Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis


Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin (dua dari kiri) sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan, kata penganalisis.


KOTA KINABALU: Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kepada Umno selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menyebabkan parti itu hilang kuasa di peringkat persekutuan.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berpendapat bahawa Ahli Parlimen daripada Bersatu mahu berbuat demikian dan beranggapan ia akan menggantikan parti itu sebagai teraju kerajaan persekutuan.

“Sejak mula pun, Bersatu tidak pernah mempunyai sokongan akar umbi yang besar. Ia memenangi banyak kerusi kerana angin kencang perubahan Pakatan Harapan (dalam pilihan raya umum lalu),” katanya kepada FMT.

“Kemudian terdapat segelintir wakil Umno (Ahli Parlimen) masuk Bersatu. Oleh kerana itu, jika ia (Bersatu) tidak lagi memegang kuasa, ya, mungkin ramai daripada Ahli Parlimen ini akan kembali kepada Umno apabila beranggapan Umno memegang kuasa.”

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri sementara selepas meletakkan jawatan pada Isnin bersama seluruh Jemaah Menteri.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun Penggantinya masih belum ditentukan dan pelantikan itu adalah hak istimewa Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan untuk memilih individu yang baginda percaya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah Romzi Ationg juga percaya Ahli Parlimen daripada Bersatu akan kembali demi kelangsungan mereka dan bagi memastikan terus memperolehi peruntukan pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing.

“Tetapi mungkin ada yang tidak melakukannya kerana pelbagai alasan seperti potensi penolakan daripada Umno dan pendapat peribadi mereka terhadap kemungkinan untuk membina kekuatan politik parti.”

Walaupun Oh percaya langkah sama mungkin berlaku di Sabah apabila Umno adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Bersatu, katanya, ia bergantung kepada Pengerusi Umno Negeri Bung Moktar Radin.

“Selepas pertelingkahan awal (antara Bersatu dan Umno) dan pilihan raya negeri, Bung bersikap ‘low profile’ dan tidak cuba menggoncang kepimpinan GRS seperti Umno lakukan di peringkat persekutuan.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Romzi Ationg “Jadi ia memang bergantung kepada Bung kerana Umno Sabah mempunyai tahap autonomi yang besar dari segi itu. Kelihatan Bung agak berpuas hati dengan apa yang dimiliki sekarang,” katanya.

Namun katanya, pendirian sedemikian boleh berubah sekelip mata sekiranya seseorang daripada Umno dilantik sebagai perdana menteri.

“Dalam hal itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen daripada Bersatu mungkin bertukar kepada Umno dengan sendirinya tanpa diarahkan sesiapa.

“Apabila ramai Adun Umno (di Sabah), mungkin terdapat sentimen dalam akar umbi Umno yang menggesa Bung mengambil langkah itu (untuk kerusi ketua menteri).”

Oh menegaskan, walaupun Bung mungkin tidak mengambil langkah itu, tetapi ADUN Umno lain mungkin berusaha memaksa Ahli Parlimen Kinabatangan itu melakukannya kerana yakin Umno harus memegang kerusi ketua menteri apabila mempunyai perwakilan paling ramai di DUN.

“Sebaik Bersatu hilang kuasa dan hilang kedudukan kepimpinan, saya rasa mungkin parti itu akan berakhir atau berpecah kerana tidak mempunyai sokongan asas yang banyak,” katanya.

Romzi kurang bersetuju dengan pandangan Oh bahawa Bersatu akan berpecah termasuk di Sabah kerana terdapat pemimpin berkebolehan dalam parti itu yang boleh memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungannya.

“Sebenarnya, ramai berharap kerajaan GRS tidak terjejas dengan politik di peringkat persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, walaupun dalam keadaan Umno mengambil kerusi perdana menteri, situasi di Sabah akan “kekal status quo”.

Awang Azman percaya walaupun segelintir ADUN daripada Bersatu mungkin kembali kepada Umno tetapi tidak timbul sebarang konflik antara dua parti itu di Sabah.

“Hubungan Bersatu-Umno akan kekal harmoni selagi pilihan raya umum belum diadakan,” katanya. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/jika-ahli-parlimen-umno-jadi-pm-wakil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Umno Pro Muhyiddin Kini Tersepit Kata Penganalisis

Ahli Parlimen Umno Pro Muhyiddin Kini Tersepit Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 318 hits
Ahli Parlimen Barisan Nasional yang diketuai Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan PN pada 6 Ogos PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata 23 Ahli Parlimen Umno yang menyokong Perdana ...
Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 236 hits
Ahli Parlimen pembangkang hari ini memberi amaran sebarang kekosongan kuasa yang terjadi akibat kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional akan diisi oleh Umno menjadikan parti yang pernah mendominasi kerajaan itu sebelum ini kembali menjadi sem...
Ahli Parlimen Umno Belakangi Parti Berdepan Risiko Digantung Dipecat

Ahli Parlimen Umno Belakangi Parti Berdepan Risiko Digantung Dipecat

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 213 hits
Ahli Parlimen Umno Idris Jusoh dan Ismail Abd Muttalib mengisytiharkan mereka akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno yang membelakangi parti untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasio...
Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 238 hits
Menteri menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan iaitu antara pentadbiran pusat dan parti kata penganalisis PETALING JAYA Umno perlu bersedia berdepan perpecahan dalaman yang lebih meruncing jika terus menekan Menteri dan Timbalan Mente...
Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

Sabah Perlu Bantuan Kerajaan Persekutuan Kerana Meningkatnya Kes Covid 19 Kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 310 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan perlu menolong Sabah dengan mengerahkan lebih banyak kakitangan perubatan dan mempercepat vaksinasi kerana barisan depan negeri ini dibanjiri dengan jumlah kes ba...
Ketua Bahagian Bersatu Pekan Pula Isytihar Keluar Parti Kembali Semula Kepada Umno

Ketua Bahagian Bersatu Pekan Pula Isytihar Keluar Parti Kembali Semula Kepada Umno

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 247 hits
BENTONG Ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pekan Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamed hari ini mengambil keputusan untuk keluar dari parti berkenaan yang disertainya sebelum ini dengan menyertai UMNO Borang kemasukan semula ke dalam U...
Keabsahan Mt Umno Tamat Ahli Parlimen Tak Terikat Arahan Parti

Keabsahan Mt Umno Tamat Ahli Parlimen Tak Terikat Arahan Parti

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 199 hits
Berikutan keputusan terbaharu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan membatalkan penangguhan pemilihan UMNO menyebabkan suhu politik parti itu kembali panas Ini disebabkan keabsahan ahli ahli Majlis Tertinggi UMNO telah pun tamat pada 30 Jun lalu s...
Ketua Umno Bahagian Selar Tindakan Berani Ahli Parlimen Maran Membelakangi Parti

Ketua Umno Bahagian Selar Tindakan Berani Ahli Parlimen Maran Membelakangi Parti

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 242 hits
MARAN UMNO Bahagian Maran kecewa terhadap kenyataan Ahli Parlimen Maran Dato Sri Dr Haji Ismail Abd Muttalib yang membuat pengumuman terbuka menyokong penuh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional Ketua UMNO...
Ahli Parlimen Perlu Runding Kerjasama Rentas Parti Penganalisis

Ahli Parlimen Perlu Runding Kerjasama Rentas Parti Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 179 hits
Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa pergolakan politik KUALA LUMPUR Tawaran tawaran kerjasama dwipartisan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertimbangkan dengan serius dalam usaha melaksanakan reformasi...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tips Mudah Jadi Miskin

Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli