Tempat Makan Best Di Kelantan Damia Cafe Buffet Steamboat Grill


Bila orang tanya tempat makan best di Kelantan, rasa macam ralat sikit nak jawab. Sebab kita ni nama je orang Kelantan, tapi jarang betul makan kat luar. Kalau balik kampung pun sekejap-sekejap je. Itu pun tak sempat nak keluar makan kat luar. Asyik duk makan kat rumah je dengan macam-macam menu.

Tapi, sekali-sekala tu nak juga merasa makan kat luar bersama family. Jadi, time balik kampung macam ni la baru ada peluang nak cari tempat-tempat makan yang best di Kelantan yang patut dicuba. Untuk malam tahun baru 2022, sebagai penutup tirai tahun 2021 dan pembuka tirai 2022, kita try makan di Damia Cafe yang menyajikan Buffet Steamboat & Grill

LOKASILot 2442-B, 245, Jalan Wakaf Che Yeh - Salor - Pasir Mas, 15100 Kota Bharu, Kelantan
WAKTU OPERASI4:30 petang ke 11:30 malam

Antara menu istimewa yang disajikan di Damia Cafe adalah Kambing Bakar dan Udang Galah. Tapi, bukan setiap hari ada. Kalau nak makan Kambing Bakar, kena datang pada hari Jumaat sahaja. Udang Galah tu ada, tapi kena rajin tunggu di buffet table. Don't worry, kalau habis nanti staff Damia Cafe akan top up. Tips dia, kena sabar sikit menunggu. 

Part Kambing Bakar pun sama, nak cakap awal-awal, korang kena sabar menunggu untuk beratur. Cadangan aku, korang makan je dulu steamboat dan grill lain-lain sampai kenyang, kemudian baru beratur untuk ambil Kambing Bakar. Tak pun, korang beratur dulu. Kalau lama sangat, better gilir-gilir beratur dan take turn untuk makan dengan ahli family/kawan-kawan yang lain. Biasalah adat makan buffet, ada yang kena beratur panjang, ada yang kena tunggu lama. Tapi, yang bestnya bila makan buffet macam ni, kita tak ada limit masa. Janji kita makan sampai kenyang tanpa pembaziran. 

Dari segi makanan yang disajikan, aku cukup berpuas hati especially part makanan mentah seperti seafood. Ada macam-macam jenis, kerang, kepah, lala, lokan, ketam, udang harimau, udang galah, sotong dan lain-lain. Pendek kata, kalau korang suka makan seafood memang sesuai datang makan buffet steamboat & grill macam ni di Damia Cafe. Kalau suka grill, boleh ambil seafood, daging atau ayam yang dah siap-sedia diperap. Tinggal untuk grill sahaja atas meja makan. 


Korang boleh grill guna minyak masak yang disediakan. Personally, aku suka grill guna marjerin/planta. Rasanya akan jadi lebih sedap. Marjerin/planta tak disediakan atas meja makan. Tips dia, korang kena pergi ambil di bahagian sweet corn (jagung manis). Untuk steamboat pula, kuah tomyam akan disediakan. Bahan-bahan untuk steamboat, boleh je ambil di bahagian peti ais. Macam-macma ada. 


Di bahagian minuman pula, ada macam-macam jenis air. Air bandung, air jagung, air sirap dan macam-macam lagi. Untuk dessert, selain jagung manis (sweet corn), ada ice cream, buah-buahan dan air batu campur (ABC). Untuk snacking, ada nugget dan ubi kentang (fries). Tapi korang kena goreng sendiri guna deep frier yang telah disediakan. 

Actually, banyak lagi makanan yang disediakan. Antaranya nasi goreng, bihun goreng, maggi goreng, kerabu maggi, somtam, lokcing dan macam-macam lagi. Dari segi menu yang dihidangkan, memang banyak. Dari segi rasa, personally aku rasa sedap. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Pendek kata, kalau cari tempat makan untuk family besar dan reunion dengan member-member, highly recommended untuk try makan di sini.

Maybe ada yang tengah plan nak try makan di Damia Cafe, untuk harga di Damia Cafe Buffet Steamboat & Grill boleh rujuk senarai kat bawah ni
DewasaRM30/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun)RM15
Warga Emas (60 tahun ke atas)RM25
OKURM25
Birthday Celebration50% untuk Birthday Boy/GirlMacam aku hari tu, tercari-cari juga info, kalau nak datang makan di Damia Cafe ni boleh walk-in ke atau kena booking dulu? Actually, korang boleh walk-in je. Tapi, kalau kena hari cuti atau weekend, kemungkinan besar seats akan full. So, terpaksalah menunggu sekejap untuk dapatkan tempat duduk. Kalau plan nak pergi 20paxs dan ke atas, ni baru kena buat booking dulu. Jangan main terjah je kalau nak buat rombongan ramai-ramai macam ni. At least, kalau walk-in dalam 5-10 orang boleh lagi selit-selit kat meja yang kosong. Tapi kalau dah 20 orang ke atas, memang kena book awal-awal untuk dorang reserve meja.

Kalau korang kaki makan, memang berbaloi datang sini. Nak bawa family atau member-member pun seronok. Jadi, kalau ada member-member dari luar Kelantan nak datang jalan-jalan, boleh la try bawa makan kat sini. Walaupun ramai orang, sesak, nak makan pun macam nak berperang. tapi bab makan memang puas hati. Kalau korang nak privasi, nak makan relx-relax dengan aman dan tunggu orang serve, nak cakap awal-awal, sini bukan gelanggang anda. Hahahahaha. Apapun, selamat mencuba!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2022/01/tempat-makan-best-di-kelantan-damia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Jalan Cari Makan Tempat Best Ipoh Perak Plan B

Jalan Jalan Cari Makan Tempat Best Ipoh Perak Plan B

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 412 hits
JALAN JALAN CARI MAKAN TEMPAT BEST IPOH PERAK PLAN B Tak lama lagi dah nak cuti sekolah dan cuti raya Cina kan Ada ke yang nak bercuti di Ipoh Perak dane mecari tempat untuk jalan jalan cari makan tempat best di Ipoh Perak Jomlah ke Plan B ...
15 Tempat Makan Padu Mesti Singgah Di Sekinchan Sungai Besar Buat Food Hunter

15 Tempat Makan Padu Mesti Singgah Di Sekinchan Sungai Besar Buat Food Hunter

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 372 hits
Kalau korang jenis suka food hunting korang kena try makan kat sekitar Sekinchan dan Sungai Besar Memang Syurga segala makananIni adalah tempat tempat makan padu yang korang wajib singgah1 Abah Ikan Bakar Sungai Besar SelangorBuka Rabu Ahad...
Makan Di Cafe Sds Dengan Bff

Makan Di Cafe Sds Dengan Bff

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum TAK reti pulak nak karang intro makan kali ini hahahah Dah berapa kali taip padam taip padam Semua ayat rasa tak sesuai dan macam poyo Skema pun ada jugak hahahahahaha Diringkaskan kisah siang tadi Sk keluar makan tengahari ...
Jika Ke Takayama Jepun Ini 17 Tempat Menarik Best Yang Anda Boleh Lawati

Jika Ke Takayama Jepun Ini 17 Tempat Menarik Best Yang Anda Boleh Lawati

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 267 hits
Setelah 2 tahun dunia dibelenggu dengan penularan wabak Covid 19 masyarakat antarabangsa terperangkap di negara masing masing bagi mengurangkan kesan jangkitan Namun kini selepas kita semua telah divaksin satu persatu negara mula melonggark...
Trip Makan Makan Di Melaka Memang Best

Trip Makan Makan Di Melaka Memang Best

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 248 hits
Negeri Melaka sangat terkenal dan kaya dengan kesan peninggalan sejarahnya Namun begitu Melaka juga tidak ketinggalan dengan kemudahan dan tarikan moden sehingga menjadikan ia sebuah destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antaraba...
Makan Di Sds Cafe Taman Nusantara Yang Baru Dan Menawan

Makan Di Sds Cafe Taman Nusantara Yang Baru Dan Menawan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 327 hits
Assalamualaikum JUMAAT lepas dapur Sk kehabisan gas Di saat akhir sebelum menutup api semasa menggoreng tengok tengok api dah tak menyala Mujurlah memang dah siap menggoreng Kali terakhir ganti tong gas bulan Jun tahun lepas masa PKP Memang...
Ada Ke Tempat Makan Di Sungai Siput Ni

Ada Ke Tempat Makan Di Sungai Siput Ni

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 254 hits
Ada ke tempat makan di Sungai Siput Perak Kecil bukan sebarang kecil tau Walaupun pekan kecil tapi ada tau tempat makan yang best Kat mana tu Meh k fiezz share tempat makan di Sungai Siput ni Ewah macam tahu banyak kedai je k fiezz ni tau h...
Restoran Leboss Tempat Makan Western Food Yang Padu Di Sungai Petani

Restoran Leboss Tempat Makan Western Food Yang Padu Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 616 hits
LeBoss cafe Restaurant Sungai PetaniLeBoss cafe Restaurant Sungai PetaniLeBoss cafe Restaurant Sungai PetaniRestoran ni terletak di Sungai Petani Kedah Alamat penuh Leboss Restaurant ni adalah 201 202 Jalan Legenda 7 Lagenda Heights 08000 S...
Jangan Makan Petai Kalau Dah Nak Bersalin

Jangan Makan Petai Kalau Dah Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 227 hits
Jangan makan petai kalau dah nak bersalin Biasalah kan rakyat Malaysia kebanyakkan memang hantu petai lagi lagi kalau petai tu dimasak sambal ataupun hanya makan begitu saja sebagai ulam Walau bagaimanapun bagi ibu ibu yang sedang hamil mer...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran