Parlimen Dikembiri Akibat Ketakutan Muhyiddin



Pada 18 Mei 2020oleh Liew Chin TongOleh Liew Chin Tong(Pengarah Pendidikan Politik DAP merangkap Pengerusi DAP Johor)Jika gabungan ‘Pakatan Harapan Plus’ – PKR, Amanah, DAP, Warisan dan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Bersatu – boleh kekal teguh bersama, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mungkin harus memilih antara dua:
Pertama, adakan pilihan raya umum dan dapatkan mandat baharu, yang mungkin membawa bala kepada Muhyiddin dan Azmin tapi tentunya menggembirakan Umno,
Kedua, letak jawatan dan biarkan Yang di-Pertuan Agong melantik kerajaan baharu, terutamanya jika beliau gagal meluluskan Belanjawan 2021;
Saya tidak menolak kebarangkalian lain, termasuk membungkam demokrasi berparlimen secara keseluruhannya. Tetapi selagi mana ‘Pakatan Harapan Plus’ kekal bersama, Tan Sri Muhyiddin akan sangkut dan tak dapat bergerak.
Melengahkan persidangan Parlimen dari 9 Mac ke 18 Mei adalah taktik memberi ruang waktu supaya mereka dapat ‘membeli’ bilangan Ahli Parlimen secukupnya untuk mendapat majoriti selesa. Objektif itu sudah ternyata gagal.
Kerajaan Muhyiddin kini takut untuk mengadakan sidang Parlimen.
Pertama, penurunan pangkat Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat; lima hari sebelum sidang penting 18 Mei adalah isyarat kerajaan sedang panik. Riduan, anggota paling senior dalam perkhidmatan Parlimen yang mula bertugas sejak 1989, diganti dengan seorang penjawat awam yang agak kurang berpengalaman dari Jabatan Perdana Menteri.
Kedua, kerajaan tidak berani berdepan sebarang undi di Parlimen, hatta undian bersifat prosedur sekali pun. Dalam surat bertarikh 17 April kepada Ahli-ahli Parlimen, serta perancangan awal yang diberitahu kepada pemimpin-pemimpin parti, sepatutnya berlangsung beberapa undian prosedur seperti penggantungan Peraturan Mesyuarat dan undian untuk menangguhkan perbahasan titah Diraja pada sidang Julai.
Pengundian prosedur adalah bersifat teknikal yang tidak ada akibat politik. Tetapi kenapa undian begitu pun digeruni kerajaan?
Jawapannya mudah sahaja: kerajaan tidak dapat menentukan bilangan kerusi yang mereka ada, dan keadaan mereka goyah.
Perikatan Nasional mempunyai maksimum 113 kerusi, atau kurang. Memandangkan undian prosedur tidak membawa kesan, jika sekutu Muhyiddin mahu mencetuskan masalah, memang sesuai sangat untuk menewaskan sesuatu undian tanpa meruntuhkan kerajaan.
Ketiga, sebenarnya walaupun kerajaan boleh membuli Speaker Parlimen untuk tidak membenarkan usul undi tidak percaya masuk ke dalam aturan mesyuarat, setiap satu undian di Parlimen berisiko menunjukkan bagaimana kerajaan tidak memiliki majoriti.
Ini sebabnya saya katakan bahawa selagi mana ‘Pakatan Harapan Plus’ ini kukuh, Muhyiddin akan terus takut berdepan Parlimen tidak kira pada bulan Julai atau September. Tetapi kerajaan masih perlu membentangkan Belanjawan 2021 kelak, jika tidak, tiada peruntukan untuk dibelanjakan dan seluruh sistem terhenti.
Jika Muhyiddin masih tidak mampu mendapatkan majoriti selesa dalam tempoh dua bulan akan datang, pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 juga nampaknya akan ditangguh.
Semakin lama beliau menunggu, semakin gigihlah Umno mencekik dan menekan Muhyiddin.
Untuk sedikit konteks, Parlimen Westminster mempunyai tiga fungsi utama.
Pertama, membentuk kerajaan. Parlimen adalah tempatnya di mana majoriti sesebuah kerajaan dibentuk dan diuji. Tidak bermakna bahawa kerajaan minoriti tidak boleh memerintah. Tetapi apabila kerajaan tidak mempunyai majoriti, ia akan terpaksa berunding dengan pihak pembangkang untuk setiap rang undang-undang. Muhyiddin masih berfikir untuk menggoda Ahli Parlimen pembangkang dan tidak bersedia untuk berdepan Parlimen dan berunding kerana beliau takut kehilangan majoriti di lantai Parlimen awal-awal lagi.
Kedua, menggubal undang-undang dan meluluskan perbelanjaan. Banyak hal perlu dilakukan untuk berdepan norma baharu pasca Covid-19. Undang-undang perlu dipinda, perbelanjaan perlu dibahas dan diluluskan. Fungsi Parlimen yang ini pun sudah dibungkam.
Ketiga, untuk melakukan semak-imbang. Anggota ‘backbencher’ kerajaan dan pembangkang sepatutnya berfungsi mempertanggungjawabkan pihak eksekutif melalui soalan di peringkat jawatankuasa dan soalan-soalan Parlimen. Pihak kerajaan malah tidak berani membenarkan soalan bertulis.
Parlimen Malaysia telah mencapai begitu banyak kemajuan dalam tempoh kurang dua tahun di bawah Pakatan Harapan. Jika Pakatan Harapan kembali mentadbir, Parlimen perlu diperkukuhkan lagi supaya ia tidak boleh dikembiri dalam apa jua keadaan.
Satu fenomena yang kita saksikan dalam tempoh sebulan lalu ialah Muhyiddin begitu giat melantik pemimpin Umno yang tidak dilantik menjadi menteri ke jawatan-jawatan GLC atau pengerusi lembaga pengurus. Seorang eksekutif GLC memberitahu saya bagaimana beliau tidak boleh memahami bagaimana Datuk Seri Tajuddin bin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak), kini adalah Pengerusi Prasarana. (“I cannot comprehend the fact that Datuk Seri Tajuddin bin Abdul Rahman (MP of Pasir Salak) is Prasarana chairman.”)
Parlimen di bawah Pakatan Harapan telah mewujudkan jawatankusa dwi-partisan untuk meneliti lantikan-lantikan. Pada masa akan datang, kebanyakan lantikan GLC akan boleh diteliti oleh jawatankuasa ini supaya sebarang perubahan kerajaan tidak membawa kesan kepada pejawat dalam tempoh kontrak mereka. Namun pastinya, jika pembangkang seperti Umno tidak mempunyai semangat demokratik, penambahbaikan seperti ini akan sukar dilaksanakan.
Ketika Pakatan Harapan mentadbir, GLC dan badan-badan berkanun melantik para profesional dan kalau pun ada ahli politik, mereka dilantik berasaskan kebolehan dan pengalaman profesional.
Pada masa akan datang, jawatan pengerusi jawatankuasa Parlimen wajar menjadi jawatanyang didambakan oleh anggota backbencer yang senior dan tidak menganggotai kabinet. Ini akan membantu memperkukuhkan sistem semak-imbang Parlimen dan pada masa yang sama memberi kebaikan kepada negara secara amnya.
Banyak perkara lagi akan dapat dilaksanakan apabila Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/parlimen-dikembiri-akibat-ketakutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tidak Boleh Hentikan Peranan Parlimen

Muhyiddin Tidak Boleh Hentikan Peranan Parlimen

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 371 hits
Baru baru ini barisan pemimpin Pakatan Harapan WARISAN dan Pengerusi BERSATU telah mengeluarkan kenyataan bersama yang meminta Parlimen bersidang sekurang kurangnya dua minggu dan bukan hanya satu hari pada 18 Mei 2020 Mengapa Pembangkang k...
Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 605 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada pengamal media selepas selesai Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke 14 yang disempurnakan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa...
Bilangan Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin 112 Bukan 114 Ini Buktinya

Bilangan Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin 112 Bukan 114 Ini Buktinya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 828 hits
Hanya perlu seorang berpaling tadah maka jatuhlah kerajaan Perikatan Nasional Di dalam m sewaktu Majlis Persamian Parliament sebentar tadi Namun ada beberapa persoalan yang timbul 1 TIMBALAN SPEAKER DUDUK DI BARISAN KERAJAAN Nga Kor Ming ad...
Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

Sampai Bila Muhyiddin Boleh Bertahan Lengahkan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 267 hits
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mempersoalkan berapa lama Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh bertahan melengahkan masa agar sidang Parlimen tidak diadakan Beliau berkata tindakan Muhyiddin itu menggambarkan sebenarnya beliau bukan sahaja ta...
Muhyiddin Terbukti Penakut Dah 3 Kali Mengubah Sidang Parlimen

Muhyiddin Terbukti Penakut Dah 3 Kali Mengubah Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 241 hits
Hanya kira kira dua bulan lebih sikit memegang jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah tiga kali mengubah peraturan Sidang Parlimen semata mata kerana takut hilang jawatannya Pertama sebaik mengangkat sumpah pada 1 Mac lalu beliau te...
Di Uk 33 Ribu Mati Akibat Covid Parlimen Bersidang

Di Uk 33 Ribu Mati Akibat Covid Parlimen Bersidang

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 264 hits
Miqdad Zakaria Di United Kingdom total cases Covid 19 242 271 dan kematian dah sampai angka 33 186 setakat ini Kerajaan UK bersidang secara anak jantan Perdana Menteri mereka menjawab segala persoalan dari ketua pembangkang Inilah wajah neg...
Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 264 hits
Tamrin Tun Ghafar 6 hari lepas iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun Pakatan Harapan atau PH mengingati HARI KEMENANGAN RAKYAT Tarikh itu 2 tahun yang lepas buat pertama kali dalam sejarah negara rakyat telah menggunakan kuasa mereka menuka...
Mou Tubuh Pn Petanda Muhyiddin Sentiasa Dihantui Ketakutan

Mou Tubuh Pn Petanda Muhyiddin Sentiasa Dihantui Ketakutan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 207 hits
Tanpa angin tanpa mesyuarat tanpa perjumpaan tanpa berbuka puasa bersama dan secara tiba tiba saja keluar kenyataan bersama enam parti menyokong penubuhan Perikatan Nasional atau PN melalui kerjasama gabungan parti parti politik Kenyataan b...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar