Jika Ke Takayama Jepun Ini 17 Tempat Menarik Best Yang Anda Boleh Lawati


Setelah 2 tahun dunia dibelenggu dengan penularan wabak Covid-19, masyarakat antarabangsa ‘terperangkap’ di negara masing-masing bagi mengurangkan kesan jangkitan.
Namun kini selepas kita semua telah divaksin, satu-persatu negara mula melonggarkan sekatan perjalanan rakyatnya dan membuka pintu sempadan bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa.
Malaysia juga tidak terkecuali dalam membenarkan semula rakyatnya terbang ke luar negara atas urusan tertentu dan jika nanti kita semua telah diberi ‘lampu hijau’ untuk melancong semula, mungkin korang boleh memulakan penjelajahan dunia bermula ke Negara Matahari Terbit iaitu Jepun!
Ini kerana Jepun kini sedang mempersiapkan pelbagai tarikan istimewa khas bagi menyambut kehadiran pelancong luar. Yang pasti kesemua tarikan terbaharu tersebut bakal mencipta satu memori terindah dalam hidup anda.
Jom kita tengok kesemua 17 tarikan terbaharu yang ada di Jepun untuk korang terokai nanti:-
Maruoka Castle
Jika korang adalah penggemar dengan binaan istana-istana lama seperti yang popular di negara Eropah — jangan risau kerana Jepun juga mempunyai binaan istana lama yang pasti menarik perhatian korang!
Istana tersebut yang terletak di daerah Hokuriku diberi nama Maruoka Castle atau lebih dikenali sebagai “Kasumiga Castle”.
Untuk pengetahuan korang, istana ini dibina sebelum zaman Edo (1603-1868) dan diiktiraf sebagai salah satu binaan budaya yang sangat penting di Jepun.
Istimewanya jika berkunjung ke sini pada musim bunga iaitu sekitar bulan April, korang berpeluang menikmati sebuah pemandangan yang cukup indah dan jarang didapati di tempat lain — di mana di sekeliling istana akan dihiasi dengan pokok-pokok ceri yang tumbuh mekar dengan buah yang sangat lebat! 
Keindahan pemandangan yang cukup menakjubkan itu membuatkan Jepun mengadakan sebuah festival yang dikenali sebagai “Maruoka Castle Cherry Festival” di sekitar kawasan istana berkenaan.
Selepas puas berjalan-jalan di sekitar kawasan istana, korang jangan lupa untuk singgah ke sebuah taman yang ditanam hampir 400 pokok ceri Yoshino.
Taman berkenaan juga terkenal sebagai antara 100 lokasi terbaik di Jepun untuk menyaksikan pokok ceri berbuah.
Rujukan: https://echizenkaga.jp/spot/maruokajo/?lang=en
Echizen Crab
Kalau korang berhasrat untuk melancong ke Jepun ketika musim sejuk, ada satu menu special yang korang wajib cuba. Menu special kali ini berasaskan makanan laut! 
Antara ketam yang diangkat sebagai raja flavour yang cukup enak ketika musim sejuk adalah ketam Echizen yang berasal dari perairan Echizen. 
Ketam ini terkenal dengan cangkerang, penyepit yang besar dan juga berkaki panjang. Paling  best, ketam ini dipenuhi dengan isi yang banyak dan cukup manis. Ini antara menu yang wajib anda cuba kalau anda datang ke Fukui.
Rujukan: https://www.town-echizen.jp/en/
Tree Picnic Adventure IKEDA
Anda seorang yang sukakan aktiviti yang lasak atau mencabar? Jangan risau, lokasi kali ini mampu mencabar ketahanan fizikal dan mental anda!
Tree Picnic Adventure IKEDA adalah salah satu lokasi yang menarik, khas untuk korang yang sukakan alam semulajadi. Terdapat pelbagai aktiviti menanti anda!
Di fasiliti ini, anda akan disajikan dengan permandangan semulajadi yang cukup memukau sambil korang enjoy menaiki Mega Zipline dan meneroka ‘gim hutan’ mereka. Memang sesuai untuk korang yang sukakan aktiviti lasak, dan juga aktiviti perkhemahan.
Dah penat keluar peluh beraktiviti takkan la perut tak lapar kan? Jangan risau, di sini korang akan disediakan dengan hidangan yang cukup lazat untuk setiap pengunjungnya.
Rujukan: https://www.picnic.ikeda-kibou.com/en/
Yokokan Garden
Kalau anda ke Jepun, jangan lepaskan peluang untuk melawat salah satu taman yang terbaik di seluruh dunia iaitu Yokokan Garden. Memang sesuai sangat kalau korang datang dengan pasangan. Boleh la ambik feel macam dalam drama jepun.
Yokokan Garden adalah taman yang berada di kedudukan pertama pada setiap tahun dan diiktiraf sebagai taman terbaik oleh satu majalah di Amerika Syarikat. Taman yang luas ini menjanjikan sebuah panorama menakjubkan yang mampu mendamaikan jiwa sesiapa yang melihatnya. Malah, ia dilengkapi dengan sebuah kolam yang besar. 
Selain itu, antara tarikan taman ini adalah perubahan landskap yang mengikut 4 musim utama di Jepun. Antara musim terbaik untuk anda datang ke sini adalah ketika musim luruh.
Rujukan: http://fukuisan.jp/en/yokokan/index.html
Yuge-Kaido Street
Setiap kali kita menonton filem atau drama Jepun, pasti terselit babak pelbagai aktiviti yang dilakukan di jalanan. Jadi, kalau korang teringin nak rasa feel sedemikian ketika bercuti ke Jepun nanti, korang boleh singgah ke Yuge Kaido Street ini.
Yuge Kaido Street yang dikenali sebagai satu lokasi yang penuh dengan kolam air panas. Turut menjadi lokasi tumpuan untuk membeli-belah yang cukup menenangkan dan harmoni dari segi keindahan semulajadi, sejarah dan juga budaya. 
Sepanjang jalan ini korang akan dapat lihat pelbagai galeri hasil tangan seperti Yamanaka lacquerware yang diperbuat daripada kayu dan juga tembikar Kutani-yaki.
Dah penat berjalan, korang boleh singgah di kafe atau restoran yang menyajikan pelbagai makanan yang enak seperti croquette yang boleh korang cuba.
Rujukan: https://yamanaka-spa.or.jp/global/eng/view3.html
Photo courtesy of Ishikawa Prefectural Tourism League.
Kakusenkei Gorge
Ingat negara Eropah je ke ada lokasi best kalau kita bercakap pasal keindahan semula jadi? Jepun pun tidak kurang hebatnya!
Kakusenkei Gorge, adalah satu lokasi yang cukup tenang untuk anda bersiar-siar sambil menghirup udara yang segar. Korang bayangkan korang sedang berjalan-jalan di sini sambil ditemani pemandangan semula jadi yang indah dan bunyi air jernih mengalir dengan perlahan.
Antara waktu terbaik untuk korang datang adalah pada musim luruh apabila daun hijau mula berubah warna kemerah-merahan. Selain itu, korang boleh juga bersantai di Kakusenkei Kawadoko Riverside Cafe yang berdekatan dengan Ayatori Bridge sambil mencuba hidangan pencuci mulut mereka!
Rujukan: https://visitkaga.jp/attractions/kakusenkei-gorge
Limited Express Thunder Bird
Kereta api laju yang menghubungkan Kaga Onsen ke Kanazawa ini mampu melancarkan perjalanan anda kerana anda tidak perlu berhenti untuk menukar tren. Selain itu, dengan menggunakan Takayama-Hokuriku Area Tourist Pass, anda boleh menempah tempat duduk sebanyak empat kali.
Rujukan: https://www.jr-odekake.net/train/thunderbird/
Omicho Market
Sekarang tengah viral kan di TikTok video orang siang ikan? Kali ini korang boleh tengok depan mata korang sendiri! Salah satu pasar yang sentiasa menjadi tumpuan mestilah Omicho Market.
Omicho Market yang terletak berhampiran Stesen Kanazawa, menawarkan 170 buah kedai menjual pelbagai makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan segar hasil daripada penduduk setempat.
Pasar ini bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan, bahkan menjadi salah satu lokasi pelancongan yang terkenal dimana pelancong boleh menikmati sushi dan makanan laut segar. Macam sedap je bunyinya kan!
Rujukan: https://visitkanazawa.jp/mustgoplace/touristspot/area3/2
Etchu Yatsuo (Suwamachi Hondori Street)
Korang ingat tak, kalau tengok filem samurai mesti korang perasan betapa cantik dan uniknya perkampungan di Jepun kan? Nak rasai pengalaman ala dalam filem Samurai itu, korang boleh datang ke Yatsuo Town ini.
Yatsuo Town di Toyama cukup terkenal di Jepun kerana adanya “Owara Kaze no Bon Festival”. Festival ini turut menjadi tumpuan para pelancong seluruh dunia. Senang cerita, kalau korang datang ke festival ini, memang tak menyesal!
Selain itu, lanskap bandar ini cukup menarik dengan tempat pejalan kaki yang diperbuat dari batu. Rumah-rumah di sini juga disusun dan berbentuk lebih kurang sama antara satu sama lain. Keindahan jalan ini mampu membuatkan anda mengimbau kembali bagaimana berada pada zaman klasik Jepun.
Rujukan: http://visit-toyama.com/festivals/000036.html 
Zuiryuji Temple
Jika anda melawat Takaoka, kuil Zuiryu-ji adalah lokasi anda wajib singgah. Kuil ini telah diwartakan sebagai salah satu khazanah negara dan sesetengah bahagian dikhaskan sebagai antara hartanah kebudayaan kebangsaan. Memang banyak spot yang cantik untuk korang bergambar!
Rujukan: https://www.japan.travel/en/spot/1408/
Musim Luruh Di Gokayama
Memang banyak ya spot cantik-cantik di Jepun lebih lagi kalau korang datang masa musim luruh. Salah satunya di Gokoyama.
Gokayama adalah satu perkampungan yang dipenuhi dengan rumah Gassho-zukuri yang telah didaftarkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO bersama dengan Shirakawago. 
Gokayama semestinya menjadi satu destinasi yang wajib anda pergi pada setiap musim, apatah lagi ketika musim luruh kerana permandangan di situ cukup menakjubkan. Kalau korang  teringin cuba main ski kat sini, korang boleh datang masa musim sejuk!
Rujukan: https://gokayama-info.jp/en/ 
Shirakawag
Shirakawago adalah salah satu lokasi yang cukup terkenal seantero dunia kerana adanya perkampungan Gassho-zukuri, satu landskap yang cukup memukau dan menonjolkan lanskap asli Jepun. Shirakawa-go mengekalkan tradisi perkampungan di Jepun di mana anda boleh merasai sendiri bagaimana budaya, aktiviti ataupun kehidupan sebagai seorang penduduk tempatan. Kami mengesyorkan korang untuk melawat kedua-dua lokasi yang telah didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Gokayama dan Shirakawa-go.
Rujukan: https://shirakawa-go.gr.jp/en/ 
Hida Beef
Selain daripada tarikan lokasi yang cantik dan menarik, Jepun juga terkenal dengan makanan mereka yang cukup unik dan lazat!
Jika anda berkesempatan untuk ke Takayama, jangan lepaskan peluang untuk merasai salah satu hidangan istimewa iaitu daging Hida. Memang ngam la kalau korang datang dalam kumpulan, korang boleh barbeku dengan geng korang.
Daging Hida ini memang cukup lembut dan juicy. Bila korang suap ke dalam mulut, daging tu macam terus cair dalam mulut anda. Disempurnakan pulak dengan satu aroma yang membangkitkan selera korang, memang terbaik!
Rujukan: http://www.hidagyu-gifu.com/eng/index.php 
Hida Furukawa (White-walled Store District)
Korang ingat tak, pernah viral dulu bertapa bersihnya longkang di Jepun sampai ikan koi boleh hidup dalam tu? Kali ini korang berpeluang untuk menyaksikannya sendiri!
Hida Furukawa yang terkenal dengan tradisi dan permandangan yang cukup lama ataupun klasik. Salah satu tarikan tempat ini adalah Seto Canal yang melalui tengah pusat bandar sehingga di Shirakabe Dozogai Street.
Di Ichinomachi Street yang berdekatan dengan daerah Shirakabe Dozogai, anda boleh berjalan-jalan sambil membeli beberapa buah tangan ataupun makan di beberapa restoran yang cukup menarik!
Rujukan: https://hida.travel/destination/shirokabe-dozogai-street/19 
Satoyama Cycling
Kalau korang inginkan satu pengalaman percutian lain dari yang lain, anda boleh mencuba menjelajah keindahan semulajadi Jepun di Satoyama dengan menyertai Hida Sayotama Cycling Tour! Anda akan menjelajah Satoyama secara berbasikal dan diketuai oleh seorang pemandu pelancong. Memang rare la kalau korang pusing-pusing Satoyama naik basikal je!
Rujukan: https://satoyama-experience.com/cycling
Seki Terrace
Seki Terrace adalah satu fasiliti yang baru sahaja dibuka pada bulan Mac yang lalu. Di sini, anda boleh merasai sendiri betapa memukaunya bandar Seki. Fasiliti ini dilengkapi dengan pelbagai tarikan seperti mempelajari cara tradisional pemotongan daging, industri budaya tempatan dan juga beramah mesra dengan penduduk di sana.
Rujukan (hanya dalam bahasa Jepun): https://sekikanko.jp/sekiterrace
Nagoya Gate Tower Hotel
Dah puas menjelajah Jepun, apa kata korang rehat atau manjakan diri di Nagoya Gate Tower Hotel. Hotel yang menawarkan suasana yang cukup eksklusif dan mewah ini, berada di satu lokasi yang cukup strategik. Korang cuma perlu berjalan dalam masa 5 minit dari gate tiket Shinkansen untuk check-in ke hotel ini.
Rujukan: https://www.associa.com/ngh/multi-lingual/?wovn=en 
Macam mana? Best, kan semua tarikan terbaharu yang ada di Jepun ini? Memang tak sabar rasanya nak travel semula ke Jepun dan menikmati keistimewaan adat, budaya, keindahan lokasi serta makanannya yang segar dan terbaik dari segi kualiti.
Semoga wabak yang menghantui kita sekarang ini akan terus reda dan semakin pulih. Ingat, kita semua belum menang lagi menentang Covid-19, jadi kalau korang nak cepat-cepat dapat melancong semula ke luar negara pastikan kita semua patuhi SOP dan jaga keselamatan diri masing-masing. 
Sama-sama kita tunggu ‘lampu hijau’ dari pihak kerajaan untuk lepaskan kerinduan terbang melancong ke Jepun nanti!
The post Jika Ke Takayama Jepun Ini 17 Tempat Menarik & Best Yang Anda Boleh Lawati appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2022/01/12/jika-ke-takayama-jepun-ini-17-tempat-menarik-yang-anda-boleh-lawati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Makan Best Di Kelantan Damia Cafe Buffet Steamboat Grill

Tempat Makan Best Di Kelantan Damia Cafe Buffet Steamboat Grill

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 345 hits
Bila orang tanya tempat makan best di Kelantan rasa macam ralat sikit nak jawab Sebab kita ni nama je orang Kelantan tapi jarang betul makan kat luar Kalau balik kampung pun sekejap sekejap je Itu pun tak sempat nak keluar makan kat luar As...
Rtmklik Kini Di Android Box Boleh La Tengok Rtm Di Tv Secara Online Lepas Ini

Rtmklik Kini Di Android Box Boleh La Tengok Rtm Di Tv Secara Online Lepas Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 444 hits
Akhirnya yang ditunggu tunggu telah tiba apabila salah satu platform televisyen online iaitu RTMKLIK kini sudah tersedia di Android Box Sekali gus ada pada Android Tv juga Sebelum ini pihak RTM ada iklankan dimana aplikasi rtmklik mereka su...
Kalau Tiada Orang Cuci Pinggan Tak Boleh Juga Dsv Singgah Rumah Ashira Pukul 3 Pagi

Kalau Tiada Orang Cuci Pinggan Tak Boleh Juga Dsv Singgah Rumah Ashira Pukul 3 Pagi

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 495 hits
Demikian tegas usahawan kosmetik Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menjawab tentang dakwaan kononnya dirinya menghina pekerjaan dilakukan penyanyi Ashira yang mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan
Lakukan 5 Petua Ini Untuk Kawal Gdm Ketika Hamil Mama Boleh Cuba

Lakukan 5 Petua Ini Untuk Kawal Gdm Ketika Hamil Mama Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 217 hits
Anda hamil dan mengalami penyakit diabetes Ada ke cara mengubati kencing manis semasa mengandung Ini 5 petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh anda cuba Tapi sebelum itu ambil tahu apa faktor faktor risiko kencing manis k...
Perlukah Lagi Pm Menteri Parlimen Untuk Besok Rakyat Sudah Boleh Jaga Rakyat

Perlukah Lagi Pm Menteri Parlimen Untuk Besok Rakyat Sudah Boleh Jaga Rakyat

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 290 hits
JANGAN TUNGGU PROMOSI AKAN HAMPIR TAMAT BILA BILA MASARAWATAN TERAHERTZ PERCUMA PROMOSISaksikan beberapa video ini dan buat penilaian kami ada banyak lagi video testimoni dan info yang boleh dikongsi Bagi sesiapa yang mempunyai apa juga mas...
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Kemurungan

Gula Boleh Meningkatkan Risiko Kemurungan

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 230 hits
Diet yang sihat boleh membantu meningkatkan mood kita walaubagaimanapun pemakanan tinggi gula dan makanan yang diproses boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mengalami kemurungan Mengambil banyak makanan yang diproses termasuk produk ting...
Pengurangan Elaun Atlet Boleh Jejaskan Pencapaian Di Sukan Sea Kata Cdm

Pengurangan Elaun Atlet Boleh Jejaskan Pencapaian Di Sukan Sea Kata Cdm

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 271 hits
Sukan SEA Hanoi dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 25 Mei ini KUALA LUMPUR Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Vietnam Nur Azmi Ahmad bimbang pengurangan elaun latihan kepada atlet pada tahun ini berisiko menjejaskan pencapaian ...
Kepada Bukan Coffee Lover Boleh Cuba Minuman Ini Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

Kepada Bukan Coffee Lover Boleh Cuba Minuman Ini Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 174 hits
Kepada Bukan Coffee Lover Boleh Cuba Minuman Ini Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi KOPI mungkin menjadi pilihan utama dalam senarai minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk Dengan kandungan kafein yang tinggi kopi sememangnya boleh mem...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik