Keh Keh Keh Bila Mahathir Memberikan Pakuan Terakhir Kepada Bersatu Maka Berpecahlah




 

BORHAN AHMAD



December 14, 2025ANALISIS


Nampaknya tekanan kepada Pengerusi PN dan Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin semakin teruk apabila Tun Dr Mahathir Mohamed campur tangan.
Kalau sebelum ini, ahli parti beliau yang memberikan tekanan, kini Mahathir juga menekan beliau.




Ia bermula dengan perhimpunan agung parti itu September lalu apabila Mahiaddin sendiri mendedahkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau melalui kutipan tanda tangan untuk mendesak beliau meletakkan jawatan.
Ekoran pendedahan yang mengecohkan itu, Mahiaddin berjaya mendapatkan mandat dari perhimpunan itu untuk menamakan beliau sebagai calon PM dari Bersatu.
Namun ia tidak berhenti di situ. Ia merebak terus apabila bekas Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dipecat manakala Wan Ahamd Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Macang di gantung keahlian parti.
Sejak itu, satu demi satu sidang media dibuat menuntut Mahiaddin melepaskan jawatannya sebagai Presiden Bersatu
Ekoran kekalahan teruk PN dalam PRN Sabah, sekali lagi Mahiaddin ditekan agar melepaskan jawatannya oleh pemimpin Bersatu di Sabah.
Turut kecoh apabila Mahiaddin mengumunkan calon PN dari Pas yang menang di Karambunai, Sabah tidak menyertai blok kerajaan, tetapi Timbalan Presiden Pas pula mengumumkan beliau menyertai blok kerajaan Sabah.
Serentak dengan itu juga, pimpinan akar umbi Bersatu memberikan tekanan ke atas Mahiaddin. Di Perak, 18 Ketua Bahagian Bersatu membuat sidang media mendesak Mahiaddin melepaskan jawatannya.




Antaranya mereka mendakwa amat sukar untuk mereka mempertahankan Mahiaddin apabila menantu beliau lari keluar negara selepas dicari oleh SPRM.


Sehari selepas itu, ketua-ketua bahagian yang menyokong Mahiaddin pula membuat penyataan khas mereka menyokong Mahiaddin. Ia diketuai oleh timbalan presiden yang diturunkan pangkat, Datuk Faizal Azumu.


Dalam masa yang sama, Ketua Bersatu Port Dickson, Chegu Bard atau nama sebenarya Badrul Hisham Shahrin membuat kempen jalan kaki ke Johor. Beliau mendedahkan banyak perkara tentang kekecohan dalam Bersatu dalam kempen ini.


Selepas itulah, Mahathir turut campur tangan dan tidak duduk diam lagi. Beliau tampil ke depan seolah-olah dialah yang menjadi dalang sebenarnya dalam kekecohan dalam Bersatu ini.


Tun Mahathir dedah kalau Muhyiddin tidak menjadi PM dia akan masuk ‘dalam’.


Perkara itu didedahkan mantan PM dua kali itu dalam satu pertemuan bersama Armada Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 10 Disember lalu.


“Dia bukan apa..dia ada masalah, dia nak jadi Perdana Menteri bukan kerana dia nak berkhidmat.


“Pasal kalau dia tak jadi Perdana Menteri ada kemungkinan dia masuk dalam..pasal dia pun curi duit…saya tahu,” katanya.


Mahathir mendakwa, Ahli Parlimen Pagoh itu mencuri duit sumbangan kepada parti PN dan didakwa disimpan di kediamannya.
“Duit dibagi kepada parti, dia tak bagi kepada parti dia simpan di rumah dia,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir turut mendakwa dengan peruntukan dana yang banyak itu juga menjadi punca kepada kekalahan beliau di Langkawi dalam pilihan raya sebelum ini.
“Duit itulah dia belanja..belanja banyaklah sampai saya kalah di Langkawi, pasal inilah orang-orang dia menang,” katanya yang tewas dalam pertembungan lima penjuru ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sehingga hilang wang deposit.
Kenyataan Mahathir ini amat mengejutkan kerana ia berlaku ketika beliau berusaha kononnya untuk menyatukan Melayu di negara ini.
Kalau begitu, beliau sebenarnya bukan menyatukan Melayu bahkan memecahkan Bersatu yang sememangnya sudah mahu pecah.
Jadi sekarang Mahathir menyertai Pas dan penentang Mahiaddin dalam Bersatu untuk memberikan pakuan terakhir kepada PN dan Bersatu agar Berpecah.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/kehkehkehbila-mahathir-memberikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Rejects Tun M S Claim Of Stolen Bersatu Funds As Edited Video Sparks Row

Muhyiddin Rejects Tun M S Claim Of Stolen Bersatu Funds As Edited Video Sparks Row

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 77 hits
BERSATU president Tan Sri Muhyiddin Yassin has strongly denied an allegation by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad circulating in a viral video that he misappropriated party funds and kept the money at his home calling the claim ...
Video Of Dr M Calling Muhyiddin A Thief Manipulated Johor Bersatu Youth

Video Of Dr M Calling Muhyiddin A Thief Manipulated Johor Bersatu Youth

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 103 hits
Johor Bersatu Youth claimed certain irresponsible parties had manipulated a video clip that was recorded during their meeting with former premier Dr Mahathir Mohamad in Putrajaya earlier this week This came after a two minute video went vir...
30 Hari Terakhir Persediaan Awal Untuk Azam Tahun Baru

30 Hari Terakhir Persediaan Awal Untuk Azam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 152 hits
Sebelum orang lain mula mencari azam pada 1 Januari kita berpeluang memanfaatkan 30 hari terakhir sebelum 2026 untuk melakukan perubahan yang lebih mendalam tetapi senyap Lokasikan tiga rutin kecil yang mampu mengubah keadaan fizikal dan em...
Laman Portal Yahoo Finance Uk Senaraikan Mahathir 10 Pemimpin Terkaya Dunia Betul Ke

Laman Portal Yahoo Finance Uk Senaraikan Mahathir 10 Pemimpin Terkaya Dunia Betul Ke

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 315 hits
SITI NUR ZAWANILaman Yahoo Finance UK menerbitkan kembali laporan dari sebuah portal kontroversi yang menyenaraikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam senarai pemimpin dunia paling kaya sepanjang zaman Menurut laporan yang sedang d...
Bmw Bersedia Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Z4 Dengan Edisi Terakhir

Bmw Bersedia Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Z4 Dengan Edisi Terakhir

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 119 hits
BMW sedang mengakhiri salah satu roadster moden yang paling dikenali dengan pelancaran Z4 Edisi Akhir Versi terhad ini menandakan peluang terakhir bagi pelanggan untuk memesan Z4 baru sebelum pengeluaran berakhir pada bulan Mac 2026 Sejak d...
Kalah 42 1 Bersatu Sabah Desak Muhyiddin Letak Jawatan

Kalah 42 1 Bersatu Sabah Desak Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 124 hits
Malaysiakini nbsp Susulan keputusan buruk pada pilihan raya negeri Sabah baru baru ini majoriti bahagian Bersatu di negeri itu menuntut supaya presiden parti Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya Parti itu tewas di semua 36 kerusi yang dit...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri

Lelaki Cedera Ditarik Gajah Ke Dalam Gaung

Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Dalam Kampus

2 Girls Die In Motorcycle Accident Near Seremban

Lim Guan Eng Urges Full Tax Refunds Buy Local Policy To Ease Business Cash Crunch

Along Kemalangan 11 12 2025