Lakukan 5 Petua Ini Untuk Kawal Gdm Ketika Hamil Mama Boleh Cuba


Anda hamil dan mengalami penyakit diabetes? Ada ke cara mengubati kencing manis semasa mengandung? Ini 5 petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh anda cuba.

Tapi sebelum itu, ambil tahu apa faktor-faktor risiko kencing manis ketika mengandung.
Faktor-faktor Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung
Setiap individu wanita yang sedang hamil, mempunyai risiko untuk mendapat diabetes gestasi ini.
Tetapi terdapat beberapa faktor yang menjadikan sesetengah individu wanita berdepan risiko yang lebih tinggi.
-Individu yang berusia lebih daripada 25 tahun
-Mempunyai sejarah keluarga atau peribadi. Risiko untuk anda menghadapi GDM akan meningkat jika anda mempunyai prediabetes, iaitu keadaan di mana kandungan gula dalam darah yang sedikit tinggi dan menjadi penanda kepada diabetes jenis 2. Sekiranya pada kehamilan sebelum ini anda mendapat GDM, maka risiko untuk mendapat kembali masalah ini adalah tinggi.
-Berat badan yang berlebihan. Masalah obesiti adalah sangat berkaitan dengan diabetes. Jadi kecenderungan untuk mendapat GDM adalah tinggi jika BMI anda 30 atau lebih daripada itu.
-Etnik. Ia adalah satu faktor yang sukar untuk diperjelaskan. Tetapi sekiranya anda adalah wanita berkulit hitam, Hispanik, Indian Amerika atau Asia, risiko untuk mendapat GDM adalah tinggi.
Bahaya Kencing Manis ketika Mengandung
Seperti yang dimaklumkan di atas, masalah kesihatan ini bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Ini kerana terdapat beberapa risiko pada kesihatan yang mungkin boleh berlaku kepada ibu hamil.
Antaranya seperti pendarahan, pitam, risiko melahirkan anda bersaiz besar. Antara risiko lain yang mungkin terjadi adalah seperti:
Makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih). Bayi berkemungkinan akan menghadapi kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia). Bayi juga mudah terdedah kepada jaundis atau demam kuning yang berpanjangan. Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak. Ibu berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar. Ibu berisiko tinggi mendapat preeklampsia (darah tinggi) dan tumpah darah.
Petua Hilangkan Kencing Manis Semasa Mengandung
Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk menangani kencing manis semasa mengandung. Antaranya adalah:
1. Ubah diet pengambilan makanan seharian
Petua hilangkan kencing manis semasa mengandung yang paling utama adalah dengan melakukan perubahan dalam pemakanan yang anda makan.
Diet yang penuh nutrisi adalah salah satu cara terbaik untuk mengawal gula darah. Wanita hamil perlu mengehadkan makanan yang mempunyai kadar gula dan karbohidrat yang tinggi.
Sebaliknya, ibu perlu makan pelbagai jenis makanan seperti kanji, zat besi, vitamin, dan makanan rendah lemak. Makan tiga hidangan kecil dan satu hingga tiga makanan ringan setiap hari.
Wanita yang mengandung juga harus makan banyak makanan kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, beras bijirin penuh, roti. Ibu hamil obes yang didiagnosis dengan penyakit diabetes gestasi harus bermula dengan diet 30 kcal/kg hari.
Doktor mungkin mencadangkan anda bertemu pakar diet berdaftar untuk membantu anda membuat pelan diet yang boleh anda ikut. Ia perlu bagi menangani kencing manis ketika mengandung, tetapi masih membekalkan kalori dan nutrien yang cukup untuk bayi anda.
Di bawah adalah beberapa tip memilih makanan baik yang boleh anda ikuti:
Makanan bijirin penuh seperti roti gandum penuh Pilih makanan rendah GI, Indeks Glisemik- adalah bagaimana mengukur makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan glukosa darah, seperti pasta yang diperbuat daripada tepung gandum, epal, oren, kekacang, jagung manis dan bubur. Henti minum minuman manis Pilih makanan yang dipanggang, bukannya digoreng Amalkan makanan berserat seperti perbanyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau dan buah-buahan 2. Makan secara tetap
Apabila sudah mengetahui pelan pemakanan yang baik untuk anda ikuti ketika sedang hamil, anda juga perlu memastikan anda mempunyai jadual pemakanan secara tetap dan elakkan daripada melangkau sebarang waktu hidangan makanan walau sesibuk mana anda dalam melaksanakan pekerjaan harian anda.
Maka petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang harus diamalkan adalah untuk makan 3 kali hidangan makanan yang bersaiz kecil atau sederhana.
Jangan mengambil sesuatu hidangan makanan dalam kuantiti yang besar dan banyak. Jika perlu, anda juga boleh untuk menambah waktu pengambilan snek dalam pemakanan harian anda.
Disarankan makan pada 3 waktu makan utama iaitu :
Sarapan pagi antara jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi
Makan tengah hari antara jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang
Makan malam antara jam 6.30 petang hingga 7.00 malam
Waktu untuk mengambil makanan snek, ambilnya di antara waktu makan utama:
Minum pagi antara jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi
Minum petang antara jam 4.00 petang hingga 4.30 petang
Minum malam antara jam 10.00 malam hingga 10.30 malam
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil. Cara ini boleh dianggap sebagai petua hilangkan kencing manis ketika mengandung yang boleh diamalkan.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diambil tetapi perlu dikawal kuantiti pengambilannya seperti bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
3. Lakukan aktiviti fizikal untuk elak kencing manis
Siapa kata wanita mengandung tidak perlu melakukan sebarang aktiviti fizikal atau bersenam? Risau senaman akan mendatangkan mudarat kepada kandungan? Itu pastinya mitos yang terlalu karut untuk dipercayai.
Ini kerana individu wanita yang hamil juga perlu untuk melakukan aktiviti fizikal untuk mengekalkan tahap kesihatan pada paras yang terbaik. Doktor mungkin menggalakkan supaya anda menambah senaman kepada rutin mingguan anda, kerana ia adalah baik untuk anda dan bayi.
Senaman pastinya merupakan satu aktiviti fizikal yang dapat membantu menurunkan tahap gula dalam darah dengan berfungsi mengangkut gula ke sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Mengamalkan senaman juga dapat meningkatkan kepekaan terhadap insulin, yang bermakna badan tidak memerlukan insulin untuk membantu membawa gula ke sel-sel badan.
Senaman juga pastinya dapat membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa kehamilan seperti sakit belakang, kekejangan dan lain-lain.
Bersenam semasa hamil adalah tidak salah, tetapi apa yang perlu diutamakan adalah ibu yang mengandung perlu memilih senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal semasa. Senaman ringan dan mudah seperti berjalan kaki, aerobik, berbasikal dan berenang adalah antara aktiviti fizikal yang digalakkan untuk dicuba.
Lakukan aktiviti fizikal ini secara tetap dan teratur selama 15 sehingga 30 minit setiap hari. Ini bukan sahaja petua hilangkan kencing manis ketika mengandung, sebaliknya ia juga dalam masa yang sama membantu menjaga tahap kesihatan anda.
Ini akan membantu badan anda menggunakan insulin dengan lebih baik, dan membantu mengawal paras gula darah. Anda juga boleh bertanya kepada doktor anda mengenai senaman yang bersesuaian untuk dicuba serta dan kekerapan senaman yang boleh dilakukan oleh wanita hamil.
4. Pantau tahap gula dalam darah
Selain petua hilangkan kencing manis ketika mengandung dengan mengubah diet pengambilan makanan seharian, antara petua hilangkan kencing manis semasa mengandung yang perlu untuk dilakukan setiap hari adalah untuk memeriksa dan memantau paras gula dalam darah sentiasa dalam keadaan terkawal.
Anda perlu menguji tahap gula dalam darah anda secara teratur, sebelum makan dan antara 1 atau 2 jam selepas pengambilan sebarang hidangan makanan utama.
Anda boleh melakukan pemeriksaan tahap gula dalam darah di rumah dengan mendapatkan alat pengukur meter glukosa darah yang boleh digunakan di rumah dan pastinya ia akan membantu anda untuk memudahkan kerja pemantauan paras gula dalam darah anda.
Namun, sekiranya anda tidak mempunyai alat pengukur meter glukosa darah, doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik.
Terdapat juga sesetengah individu wanita hamil memerlukan rawatan insulin. Kira-kira 15% wanita mengandung yang menghidap penyakit diabetes memerlukan insulin untuk mencapai tahap glukosa darah secara berterusan.
Insulin adalah hormon yang digunakan untuk merawat diabetes dengan mengawal gula dalam darah. Jika diet dan senaman tidak cukup untuk mengimbangi gula dalam darah, wanita hamil akan disuntik dengan insulin supaya jumlah glukosa dalam darah kembali ke tahap yang selamat.
Bagi sesetengah wanita, jenis ubat-ubatan seperti glyburide juga merupakan pilihan.
5. Pengambilan vitamin C dan D
Antara petua hilangkan kencing manis semasa mengandung adalah dengan memperbanyakkan pengambilan vitamin C dan D. Kekurangan vitamin C dikatakan mempunyai hubungan kait secara langsung dengan masalah kesihatan kencing manis semasa hamil.
Terdapat kajian yang dilakukan kepada wanita yang hamil, menunjukkan bahawa individu wanita yang menghidap penyakit kencing manis semasa tempoh kehamilan dan memperbanyakkan pengambilan vitamin C secara tetap akan kurang untuk berdepan risiko mengalami diabetes jenis 2.
Vitamin D pula merupakan nutrien penting yang diperlukan dalam beberapa proses dan fungsi dalam badan kita. Penyerapan vitamin dan nutrien yang penting seperti kalsium, besi, magnesium, dan fosfat dapat dilakukan dengan memaksimumkan penyerapan nutrien makanan yang kaya dengan vitamin D.
Penjagaan Kesihatan Semasa Hamil
Hamil bermakna bahawa ia bukan mengenai anda sahaja lagi. Mulai sekarang, keselamatan bayi dalam kandungan anda harus diberi keutamaan dari apa jua keputusan yang anda buat.
Oleh itu, ikuti gaya hidup yang sihat, lakukan senaman dan pantau paras glukosa darah anda adalah apa yang harus anda tumpukan semasa anda mengandung.
Mengalami GDM ketika hamil membuatkan anda cenderung untuk mengembangkan penyakit diabetes jenis 2, tetapi ia tidak semestinya akan berlaku.
Apa yang penting anda perlu menjaga tahap kesihatan anda dengan lebih baik sekiranya anda dikesan mengalami masalah kencing manis ketika sedang hamil. Jangan lupa untuk mengamalkan dan mengikuti petua hilangkan kencing manis ketika mengandung!
Kredit: Hello Health
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Lakukan 5 Petua Ini Untuk Kawal GDM Ketika Hamil, Mama Boleh Cuba! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lakukan-5-petua-ini-untuk-kawal-gdm-ketika-hamil-mama-boleh-cuba/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepada Bukan Coffee Lover Boleh Cuba Minuman Ini Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

Kepada Bukan Coffee Lover Boleh Cuba Minuman Ini Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 175 hits
Kepada Bukan Coffee Lover Boleh Cuba Minuman Ini Hilangkan Mengantuk Tanpa Minum Kopi KOPI mungkin menjadi pilihan utama dalam senarai minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk Dengan kandungan kafein yang tinggi kopi sememangnya boleh mem...
Tips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu Gastrik

Tips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu Gastrik

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 230 hits
Tips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu GastrikTips Puasa Ketika Bagi Ibu Mengandung Hamil Menyusu Gastrik Ramai wanita hamil rasa bimbang tidak dapat berpuasa kerana memikirkan keselamatan bayi dan jika berpuasa mungkin boleh m...
Masih Menanti Kehadiran Zuriat Cuba 10 Tip Cepat Hamil Mana Tahu Ada Rezeki Lepas Ini

Masih Menanti Kehadiran Zuriat Cuba 10 Tip Cepat Hamil Mana Tahu Ada Rezeki Lepas Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 225 hits
Adakah terdapat cara agar cepat hamil boleh dicuba Semestinya ada cuma keberkesanannya mungkin berbeza Tetapi tidak salah mencuba siapa tahu rezeki anda untuk berbadan dua Cara agar cepat hamil Kini anda dan pasangan sudah bersedia untuk me...
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 260 hits
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika HamilRambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil Masalah keguguran rambut boleh menyebabkan botak bengkak dan gumpalan rambut gugur Rambut yang lebih panjang masalah kegugura...
Perhatian Peminat K Drama Cuba Teka Siapa Pelakon Ini Melalui Gambar Mereka Ketika Kecil

Perhatian Peminat K Drama Cuba Teka Siapa Pelakon Ini Melalui Gambar Mereka Ketika Kecil

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 293 hits
Ini adalah ujian buat semua peminat K Drama Bagi peminat drama Korea apabila pelakon memuat naik foto zaman kanak kanak mereka ianya akan sentiasa menjadi sesuatu yang membuatkan peminat berasa teruja dengan kecomelan mereka Jika anda betul...
Ada Masalah Tahi Cicak Ini Antara Cara Mudah Anda Boleh Cuba Untuk Halau Ia Dari Rumah

Ada Masalah Tahi Cicak Ini Antara Cara Mudah Anda Boleh Cuba Untuk Halau Ia Dari Rumah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 331 hits
Ada Masalah Tahi Cicak Ini Antara Cara Mudah Anda Boleh Cuba Untuk Halau Ia Dari Rumah Cicak adalah antara haiwan yang sering dilihat berkeliaran pada dinding rumah bukan Kadangkala najis mereka ini kita boleh lihat merata tempat dan itu sa...
Champagne Saudi Bagaimana Untuk Membuat Champagne Saudi Yang Lazat Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

Champagne Saudi Bagaimana Untuk Membuat Champagne Saudi Yang Lazat Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 272 hits
Mendengar saja perkataan Champagne minuman beralkohol dan sesuatu yang haram pastinya muncul di fikiran seseorang Islam selepas mendengar perkataan champagne yang dilarang sama sekali dalam Islam Champagne Saudi ini sebenarnya adalah minuma...
Mati Lemas Ketika Cuba Lepaskan Tambatan Lembu

Mati Lemas Ketika Cuba Lepaskan Tambatan Lembu

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 234 hits
Oleh NOR AINNA HAMZAH Jenazah Rosli Roslan yang meninggal dunia selepas tergelincir ke dalam air banjir dalam kejadian di Felda Sungai Kelamah Tampin pagi tadi UTUSAN NOR AINNA HAMZAH TAMPIN Seorang warga emas mati lemas selepas tergelincir...
Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 219 hits
Oleh JEMAAH umrah sedang dipakaikan alat penjejak digital selepas sampai dari Arab Saudi JEMAAH yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah dan diwajibkan menjalani kuarantin boleh memilih untuk ditempatkan di pusat kuarantin swasta atau ...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep