Pengurangan Elaun Atlet Boleh Jejaskan Pencapaian Di Sukan Sea Kata Cdm


 
Sukan SEA Hanoi dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 25 Mei ini. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Vietnam Nur Azmi Ahmad bimbang pengurangan elaun latihan kepada atlet pada tahun ini, berisiko menjejaskan pencapaian negara di temasya dwitahunan berlangsung Mei ini.
Beliau yang menganggap tidak adil untuk melakukan pemotongan besar yang “menekan” persatuan dan atlet, merayu supaya Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan, menilai balik penyelarasan elaun tersebut.
Menurut Nur Azmi yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), beberapa persatuan sukan kebangsaan telah pun menghubunginya untuk menyuarakan kebimbangan dan mengadu mengenai perkara berkenaan.
“Elaun dipotong dengan begitu banyak, bagi atlet sepenuh masa, mereka tiada pendapatan lain. Kita tidak mahu kehilangan ramai atlet yang mungkin berhenti atau bersara awal sebab rasa lebih baik fokus pelajaran dan kerjaya.
Nur Azmi Ahmad.“Kita setuju elaun dipotong tetapi bukan terlalu banyak kerana atlet berkorban, kerah tenaga untuk menjulang nama negara. Kita cemburu dengan negara-negara lain yang berjaya menang emas Olimpik dan juarai kejohanan dunia, tetapi sendiri tidak jaga kebajikan sukan.
“Kalau atlet berada dalam keadaan tertekan, masih hantar juga ke kejohanan, mungkin tidak ada keputusan (yang dimahukan),” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) di Wisma OCM di sini hari ini.
Nur Azmi berkata antara lain, kerajaan boleh mengembalikan konsep rakan sukan dengan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjadi bapa angkat kepada persatuan sukan kebangsaan memandangkan bukan semua persatuan sukan kaya dan mampu menjana pendapatan.
“Jika GLC mampu memberikan sejuta untuk satu persatuan pun sudah cukup baik dan ia tidak membebankan kerajaan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini, sebanyak 180 atlet layak beraksi dalam Kategori A (semua kos ditanggung) di Sukan SEA bermula 12 hingga 25 Mei ini, tetapi pemillihan atlet hanya dilakukan selepas Tahun Baharu Cina.
Pada Rabu lalu, MSN mengumumkan penyelarasan semula elaun susulan keadaan semasa ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19, selain bencana alam melanda negara baru-baru ini.
Ia menyaksikan pemenang pingat emas Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN akan menerima elaun RM2,000, manakala pemenang pingat perak dan gangsa menerima nilai sama berjumlah RM800, manakala RM800 buat atlet senior dan RM500 buat atlet pelapis yang berada dalam program tetapi tidak meraih pingat.
Elaun latihan bagi atlet yang merangkul pingat Sukan Asia/Para Asia dan Sukan Komanwel pula adalah sama, menyaksikan pemenang emas menerima kadar elaun RM4,500 diikuti RM4,000 (perak) dan RM3,500 (gangsa), manakala RM7,500 bakal menanti pemenang emas Sukan Olimpik/Paralimpik diikuti RM7,000 (perak) dan RM6,000 (gangsa). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/pengurangan-elaun-atlet-boleh-jejaskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tak Boleh Dipercayai Muafakat Nasional Sudah Gagal Kata Nur Jazlan

Pas Tak Boleh Dipercayai Muafakat Nasional Sudah Gagal Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 252 hits
Berdasarkan kenyataan yang dibuat pimpinan PAS dan UMNO mengenai Muafakat Nasional bolehlah dianggap ikatan kerjasama itu sebenarnya sudah gagal kata Datuk Nur Jazlan Mohamed Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata Presiden U...
Kartunis Zunar Kata Tak Masuk Akai Patut Tak Duduk Dalam Pkr Dan Melompat Tak Boleh Jlan Jalan Kah Tuih

Kartunis Zunar Kata Tak Masuk Akai Patut Tak Duduk Dalam Pkr Dan Melompat Tak Boleh Jlan Jalan Kah Tuih

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 205 hits
Lawatan kerja ke Eropah masa cuti Krismas Tak masuk akal Zunar beritahu Rashid January 2 2022 Kartunis Zunar berkata lawatan Mohd Rashid Hasnon atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara...
Jantung Mak Pah Boleh Tahan Lagi 10 Tahun Kata Doktor Pakar

Jantung Mak Pah Boleh Tahan Lagi 10 Tahun Kata Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum Hi korang Macam yang SA hint kat korang dalam entry awal pagi tadi eh awal ke hahaha alaaa dalam entry first tu la kan SA ada cakap ada berita gembira tentang Mak Pah Semalam Mak Pah pi IJN dengan adik bongsu yearly check up...
Debat Berhubung Dos Penggalak Hanya Keruhkan Keadaan Kata Pakar

Debat Berhubung Dos Penggalak Hanya Keruhkan Keadaan Kata Pakar

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 210 hits
Sharifa Ezat Wan Puteh berkata perkara penting yang perlu dilakukan adalah meneruskan pematuhan SOP bagi mengelak dijangkiti wabak Petugas kesihatan Pusat Perubatan Ara Damansara memasukkan vaksin Sinovac ke dalam picagari di Menara Sime Da...
Buka Semula Kaunter Walk In Dos Penggalak Tumpu Warga Emas Kata Doktor

Buka Semula Kaunter Walk In Dos Penggalak Tumpu Warga Emas Kata Doktor

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 279 hits
Kerajaan seharusnya menggunakan sebaik mungkin jaringan klinik swasta yang sudah tersedia berbanding tertumpu kepada PPV mega atau klinik terpilih menurut seorang doktor PETALING JAYA Seorang pakar kesihatan awam menggesa kerajaan membuka s...
Malaysia Perlu Dapat Nasihat Dari China Kata Tiong King Sing

Malaysia Perlu Dapat Nasihat Dari China Kata Tiong King Sing

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 230 hits
Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sekurang kurangnya berhubung dengan China untuk menyesuaikan langkah langkah sesuai dan berkesan diambil negara itu bagi mengurangkan kadar kematian akibat Covid 19 di negara ini Ahli Parlimen Sibu mer...
Banjir Di Negeri Sembilan Bukan Kerana Balak Kata Mb

Banjir Di Negeri Sembilan Bukan Kerana Balak Kata Mb

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 260 hits
AGENDA DAILY Negara berdepan bencana banjir terburuk dalam sejarah baru baru ini banyak kerosakan harta benda dan kemusnahan insfrastruktur di negeri negeri yang terkesan akibat banjir Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bencan...
Pengembara Pernah Dijangkiti Covid Lengkap Vaksinasi Tidak Perlu Kuarantin Kata Khairy

Pengembara Pernah Dijangkiti Covid Lengkap Vaksinasi Tidak Perlu Kuarantin Kata Khairy

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 343 hits
MALAYSIA NOW Sementara itu pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi perlu jalani kuarantin selama seminggu Suasana penumpang yang menunggu bagasi di KLIA Penumpang penerbangan antarabangsa turut memakai pakaia...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations