Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada pengamal media selepas selesai Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Bangunan Parlimen hari ini.
--fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan layak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Titah Seri Paduka, pada 24 Februari 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

"Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, Beta telah berkenan menerima menghadap yang berhormat Tun Dr Mahathir Mohammad. Dalam pertemuan tersebut, Beta telah meminta yang berhormat Tun Dr Mahathir Mohammad untuk tidak meletak jawatan.


"Namun beliau tetap dengan keputusannya. Oleh yang demikian, Beta bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baharu seperti mana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan."Perkara 43 memberi kuasa budi-bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat," titah Seri Paduka Baginda.
Tuanku bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas pada di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, pada 25 dan 26 Februari 2020, Tuanku telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli dewan rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka.

"Pada 29 Februari 2020, beta telah menitahkan semua parti-parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama seorang ahli dewan rakyat sebagai bakal perdana menteri."Atas permintaan beberapa ketua parti politik, Beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik mengemukakan pencalonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam mereka membuat perhitungan secara demokrasi."Sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya. Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya."Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan perlembagaan persekutuan, Beta telah mendapati Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya di-lantik sebagai Perdana Menteri ke-8."Sesungguhnya, Beta telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita," titah Seri Paduka Baginda.

Titah Seri Paduka, pada masa yang sama, Tuanku juga menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli-ahli yang berhormat dan rakyat jelata yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika bagi menggalas amanah tersebut.

"Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan memanda Perdana Menteri, yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan."Nasihat beta, laksanakan amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata," titah Tuanku.
-SH Online

ARTIKEL BERKAITAN:#PARLIMEN 14 ~ JANGAN HERET NEGARA SEKALI LAGI KE KANCAH POLITIK, AGONG TEGUR AHLI POLITIK

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/05/sidang-parlimen-muhyiddin-layak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Perdana Menteri Kerana Mendapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Agong

Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Perdana Menteri Kerana Mendapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Agong

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 428 hits
Muhyiddin layak dilantik sebagai Perdana Menteri kerana mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat AgongYDPA sedang bertitah kepada Parlimen Malaysia Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana MenteriPresiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia ...
Muhyiddin Dilantik Dengan Telus Dan Seadilnya Agong

Muhyiddin Dilantik Dengan Telus Dan Seadilnya Agong

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 300 hits
Diterbitkan Hari ini 11 14 amYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil adilnya dalam urusan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana mente...
Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 280 hits
Tamrin Tun Ghafar 6 hari lepas iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun Pakatan Harapan atau PH mengingati HARI KEMENANGAN RAKYAT Tarikh itu 2 tahun yang lepas buat pertama kali dalam sejarah negara rakyat telah menggunakan kuasa mereka menuka...
Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 296 hits
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mempersoalkan berapa lama Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh bertahan melengahkan masa agar sidang Parlimen tidak diadakan Beliau berkata tindakan Muhyiddin itu menggambarkan sebenarnya beliau bukan sahaja ta...
Parlimen Sampah Xavier Biadab Hina Titah Agong

Parlimen Sampah Xavier Biadab Hina Titah Agong

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 323 hits
Kenyataan pemimpin PKR dirancang rakyat digesa buat laporan polisby BANGI 26 Ramadan 1441H Selasa Kenyataan pemimpin PKR Dr Xavier Jayakumar yang menyifatkan sidang Parlimen semalam sebagai sampah dan tidak berguna adalah biadab serta melan...
Muhyiddin Terbukti Penakut Dah 3 Kali Mengubah Sidang Parlimen

Muhyiddin Terbukti Penakut Dah 3 Kali Mengubah Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 257 hits
Hanya kira kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata mata kerana takut hilang jawatannya Pertama sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu beliau te...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Lirik Lagu Sesuci Kasih Ibu Arif Azhari

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Drama Fallin Intern You

148 Undi Bermakna 2 3 Ada Pembangkang Yang Undi Kerajaan Hamzah Terluka Lagi

Adventure To Mount Everest Conquering The World S Tallest Peak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Braxton Hicks Pada 30 Weeks Kandungan

Baby Muqarrabin Hadiah Dari Allah

Cara Mengatasi Kemalasan Dalam Ibadah Panduan Islami Berdasarkan Dalil Shahih

Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid

Ikan Cencaru Bakar

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You