Memang Comel Bayi Pakai Mittens Tapi Boleh Menyebabkan Risiko Jangkitan Awas


Kita biasa lihat bayi dipakaikan sarung tangan atau mittens. Tetapi menurut pakar penjagaan bayi, mittens baby sebenarnya tidak diperlukan si manja. Ikuti penjelasan ini.
Keperluan pemakaian sarung tangan bayi  Bagi kebanyakan ibu bapa yang menjaga bayi baru lahir , mereka akan menyedari tangan si manja nampak sedikit kebiruan atau berasa sejuk.
Manakala bagi sesetengah situasi lain, bayi mungkin dilihat mempunyai kuku yang panjang dan tajam. Apa yang membimbangkan adalah bagaimana jika si manja akan ‘mencakar’ wajahnya dengan kuku tersebut.
Maka untuk kedua-dua situasi di atas dalam penjagaan bayi, penggunaan dan pemakaian sarung tangan untuk si manja dianggap penyelesaian terbaik.
Mesti ada di antara anda yang ingin mengetahui mengapa bayi mencakar diri mereka, kan?
Secara umumnya, bayi secara tidak sengaja mencakar wajah mereka kerana pergerakan tangan yang tidak terkoordinasi. Ini terutamanya jika mereka:
Mempunyai kuku jari panjang yang perlu dipotong Membawa tangan ke mulut apabila lapar atau menggunakan tangan untuk mencari payudara untuk menyusu Mempunyai kulit kering atau sensitif yang menyebabkan timbul rasa gatal Jadi ini bermakna penggunaan mittens baby boleh dianggap sebagai 1 keperluan bagi menghindari perkara yang tidak diingini berlaku kepada si manja.
Tetapi kenapa pula pakar pediatrik tidak menggalakkannya dalam aspek penjagaan bayi?
5 sebab sarung tangan tidak diperlukan dalam penjagaan bayi Mittens digunakan pada bayi baru lahir untuk mengelakkan kuku daripada mencakar kulit mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa alasan mengapa penggunaannya tidak digalakkan pakar pediatrik.
Mudah tertanggal Walaupun ada mittens baby yang dihasilkan dengan pergelangan tangan elastik, namun selalunya ia mudah tanggal daripada tangan si manja.

Menenangkan diri Bayi umumnya akan menggunakan tangan bagi menenangkan dirinya dengan menghisap jari.
Namun, apabila tangan dipakaikan sarung, ia akan menyukarkan si manja untuk menggunakan tangan dan boleh menyebabkan mereka berasa kecewa, akhirnya si manja akan menangis.
Mittens baby sekat rasa sentuhan Kebanyakan bayi suka meneroka deria sentuhan mereka sebaik sahaja dilahirkan, seperti meraih tangan ibu dan ayah.
Jika tidak dipakaikan sarung, anda akan mendapati tangan mereka akan menyentuh semua benda dan memeriksa teksturnya.
Dengan deria sentuhan melalui jari, bayi akan dapat merasakan persekitarannya dengan lebih baik serta belajar mengetahui fungsinya dengan lebih awal.
Risiko jangkitan Bayi banyak meletakkan tangan di mulut. Jika sarung tangan yang digunakan kotor, ia sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pelbagai penyakit.
Ruam dan berdaki Apabila dipakaikan mittens baby, kerap kali tangan si manja akan berada dalam keadaan menggenggam.
Jika berterusan untuk tempoh lama, ia boleh menyebabkan kulit mengelupas, ruam dan berdaki kesan daripada berpeluh.
Mengelakkan bayi daripada mencakar Sekiranya sarung tangan bayi tidak digunakan, maka ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecenderungan si manja untuk mencakar diri mereka sendiri.
Bagaimana?
Ada 2 cara penjagaan bayi yang boleh diamalkan, seperti:
Memotong kuku secara berkala Anda disarankan untuk sentiasa memeriksa kuku si manja bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik, iaitu tidak panjang atau tajam.
Gunakan pengepit kuku khas untuk si kecil.
Jika anda bimbang akan menyebabkan kecederaan seperti luka kepada si kecil, dapatkanlah bantuan pasangan untuk membantu anda melakukannya.

Tindak balas segera  Umumnya, bayi yang lapar akan memberi isyarat seperti membuka mulut bagi mencari payudara untuk menyusu, melambaikan tangan, menghisap penumbuk, ibu jari atau jari.
Situasi paling kritikal adalah apabila si manja mula menangis. Ia adalah isyarat mereka dalam keadaan yang sangat lapar.
Pada waktu ini, koordinasi tangan akan berada dalam keadaan tidak terkawal dan kecenderungan menggaru atau mencakar diri adalah sangat tinggi.
Jadi, untuk menghindarinya, anda perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang isyarat daripada si manja.
Lupakan sarung tangan  Sentuhan adalah cara untuk si manja meneroka dunia, mengenali objek mahupun individu. Penggunaan sarung tangan bayi hanya akan menyekat si manja daripada melalui pengalaman ini.
Jika anda melakukan penjagaan dan pemotong kuku bayi secara berkala, ia pasti membantu untuk memastikan kuku si manja sentiasa dalam keadaan pendek bagi mengelakkan cakaran atau calar.
Bagi ibu bapa yang mahu memakaikan si manja sarung tangan bayi, ia  tidak salah.
Cuma sebaiknya dipakaikan sehingga si manja berusia 6 minggu. Selepas tempoh itu, biarkan si manja meneroka deria sentuhnya.
Kredit: Hello Doktor
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Memang Comel Bayi Pakai Mittens , Tapi Boleh Menyebabkan Risiko Jangkitan. Awas! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/memang-comel-bayi-pakai-mittens-tapi-boleh-menyebabkan-risiko-jangkitan-awas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneh Tapi Nyata Hanya Pakai Kaos Kaki Basah Pas Tidur 3 Penyakit Ini Sirna

Aneh Tapi Nyata Hanya Pakai Kaos Kaki Basah Pas Tidur 3 Penyakit Ini Sirna

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 380 hits
Berbagai cara kita lakukan untuk menyembuhkan suatu penyakit Namun uniknya hanya memakai kaos kaki basah saat tidur 3 penyakit ini bisa sirna Apa saja itu Yuk Simak 1 Meredakan DemamMemakai This is a content summary only Visit my website fo...
Murid Boleh Pakai Kasut Hitam Atau Putih Ke Sekolah Tahun Depan

Murid Boleh Pakai Kasut Hitam Atau Putih Ke Sekolah Tahun Depan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 268 hits
Gambar HiasanPUTRAJAYA Semua murid sekolah dibenarkan memilih untuk memakai kasut berwana hitam atau putih beserta stoking mengikut warna kasut yang dipakai mulai tahun depan Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu Surat Pekeliling Ikhti...
6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir Atau Buruk Padahnya

6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir Atau Buruk Padahnya

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 255 hits
Kelahiran bayi memang memberikan kebahagiaan dan kegembiran pada rumah kita Tapi selain cara penjagaan bayi baru lahir yang betul anda juga perlu tahu cara jaga bayi baru lahir yang salah dan apa yang perlu anda elakkan Jom kita semak 6 car...
Hiburan Umur Dah 26 Tahun Tapi Masih Dapat Watak Budak Sekolah Daiyan Trisha Mahu Dikenali Sebagai Pelakon Serba Boleh

Hiburan Umur Dah 26 Tahun Tapi Masih Dapat Watak Budak Sekolah Daiyan Trisha Mahu Dikenali Sebagai Pelakon Serba Boleh

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 427 hits
Pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha mengaku dirinya gembira apabila ditawarkan dengan watak pelajar sekolah meskipun usia sudah pun mencecah 26 tahun Tidak merasa janggal Daiyan bakal membawakan watak tersebut menerusi drama siri berjud...
Benar Akaun 1 Kwsp Boleh Dikeluarkan Tapi Pastikan Dahulu Anda Ada Dokumen Ini

Benar Akaun 1 Kwsp Boleh Dikeluarkan Tapi Pastikan Dahulu Anda Ada Dokumen Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 320 hits
Kerajaan mengumumkan semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terjejas pendapatan dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka dibawah program i Sinar Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kebenar...
Bahaya Picit Jerawat Di Kawasan Segitiga Ini Boleh Menyebabkan Infeksi Bakteria Di Otak Strok

Bahaya Picit Jerawat Di Kawasan Segitiga Ini Boleh Menyebabkan Infeksi Bakteria Di Otak Strok

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 309 hits
Sesetengah orang memang tidak dapat mengawal dirinya dari memicit jerawat dan mencabut bulu hidung Ini kerana perbuatan itu sudah menjadi kebiasaan dan seterusnya menjadi tabiat yang sukar dielakkan Tetapi tahukah anda bahawa dua tabiat itu...
Kajian Terkini Mengesahkan Lampu Nyahkuman Uv Boleh Menyebabkan Kerosakan Mata

Kajian Terkini Mengesahkan Lampu Nyahkuman Uv Boleh Menyebabkan Kerosakan Mata

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 212 hits
Beberapa bulan kebelakangan ini kami menyedari terdapat banyak iklan kit menyahkuman menggunakan pancaran cahaya ultra ungu di media sosial Menurut penjual cahaya UV C yang dipancarkan boleh membasmi kuman serta virus ketika dunia masih ber...
Awas Bila Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Boleh Kena Demam Sawan Doktor Kongsi Tanda Gejala

Awas Bila Suhu Badan Anak Terlalu Tinggi Boleh Kena Demam Sawan Doktor Kongsi Tanda Gejala

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 335 hits
Bila anak anak demam ibu ayah memang akan risau Tambah pula bila suhu badan anak terlalu tinggi yang mana keadaan ini juga boleh menyebabkan demam sawan Biasanya demam sawan boleh berlaku dikalangan kanak kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahu...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration