografis Lawan Pandemi Covid 19 Dengan Disiplin 3m

Infografis Lawan Pandemi Covid 19 Dengan Disiplin 3m

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 207 hits
Dokter Reisa mengajak masyarakat agar tidak meremehkan penularan Covid 19
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles