Bubar Parlimen Bukan Pilihan Untuk Muhyiddin Dan Azmin


"Untuk tahun ini saya yakin, pilihan raya tidak akan diadakan samada ianya dari perspektif Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong," kata penganalisis politik dari Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali

Oleh BORHAN AHMADJune 3, 2020 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diyakini tidak akan mencadangkan pembubaran Parlimen walaupun beliau kehilangan suara majoriti di Dewan Rakyat kerana membubarkan Parlimen bermakna membunuh kerier politik beliau.Yang Dipertuan Agong yang mempunyai kuasa budibicara untuk menentukan Parlimen dibubarkan ataupun tidak selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri, juga diyakini tidak akan pro kepada pilihan raya diadakan pada tahun ini berdasarkan kedudukan negara dan dunia sekarang.Begitu juga kumpulan 10, bekas pemimpin PKR pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.“Untuk tahun ini saya yakin, pilihan raya tidak akan diadakan samada ianya dari perspektif Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong,” kata penganalisis politik dari Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Dr Mazlan Ali.Menurut Mazlan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri memang mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan.Tetapi membubarkan Parlimen bermakna membunuh kerier politik beliau dan juga partinya Bersatu.“Beliau hanya bernilai ketika Umno dan Pas memerlukan beliau pada penggal ini. Jika Parlimen terbubar sebagaimana yang dikehendaki oleh Pas dan Umno, bermakna Muyiddin tidak berguna lagi kepada mereka,”
kata beliau.Ini kerana, Muhyiddin dan Bersatu terpaksa berkongsi kerusi pilihan raya yang sama dengan Umno dan Pas iaitu kerusi Melayu luar bandar.“Umno dan Pas belum selesai dalam pembahagian kerusi antara mereka. Takkan kedua-duanya mahu memasukkan satu lagi rakan untuk berkongsi kerusi yang sama iaitu kerusi Melayu luar bandar,” kata Mazlan yang banyak membuat kajian politik di negara ini.Kajian Mazlan pada awal tahun ini (Januari 2020) mendapati sokongan kepada Umno dan Pas di kalangan pengundi Melayu sangat tinggi iaitu mencecah lebih 85 peratus.Namun selepas Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, sokongan orang Melayu kepada PH kembali meningkat manakala di kalangan bukan Melayu, sokongan kepada PH kembali tinggi.Menurut Perlembagaan, Yang Dipertua Agong mempunyai kuasa budibicara untuk menerima nasihat PM bagi membubarkan Parlimen.“Saya yakin, Yang Dipertuan Agong akan menggunakan sepenuhnya bidibicara Baginda untuk menentukan Parlimen perlu dibubar atau hanya melantik pengganti kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika
beliau hilang undi majoriti di Parlimen,” kata Mazlan.Faktor keadaan negara yang berada di era PKP dengan keadaan ekonomi yang sangat tidak baik, kos pilihan raya dalam suasana normal baharu  (new normal) akan mempengaruhi keputusan budibicara Yang Dipertuan
Agong, kata Mazlan.Menurut beliau, kos pilihan raya ke 14 yang lalu adalah sekitar RM500 juta.“Jika pilihan raya nak diadakan tahun ini, dalam suasana normal baharu ini, kosnya boleh meningkat sehingga sekali ganda iaitu boleh mencecah RM1 bilion,” kata Mazlan.Antaranya beliau menjangkakan, pilihan raya mungkin perlu diadakan sehingga dua hari kerana satu hari tidak akan mencukupi dalam suasana normal baharu ini.“Dengan keperluan kepada penjarakkan sosial, pilihan raya tidak boleh selesai sehari sahaja. Boleh jadi dua hari baru boleh selesai. Jadi kosnya sangat tinggi dan berlipat kali ganda.“Berdasarkan faktor-faktor di atas, saya yakin pilihan raya tidak akan berlaku tahun ini,” kata Mazlan.KEHILANGAN MAJORITICakap-cakap mengenai Muhyiddin kehilangan majoriti semakin kencang selepas sidang Dewan Rakyat hanya diadakan sehari sahaja pada 18 Mei lalu dan hanya mempunyai satu agenda sahaja iaitu Titah Diraja.Ia semakin panas apabila timbul khabar angin sidang media yang hendak dibuat oleh dua Ahli Parlimen Bersatu iaitu seorang menteri dan seorang timbalan menteri yang dikatakan mahu menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad.Ketika menjelaskan sidang media yang tidak menjadi ini, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam satu kenyataannya meminta semua penyokong dan ahli Bersatu berfikir dengan jujur tentang masa depan parti dan diri beliau sendiri.“Cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah Ahli Parlimen Sri Gading.“Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah untuk calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading dalam PRU-15 nanti?“PN atau PH?“Itu juga adalah jawapan kepada satu solan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH? Saudara jawab!!” tulis Timbalan Menteri Kerjaraya itu.Bagi Dr Mazlan, pendirian Dr Shahruddin adalah sama dengan pemikiran bekas Menteri Pelajaraan, Dr Mazlee Malik yang sangat prihatin kepada masa depan partinya.“Saya yakin inilah pendirian akar umbi Bersatu. Mereka lebih senang bersama PH dari PN. Jika bersama PN, mereka mudah dimakan oleh Umno,” kata Mazlan.Katanya, kalau begitu sikap Dr Shahruddin yang merupakan bekas Setiausaha Agong Bersatu dan bekas Setiausaha Politik Muhyiddin itu, semua orang boleh bayangkan apakah sikap pemimpin Bersatu yang lain.Bagi Mazlan, Bersatu akan mempunyai kedudukan yang sukar jika mereka terpaksa berunding dengan Umno dan Pas dalam menentukan kerusi dalam pilihan raya kerana mereka bertanding di kerusi yang sama.“Paling baik, Bersatu akan mendapat 20 kerusi. Itupun kalau Umno setuju. Kalau kerusi Pas lagi payah kerana semua kenal Pas sangat keras dalam hal ini,” katanya.Bagi beliau, Umno tidak akan yakin setakat mana kesetiaan Bersatu kepadanya selepas pilihan raya nanti “jadi kenapa mereka perlu memberikan kerusi tradisi mereka kepada Bersatu.”“Antara pilihan yang ada kepada Muhyiddin adalah beliau menyertai Umno semula,” kata Mazlan jika Umno menerima syarat-syarat yang ditentukan oleh Muhyiddin.KEDUDUKAN AZMINKedudukan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan rakan-rakannya yang meninggalkan PKR juga sama dengan Bersatu.“Kat mana Azmin akan bertanding jika Parlimen dibubarkan tahun ini. Saya yakin bukan Gombak kerana mereka tidak ada sokongan akar umbi.“Oleh itu bagi saya, bubar Parlimen bukan juga pilihan untuk Azmin dan rakan-rakannya buat masa sekarang,” kata Mazlan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/bubar-parlimen-bukan-pilihan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tidak Akan Bubar Parlimen Kerana Ia Akan Hancurkan Bersatu Khalid Samad

Muhyiddin Tidak Akan Bubar Parlimen Kerana Ia Akan Hancurkan Bersatu Khalid Samad

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 343 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membubarkan Parlimen buat masa sekarang kerana jika beliau berbuat demikian bermakna dia membunuh parti beliau sendiri iaitu Bersatu Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abd Samad berkata mem...
Pas Umno Desak Bubar Parlimen Muhyiddin Tersepit

Pas Umno Desak Bubar Parlimen Muhyiddin Tersepit

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 252 hits
AHMAD SYAUQI AL ABRAR BIN SAIFUDDIN PAS dan UMNO senada mendesak TSMY agar membubarkan Parlimen dengan kadar segera setelah tidak keruan terkesan melihat angka angka yang dimainkan oleh rakan rakan PH Mereka yang semua sedia maklum bergabun...
Adakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen

Adakah Muhyiddin Akan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 284 hits
Zain AzmanAl Kisahnya Apakah pilihan yang ada pada PM8 dengan asakan bertali arus dari PH mahupun dengan MP pro PN sendiri Ramai penganalisis meramalkan PM akan mohon pembubaran Parlimen Pendapat mereka hanyalah sebuah anekdot sahaja tanpa ...
Muhyiddin Wajar Bubar Parlimen

Muhyiddin Wajar Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 400 hits
Kemelut politik negara masih berterusan sehingga ke hari ini Meskipun negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi mengekang penularan wabak Covid 19 namun ahli ahli politik masih bercakaran sesama sendiri untuk mere...
Muhyiddin Tidak Harus Bubar Parlimen Selepas Ph Ada Majoriti

Muhyiddin Tidak Harus Bubar Parlimen Selepas Ph Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 363 hits
AHLI Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus selepas gabungan itu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat Menurut Koo Ham Muhyidd...
Bubar Parlimen Jika Ph Kembali Semula Menjadi Kerajaan Dengan Sokongan 129 Mp

Bubar Parlimen Jika Ph Kembali Semula Menjadi Kerajaan Dengan Sokongan 129 Mp

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 403 hits
BUBAR PARLIMEN jika PH kembali semula menjadi Kerajaan dengan sokongan 129 MPTERKINI Satu Jawatan Satu Calon Tiada Calon Backup PM Khalid Samad Pakatan mempunyai penyokong tersembunyi di dalam Perikatan rePublish Berita Terkini MalaysiaBUBA...
Selepas Keluar Pkr Ahli Parlimen Lubok Antu Jumpa Muhyiddin

Selepas Keluar Pkr Ahli Parlimen Lubok Antu Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 629 hits
June 6 2020 1 19 PMJugah Muyang menemui Muhyiddin Yassin di Seri Perdana pagi tadi dengan ditemani Azmin Ali serta Ali Biju PETALING JAYA Ahli Parlimen Lubok Antu Tambat Jugah anak Muyang yang meninggalkan PKR semalam menemui Muhyiddin Yass...
Yang Di Pertuan Agong Boleh Bubar Parlimen

Yang Di Pertuan Agong Boleh Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 643 hits
KETIKA ini bertiup kencang soal bubar Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Sekali gus persoalan sama ada Yang di Pertuan Agong atau Sultan bagi negeri mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Rakyat menjadi tumpuan ramai Sebelum...
Tulahan Ke Sana Ke Sini Apa Pilihan Muhyiddin

Tulahan Ke Sana Ke Sini Apa Pilihan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 339 hits
Assalam Tarikh 18 Mei telah berlalu sidang Dewan Rakyat hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di Pertuan Agong Notis baru sidang akan dikeluarkan mungkin berlaku bulan Julai ini Mungkin juga akan berla...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16