Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi Cti Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid 19


Siapa sahaja akan terkesan dengan situasi pandemik covid-19 hari ini. Menyedari keadaan ini, banyak NGO bangun menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama termasuk Community Transformation Initiative Berhad (CTI)
Projek kolaborasi ini dibawa oleh kerjasama antara beberapa pihak di mana Community Transformation Initiative Berhad (CTI) merupakan NGO pelaksana utama projek ini. CTI telah mempertimbangkan implikasi Laporan UNICEF 2018, “Children Without” dan ingin cuba mencari peluang untuk memenuhi keperluan pemakanan ibu mengandung dan bayi untuk 1000 hari pertama terutamanya ketika pandemik Covid-19.
Semasa pandemik bermula, bantuan makanan secara umum dihulurkan kepada NGO untuk komuniti yang memerlukan. Barang makanan itu biasanya tidak mengandungi buah-buahan yang segar, sayur-sayuran serta sumber protein seperti daging, ikan dan telur. Disebabkan oleh kerumitan menghantar makanan segar, kebanyakan makanan yang disumbangkan adalah makanan kering, termasuk kentang dan bawang yang boleh disimpan tanpa peti sejuk.
Aktiviti kutipan makanan basah dengan kerjasama Graze Market
Pada masa yang sama, pengasas Graze Market, sebuah syarikat keusahawanan sosial yang menyelamatkan sayur-sayuran daripada pembaziran, Puan Clara Wan, telah mendengar tentang Prudence Foundation Chairman’s Challenge Fund yang menyediakan dana untuk program bantuan semasa Covid-19, dan memberi cadangan kepada CTI, yang merupakan pengedar PRUkasih (sebuah Rancangan Perlindungan Pendapatan CSR oleh Prudence Foundation), untuk memohon dana ini.
Graze Market bercadang untuk bekerjasama dengan CTI untuk memudahkan logistik pengedaran dan pada masa yang sama memenuhi misi mereka untuk mengurangkan pembaziran makanan.
Rakan Kerjasama dan Sasaran Penerima
CTI mula mencari rakan kerjasama yang sesuai untuk membawa pengetahuan pemakanan kepada peserta. Pejabat Perhubungan Komuniti International Medical University Malaysia (IMU), IMU Cares telah bersetuju untuk membawa Bahagian Dietetik dan Pemakanan IMU untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. 2 pensyarah dan 5 pelajar tahun akhir dari Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pemakanan, telah terlibat dalam penyampaian bengkel pemakanan (5 kali penyampaian-4 secara bersemuka dan 1 atas talian), dan juga bengkel Facebook Live berkaitan dengan pemakanan dan cara masakan secara sihat pada 6 Disember 2020.
Gambar berkumpulan CTI dengan sukarelawan dari IMU
Peranan CTI adalah sebagai pelaksana projek utama, dan bertanggungjawab untuk mengambil masuk keluarga yang memerlukan dan memenuhi kriteria, mendapatkan statistik kesihatan pra- dan post- program melalui ukuran, dan mendirikan komuniti Whatsapp dan Facebook untuk menyediakan ekosistem sokongan demi peserta untuk pembelajaran dan sokongan antara satu sama lain secara berterusan.
Dalam Bengkel Nutrisi, peserta membuat perbincangan kumpulan
Pemilihan penerima, kawasan and kriteria di buat secara menyeluruh di kawasan terpilih.
Kami membuka pemohonan kepada penduduk PPR Kota Damansara yang pernah mengikuti program kami pada masa lalu. Semasa kami melawat mereka di rumah untuk menilai keadaan keluarga itu, kami juga tanya mereka siapa lagi yang mereka kenal yang memenuhi kriteria kami (cara ‘snowballing’).
Kami menyenarai pendek berdasarkan kriteria berikut:
MengandungBayi bawah 1 tahunBayi bawah 2 tahunStatus ekonomi (Pemohon dengan pendapatan sekeluarga yang lebih rendah akan dipertimbangkan dahulu)Tindakbalas kepada aktiviti kami (Kami keluarkan nama kalau mereka tidak jawab telefon/ whatsapp/tiada di rumah setiap kali kami melawati mereka)Kawasan dipilih adalah PPR Kota Damansara kerana itulah komuniti yang CTI membantu selama ini.
Penduduk berpendapatan rendah di komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara menghadapi cabaran disebabkan kehilangan kerja dan pendapatan. Wang simpanan yang tidak banyak dan sudah digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Susunan makanan kering di tempat kutipan semasa bulan November 2020
Keluarga mereka terjejas kerana keperluan asas pun tidak dapat dipenuhi. Situasi untuk Ibu hamil dan anak bawah 2 tahun lagi teruk sebab tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat semasa pandemik Covid-19. Ini akan membawa kesan sampingan yang besar terhadap pertumbuhan dan kehidupan bayi tersebut untuk jangka panjang.
Dalam kalangan keluarga B40, terdapat juga anak yang memerlukan keperluan khas. Keperluan kesihatan , pemakanan dan perubatan untuk anak mereka telah memberi tekanan yang besar ke atas kewangan keluarga pada hari biasa. Tekanan kewangan adalah lagi besar semasa PKP.
Kami nampak kesusahan ibu-ibu dalam komuniti pendapatan rendah yang tidak dapat memberi pemakanan yang sepatutnya kepada anak mereka kerana kehilangan sumber pendapatan semasa pandemik. Ini merupakan masalah yang sangat membimbangkan kerana ia akan menjejaskan masa depan anak muda mereka.
Melalui projek ini, kami berharap dapat memulihkan 50 keluarga terpilih kepada tahap kesihatan yang lebih baik selepas Covid, membantu mereka mendapat akses untuk pemakanan yang diperlukan, dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan pemakanan supaya dapat membuat pilihan yang lebih baik mengenai pemakanan pada masa hadapan.
Gambar berkumpulan dengan sukarelawan dari Eastspring Investments Berhad, Graze Market, CTI dan gereja tempatan semasa penghantaran makanan kering bulan September 2020.
Bentuk Sumbangan Yang Diberikan
Makanan basah diberi setiap minggu selama 12 minggu, dan makanan kering dibekal sekali setiap bulan untuk 3 bulan. Kadang kala, sekiranya terdapat sumbangan dari pihak lain, tepung susu tumbesaran (growing up milk) dan pelitup muka juga diberi kepada peserta.
Makanan kering yang dibekalkan pada bulan September 2020
Selain daripada sumbangan barangan di atas, bengkel pemakanan oleh IMU dan pengwujudan ekosistem sokongan untuk memastikan para peserta memahami kepentingan pemakanan yang diperlukan dalam tempoh 1000 hari pertama kehidupan seorang bayi, serta cara penyediaan makanan yang bersesuaian untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan kanak-kanak, merupakan satu elemen yang penting dalam program ini.
Makanan basah termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, makanan sumber protein seperti tauhu/tempe, ikan, ayam dan telur. Nilai makanan basah adalah antara RM65 dan RM75 setiap minggu (satu papan telur diberi dua minggu sekali)
Bekalan makanan basah pada bulan Disember 2020
Makanan kering yang diberikan setiap bulan bernilai RM120. Jumlah nilai yang disumbangkan adalah RM1,200 setiap penerima dalam tempoh projek ini.
Sukarelawan dan harapan
Dari bulan Ogos hingga November 2020, seramai 65 sukarelawan dari International Medical University (IMU), Eastspring Investments Berhad, Graze Market dan gereja setempat telah terlibat.
Gambar berkumpulan bersama sukarelawan dari Eastspring Investments Bhd. pada 19 September 2020 semasa mengumpul data kesihatan pra-program.
Semua penganjur projek ini berharap peserta dan keluarga mendapat manfaat daripada program ini dengan apa yang diberi, termasuk bekalan makanan, pengetahuan pemakanan, kumpulan sokongan ibu-ibu dan perkongsian pengalaman, pengetahuan, resipi dari ahli kumpulan lain.
Diharap juga para peserta dapat belajar ilmu pemakanan ibu mengandung dan bayi, cara makan dan masak yang sihat dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Dengan itu, kesihatan ibu dan bayi meningkat, dan tabiat yang terbentuk ada impak jangka panjang untuk kehidupan mereka dan sekeluarga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/hulur-bantuan-makanan-buat-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 519 hits
Banyak golongan yang terjejas sepanjang tahun ini apabila Covid 19 melanda negara kita Tidak semua orang bernasib baik dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan terpaksa bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarg...
Suspek Bunuh Ibu Bekas Tunang Ditahan Ketika Cari Makanan Akibat Kelaparan

Suspek Bunuh Ibu Bekas Tunang Ditahan Ketika Cari Makanan Akibat Kelaparan

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 354 hits
Fauzi SuhaimiSuspek dikesan selepas memasuki rumah seorang saudaranya di Kampung Binanjar Paitan Sabah Gambar PDRM KOTA MARUDU Remaja yang disyaki mengamuk dengan parang dan membunuh ahli keluarga bekas tunangnya di Kampung Kuyuh Pitas Sabt...
Program Jaringan Prihatin Permohonan Bantuan Golongan B40 Calon Spm Stpm 2021

Program Jaringan Prihatin Permohonan Bantuan Golongan B40 Calon Spm Stpm 2021

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 555 hits
PROGRAM JARINGAN PRIHATIN PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40 CALON SPM STPM 2021 APA ITU PROGRAM JARINGAN PRIHATIN Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat kerana terpaksa melanggan internet untuk tuju...
Semakan Bantuan Tunai Prihatin Covid 19 Negeri Sabah

Semakan Bantuan Tunai Prihatin Covid 19 Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 653 hits
Rakyat Sabah adalah dipelawa untuk menyemak status pembayaran bagi pemberian Bantuan Tunai Prihatin COVID 19 yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah susulan peningkatan kes COVID 19 di negeri ini Pemberian Bantuan Tunai Prihatin COV...
Hospital Sri Lanka Bakar Mayat Bayi Positif Covid 19 Tanpa Persetujuan Ibu Bapanya

Hospital Sri Lanka Bakar Mayat Bayi Positif Covid 19 Tanpa Persetujuan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 235 hits
Tindakan pihak hospital membakar mayat bayi beragama Islam di Sri Lanka secara paksa mencetuskan kemarahan masyarakat yang membantah larangan kontroversi di negara itu yang mengharamkan pengebumian mayat mangsa Covid 19 Mohammed Shaikh 20 h...
Guardian Bantu Pelanggan Golongan Rentan Untuk Kekal Selamat Sepanjang Pandemik Covid 19

Guardian Bantu Pelanggan Golongan Rentan Untuk Kekal Selamat Sepanjang Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 264 hits
Pandemik Covid 19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan rentan dan yang memerlukan Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita dan sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungj...
Ibu Pulih Covid 19 Lahir Bayi Miliki Antibodi Lawan Virus

Ibu Pulih Covid 19 Lahir Bayi Miliki Antibodi Lawan Virus

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 311 hits
MILIKI ANTIBODI Cik Nurshila Zainal yang dijangkiti Covid 19 semasa hamil enam bulan pada Mac lalu telah melahirkan anak keduanya pada Julai Anaknya Adinda Asy Syifaa Muhammad Asri didapati mempunyai antibodi terhadap virus itu Beliau antar...
Mengapa Ketika Haid Kita Berasa Hendak Makan Makanan Manis

Mengapa Ketika Haid Kita Berasa Hendak Makan Makanan Manis

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 324 hits
MENGAPA KETIKA HAID KITA BERASA HENDAK MAKAN MAKANAN MANIS Sempat saya bertanya pada kawan kawan di facebook apakah maakanan atau minuman yang sering mereka rasa hendak makan ketika datang haid Rata ratanya menginginkan makanan yang manis S...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya