Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera




Jika pada sebelah pagi di Dewan Rakyat semalam, sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin Yassin didapati berjumlah 114 berdasarkan jumlah yang duduk di barisan kerajaan, hanya beberapa jam kemudian ia telah berkurangan menjadi 113.

Ia berikutan Ahli Parlimen Sri Aman Sarawak, Masir Kujat berkata, tempat duduknya yang diletakkan di barisan kerajaan bukan berdasarkan pilihannya.

”Tempat duduk saya telah ditetapkan oleh Parlimen, saya tidak mempunyai pilihan selain duduk di tempat yang telah ditetapkan untuk saya.

“Tetapi, saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah Anggota Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu atau PSB dan PSB adalah parti pembangkang di peringkat persekutuan dan negeri,” tegasnya.

Dengan jumlah 113 itu, bermakna Muhyiddin hanya mempunyai dua majoriti saja di Parlimen sekarang ini.

Ini adalah suatu kedudukan yang sangat lemah, lekeh, haprak serta tidak pernah dialami oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Dengan kata lain, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin ini layak digelar sebagai “kerajaan pasir dua butir” sebagaimana pernah didialogkan oleh Seniman Agung P Ramlee dalam salah sebuah filemnya.

Melihat kedudukan kerajaan yang sangat lemah ini, Muhyiddin tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik sebagai Perdana Menteri kerana tidak ada sesiapa mempunyai keyakinan terhadapnya.

Pelabur luar dan dalam negeri, kakitangan awam, kelompok perniagaan dan orang awam, malah penganggur, lepasan univiersiti serta budak-budak sekolah pun tidak punya keyakinan yang sama.

Di Parlimen pula, selain usul undi tidak percaya sudah diterima dan bakal dibentangkan pada sessi Dewan Rakyat Julai akan datang lebih mungkin berjaya untuk menjatuhkannya, segala rang undang-undang dan usul kerajaan juga sukar untuk diluluskan.

Dua atau tiga orang Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir, ia dengan sendirinya menyebabkan usul dan rang undang-undang kerajaan tersekat daripada dilaksanakan.

Akhirnya, kerajaan akan jadi tempang, tiada penambahbaikan serta tiada pembaharuan.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 5 Oktober nanti, jika sekiranya Muhyiddin terus cuba berdalih dan menyekat usul undi tidak percaya terhadapnya yang sepatutnya diberi ruang pada sessi Julai, turut boleh ditolak oleh pembangkang sebagai salah satu cara untuk menjatuhkan beliau.

Pendeknya, dengan majoriti hanya dua undi yang dimilik Muhyiddin sekarang, macam-macam cara dan usaha boleh dilakukan untuk menampakkan ketidakupayaan dan ketidakstabilan kerajaan yang dipimpinnya, seterusnya menjadikan beliau jatuh bagai nangka busuk.

Lebih mungkin, dengan ketidaktentuan dan ketidakstabilan itu, usaha mendaftarkan PN sebagai sebuah gabungan politik yang sah juga akan terhalang sama, walaupun memorandum persefahaman mengenainya sudah dipersetujui pada Ahad lalu bersama enam parti politik.

UMNO dan BN yang menpunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar dalam PN iaitu 43 tentu saja tidak mahu “menggantung diri” dengan merelakan diri mereka terperangkap dalam gabungan yang tidak stabil itu.

Lebih baik UMNO dan BN menumpukan kerjasama politik mereka dengan Pas melalui MN dan melupakan PN begitu saja.

Sebab itu, dengan kedudukan paling buruk yang pernah dialami berbanding mana-mana Perdana Menteri sebelum, tidak banyak pilihan yang tinggal di tangan Muhyiddin.

Adalah tidak bermoral jika beliau terus cuba bertahan dengan kedudukannya, tetapi mengorbankan masa depan rakyat dan ekonomi negara ke kancah yang boleh memberi kemusnahan kepada semua.

Meletak jawatan dan berundur secara baik adalah satu-satu pilihan terbaik yang wajar diambilnya sekarang kerana sebelum usul undi tidak percaya, jika ada dua orang Ahli Ahli Parlimen sedia mengumumkan secara terbuka menolak kepimpinanya dalam waktu terdekat ini, kejatuhannya jauh lebih memalukan lagi.

Berundur sajalah Bang Din – berehat, tumpu pada keluarga dan utamakan kesihatan sendiri. (Shahbudindotcom 19/05/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/kerajaan-pasir-dua-butir-muhyiddin-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Bulan Akan Datang Mampukah Muhyiddin Pertahankan Kerajaan Pn

Dua Bulan Akan Datang Mampukah Muhyiddin Pertahankan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 472 hits
SIDANG Dewan Rakyat yang berlangsung semalam berakhir dengan tenang apabila hanya mendengar Titah Diraja Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke 14 oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaf...
Dua Adun Bersatu Di Pulau Pinang Sokong Muhyiddin Tidak Akan Bersama Kerajaan Negeri Ph

Dua Adun Bersatu Di Pulau Pinang Sokong Muhyiddin Tidak Akan Bersama Kerajaan Negeri Ph

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 382 hits
Dua Adun Bersatu di Pulau Pinang telah menarik semula sokongan mereka terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan Adun Bertam Bertam Khalid Mehtab Mohd Ishaq dan Adun Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim mengesahkan perkara itu pagi tadi Ditanya ala...
Muhyiddin Pm Kerajaan Minoriti Bukan Majoriti

Muhyiddin Pm Kerajaan Minoriti Bukan Majoriti

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 310 hits
1 Esok Isnin 18 haribulan Mei 2020 adalah satu tarikh yang penting Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas akan dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong 2 Parlimen adalah s...
Rakyat Rindukan Negara Yang Aman Tenteram Dan Kerajaan Yang Berfungsi

Rakyat Rindukan Negara Yang Aman Tenteram Dan Kerajaan Yang Berfungsi

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 270 hits
Memorandum Persefahaman Perikatan NasionalSEJAK tumbangnya kerajaan Barisan Nasional politik di negara ini semakin tidak menentu sehingga kesejahteraan rakyat telah banyak diabaikan Percakaran pemimpin politik tidak mengenal surut menyebabk...
Perubahan Kerajaan Kedah Wajar Tamatkan Spekulasi

Perubahan Kerajaan Kedah Wajar Tamatkan Spekulasi

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 352 hits
Pengumuman pembentukan kerajaan Kedah yang baharu di bawah Perikatan Nasional susulan kerajaan Pakatan Harapan hilang majoriti hari ini dilihat wajar dan bertepatan dengan masa sekali gus menamatkan pelbagai andaian dan spekulasi mengenainy...
Wakil Rakyat Kerajaan Tidak Kurang 114 Orang Muhyiddin Cukup Sokongan

Wakil Rakyat Kerajaan Tidak Kurang 114 Orang Muhyiddin Cukup Sokongan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 305 hits
May 18 2020 1 25 PMBerdasarkan maklumat rasmi berhubung cadangan tempat duduk di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan 114 ahli Parlimen berada di blok kerajaan KUALA LUMPUR Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli Parlimen dud...
Najib Ph Masih Tadbir Putrajaya Jika Tambah Baik Bukan Buang Program Kerajaan Bn

Najib Ph Masih Tadbir Putrajaya Jika Tambah Baik Bukan Buang Program Kerajaan Bn

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 277 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata sistem dan hirarki diamalkan Umno menyukarkan parti memilih calon bersesuaian untuk bertanding dalam pilihan raya umum PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak tidak menolak kemungkinan Pakat...
Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong hari ini mendedahkan baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung pada jam 5 petang 24 Februari lalu Bagaimanapu...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes