Jika Dijatuhkan Muhyiddin Tak Mungkin Mohon Parlimen Dibubarkan



Antara kelebihan yang dikatakan ada pada Muhyiddin Yassin jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya atau PN ditumbangkan dalam waktu terdekat ini ialah pilihan untuk membubarkan Parlimen.Ramai yang meyakini Muhyiddin akan menggunakan kelebihan yang ada padanya itu dan dengan demikian PH tidak dapat sesegera itu menjadi kerajaan semula.Lebih daripada itu, ada juga yang berkata, usaha untuk melihat hadirnya seorang Perdana Menteri baru jika Muhyiddin dijatuhkan adalah sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku berikutan kelebihan untuk membubarkan Parlimen tersebut.Tambah mereka lagi, usaha menjatuhkan Muhyiddin atau PN sebenarnya hanyalah kerja sia-sia saja buat PH atau Tun Mahathir Mohamad kerana yang muncul akhirnya adalah pilihanraya umum secara mengejut, bukan pertukaran kerajaan.Muhyiddin, jelas mereka yang mempunyai keyakinan sedemikian yang rata-rata adalah penyokong Perdana Menteri, UMNO dan Pas, tidak akan membiarkan dirinya dijatuhkan begitu saja tanpa berbuat apa-apa.Memohon kepada Agong untuk pembubaran Parlimen adalah kelebihan dan pilihan yang dikatakan terbaik buat Muhyiddin agar beliau dapat menjaga air mukanya bila kalah dalam usul undi tidak percaya dan kemudian sama-sama bersaing semula untuk menjadi Perdana Menteri.Adakah benar itu yang mungkin dilakukan oleh Muhyiddin?Dalam keadaan biasa, memang diakui itulah pilihan paling logik untuk diambil oleh Muhyiddin.Tetapi, dalam keadaan luar biasa seperti sekarang ini, adakah Muhyiddin cukup keberanian untuk membubarkan Parlimen?Sekurang-kurangnya ada empat keadaan luar biasa sedang membelenggu dan tidak memihak kepada Muhyiddin jika beliau memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat ini.Pertama, Bersatu sedang parah berpecah belah dan perseteruannya dengan kem Tun Mahathir Mohamad ketika ini tengah berada di kemuncaknya.Oleh kerana difahami kira-kira 90 peratus orang Melayu yang masuk menjadi ahli Bersatu adalah kerana Tun Mahathir dan bukan disebabkan Muhyiddin, berapa peratus keyakinannya mampu mencipta kemenangan jika diadakan pilihanraya umum?Lebih penting, sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri, apabila mengambil keputusan membubarkan Parlimen, keutamaan dan keyakinan tertinggi ialah untuk menang, bukan sebagai pelarian kerana kalah dalam usul undi tidak percaya yang lebih mungkin menyebabkan kalah kemudiannya.Adakah dalam situasi Bersatu sedang berpecah dan kemungkinan kalah lebih tinggi berbanding menang, wajar bagi Muhyiddin berdepan dalam pilihanraya?Kedua, Perikatan Nasional atau PN bukan saja belum didaftarkan, malah banyak parti-parti dalam kerajaan sekarang ternampak tidak sedia dengan pendaftaran gabungan tersebut.Oleh itu, jika pilihanraya umum diadakan, Muhyiddin dan kem dalam Bersatu yang ada bersamanya mahu bertanding atas tiket apa?Ketiga, melalui kenyataan beberapa pemimpin utamanya seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, UMNO dengan jelas mahu meninggalkan Bersatu dalam PRU15 akan datang, sebaliknya hanya ingin bekerjasama dengan Pas saja melalui Muafakat Nasional atau MN.Walaupun dalam kerajaan, UMNO berada di bawah Muhyiddin dan Bersatu, tetapi dari sudut politik PN yang tidak didaftarkan, khususnya disebabkan BN adalah blok terbesar dengan jumlah 43 Ahli Parlimen, parti itu adalah “abang besar” yang sebenar-benarnya dalam gabungan tersebut.Jika UMNO tidak setuju dengan sesuatu perkara, apa cadangan pun berkaitan PN tidak akan menjadi kenyataan.Tujuan UMNO hanya mahu bekerjasama secara sementara dengan Muhyiddin dalam kerajaan PN dan bukan sehingga pilihanraya akan datang adalah kerana kedua-dua parti Melayu itu bertanding di kawasan yang sama dalam pilihanraya.Melalui kerjasama dengan Pas pun soal pembahagian kerusi dijangka rumit untuk diselesaikan oleh UMNO, membawa sekali Bersatu tentulah akan perbincangan tiga pihak bertambah-tambah kronil jalan penyelesaiannya.Maka, meninggalkan Bersatu dan menumpukan kepada Pas saja adalah pilihan terbaik dan ideal bagi UMNO, sesuai dengan keinginan parti untuk berkuasa semula secara dominan sebagai ketua dalam kerajaan.Lagi pula, berbanding Pas yang mempunyai akar umbi serta jentera pilihanraya yang lebih kuat berbanding Bersatu yang ditafsirkan banyak pihak hanya sebagai “parti sepenggal” saja, mendakap erat parti Islam itu dan melepaskan pelukan Bersatu yang kini berpecah hampir merupakan keputusan yang tidak dapat dielakkan lagi buat UMNO.Akhirnya, dengan ditinggalkan UMNO serta BN dan tidak pula dipedulikan oleh Pas, Muhyiddin dan geng Bersatu mahu bertanding atas kekuatan apa untuk berhadapan dengan PH?Selain itu, sebagai faktor keempat, meskipun memohon kebenaran membubarkan Parlimen adalah kelebihan yang ada di tangan Muhyiddin sekiranya beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, namun keputusan akhirnya adalah di atas budi bicara Yang Dipertuan Agong.Dengan PRU14 baru saja diadakan pada Mei 2018, negara masih diancam bahaya Covid-19 dan soal ekonomi masih perlu ditangani dengan serius, besar kemungkinan Yang Dipertuan Agong akan menolak permohonan membubarkan Parlimen yang dipohon oleh Muhyiddin.Sebagai ketua negara, Yang Dipertuan Agong tentu lebih setuju pertukaran kerajaan tanpa kos serta beban kepada kewangan negara berbanding mengadakan pilihanraya yang bukan sedikit belanjanya.Tolak campur darab bahagi, jika ditakdirkan jatuh terlentang dalam waktu terdekat ini, pilihan paling munasabah dan terpuji diambil Muhyiddin ialah berundur secara baik serta menyerahkan kepada penggantinya yang ada sokongan majoriti mengurus negara ini, bukannya memohon pembubaran Parlimen.Setidak-tidaknya dengan bersara secara baik, kemudian berehat bersama keluarganya, Muhyiddin sudah ada rekod pernah juga merasa duduk sebagai Perdana Menteri, walaupun dengan tambahan “kecemerlangan” hanya dalam tempoh paling singkat dalam sejarah negara.Dan, itu tentulah jauh lebih baik berbanding jika memanggil pilihanraya umum mengejut dan kemudian kalah teruk akibat dibiarkan bertanding sendirian serta tidak disokong oleh rakan-rakan sendiri.
 (Shahbudindotcom 31/05/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/jika-dijatuhkan-muhyiddin-tak-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tidak Akan Bubar Parlimen Kerana Ia Akan Hancurkan Bersatu Khalid Samad

Muhyiddin Tidak Akan Bubar Parlimen Kerana Ia Akan Hancurkan Bersatu Khalid Samad

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 385 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membubarkan Parlimen buat masa sekarang kerana jika beliau berbuat demikian bermakna dia membunuh parti beliau sendiri iaitu Bersatu Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abd Samad berkata mem...
Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 611 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada pengamal media selepas selesai Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke 14 yang disempurnakan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa...
Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 498 hits
Jika pada sebelah pagi di Dewan Rakyat semalam sokongan Ahli Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin Yassin didapati berjumlah 114 berdasarkan jumlah yang duduk di barisan kerajaan hanya beberapa jam kemudian ia telah berkurangan menjadi 113 Ia be...
Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

Peralihan Kerajaan Mungkin Sebelum Sidang Parlimen Pada Julai Salahuddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 372 hits
Diterbitkan Hari ini 10 35 pmTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum persidangan parlimen akan datang yang dijangk...
Bilangan Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin 112 Bukan 114 Ini Buktinya

Bilangan Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin 112 Bukan 114 Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 830 hits
Hanya perlu seorang berpaling tadah maka jatuhlah kerajaan Perikatan Nasional Di dalam m sewaktu Majlis Persamian Parliament sebentar tadi Namun ada beberapa persoalan yang timbul 1 TIMBALAN SPEAKER DUDUK DI BARISAN KERAJAAN Nga Kor Ming ad...
Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 273 hits
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mempersoalkan berapa lama Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh bertahan melengahkan masa agar sidang Parlimen tidak diadakan Beliau berkata tindakan Muhyiddin itu menggambarkan sebenarnya beliau bukan sahaja ta...
Adakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen

Adakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 314 hits
Zain AzmanAl Kisahnya Apakah pilihan yang ada pada PM8 dengan asakan bertali arus dari PH mahupun dengan MP pro PN sendiri Ramai penganalisis meramalkan PM akan mohon pembubaran Parlimen Pendapat mereka hanyalah sebuah anekdot sahaja tanpa ...
Bubar Parlimen Bukan Pilihan Untuk Muhyiddin Dan Azmin

Bubar Parlimen Bukan Pilihan Untuk Muhyiddin Dan Azmin

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 360 hits
Untuk tahun ini saya yakin pilihan raya tidak akan diadakan samada ianya dari perspektif Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong kata penganalisis politik dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali lalu dan hanya ...
Parlimen Dikembiri Akibat Ketakutan Muhyiddin

Parlimen Dikembiri Akibat Ketakutan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 282 hits
Pada 18 Mei 2020Oleh Liew Chin TongJika gabungan Pakatan Harapan Plus PKR Amanah DAP Warisan dan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Bersatu boleh kekal teguh bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mungkin harus memilih antara dua Pertama...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah