Ahli Parlimen Umno Pro Muhyiddin Kini Tersepit Kata Penganalisis



Ahli Parlimen Barisan Nasional, yang diketuai Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinan PN pada 6 Ogos. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, 23 Ahli Parlimen Umno yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin mendapati diri mereka bukan sahaja tidak disukai oleh ahli akar umbi atau pemimpin parti, malah mungkin juga tidak mendapat kerusi.

Penganalisis sosio-politik Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, ahli akar umbi Umno menghargai kesetiaan dalam kalangan pemimpin politik mereka.

“Mungkin akan jadi sulit semasa pilihan raya bagi mereka yang terlalu lantang menentang pemimpin parti dan mengetepikan kemahuan ahli akar umbi,” katanya kepada FMT.

Awang Azman berkata, Ahli Parlimen berkenaan cenderung ditempatkan di kawasan-kawasan di mana mereka sukar untuk menang. Ada juga yang mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).
Awang Azman Pawi.“Ahli akar umbi Umno mungkin berasa pemimpin mereka mengabaikan mereka ketika sokongan mereka paling diperlukan semasa wabak,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Umno yang pro-Muhyiddin dikejutkan dengan tawaran “perdamaian” Perdana Menteri kepada pihak pembangkang.

Sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen Umno dilaporkan berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai rancangan Muhyiddin.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin, antara penyokong lantang gabungan PN, dipetik sebagai berkata beliau hanya mendapat tahu mengenainya ketika Muhyiddin membuat tawaran itu pada siaran langsung di televisyen.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang menentang keputusan Umno meninggalkan kerajaan PN, dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui dengan jelas sifat kerjasama yang dicadangkan Perdana Menteri itu.

Beliau juga tertanya-tanya sama ada DAP akan menjadi sebahagian daripada gabungan PN.

Ahli akademik Azmi Hassan berkata, salah satu cara bagi Ahli Parlimen Umno untuk menjaga air muka adalah dengan membuat pusingan U.

“Ini adalah salah satu cara bagi mereka untuk mendapatkan sokongan akar umbi,” katanya kepada FMT.

“Mereka sedar akar umbi tidak akan menyokong mereka kerana kekal bersama Muhyiddin, dan mereka akan menggunakan tawaran Muhyiddin kepada pembangkang sebagai alasan untuk berundur,” tambahnya
Oh Ei Sun.“Kita akan cenderung melihat semakin ramai Ahli Parlimen Umno menawarkan sokongan kepada presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.”

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun, mempersoalkan sama ada 23 Ahli Parlimen itu dapat mengekalkan daya tarikan tempatan mereka tanpa sokongan jentera Umno.

Pada Jumaat, Muhyiddin mencadangkan suatu kerjasama rentas kepartian dengan menawarkan pelbagai “ganjaran”.

Ini termasuk “janji” mengadakan pilihan raya umum selewat-lewatnya Julai tahun depan, mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama dua penggal, peruntukan setara bagi semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik, dan pembentangan Rang Undang- Undang Antilompat Parti di Parlimen
freemalaysiatoday.com
Minderjeet Kaur
-August 15, 2021 9:00 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/ahli-parlimen-umno-pro-muhyiddin-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 235 hits
Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan kata penganalisis KOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kep...
Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

Mustahil Muhyiddin Masih Ada Majoriti Selepas Ahli Parlimen Kerajaan Tarik Sokongan Kata Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pembangkang mendakwa mustahil Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti susulan Ahli Parlimen daripada kerajaan sendiri mengumumkan penarikan balik sokongan mereka semalam Menerusi kenyataan har...
Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 213 hits
August 4 2021 7 25 PMPETALING JAYA Umno hari ini menghantar warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan senarai Ahli Parlimen parti itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana...
Terima Kasih Ahli Parlimen Bn Kata Muhyiddin

Terima Kasih Ahli Parlimen Bn Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 203 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berterima kasih kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyatakan sokongan kepada kerajaan pimpinannya Beliau juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen BN yang bersetuju bahawa keabsahannya...
Mana Mana Ahli Parlimen Kini Boleh Tunjuk Angka Sokongan Cukup Kata Peguam

Mana Mana Ahli Parlimen Kini Boleh Tunjuk Angka Sokongan Cukup Kata Peguam

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 257 hits
Sidang khas Dewan Rakyat boleh dipanggil tanpa notis mencukupi bagi tujuan membentang dan membahaskan undi percaya terhadap Perdana Menteri kata seorang peguam PETALING JAYA Mana mana Ahli Parlimen kini boleh memohon menghadap Yang di Pertu...
Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

Jika Kerajaan Jatuh Kleptokrat Umno Akan Kembali Berkuasa Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 236 hits
Ahli Parlimen pembangkang hari ini memberi amaran sebarang kekosongan kuasa yang terjadi akibat kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional akan diisi oleh Umno menjadikan parti yang pernah mendominasi kerajaan itu sebelum ini kembali menjadi sem...
Terkini 31 Ahli Parlimen Umno Dan Bn Kekal Taat Kepada Muhyiddin Tidak Kepada Zahid

Terkini 31 Ahli Parlimen Umno Dan Bn Kekal Taat Kepada Muhyiddin Tidak Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 188 hits
August 6 2021 Sebanyak 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 238 hits
Menteri menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan iaitu antara pentadbiran pusat dan parti kata penganalisis PETALING JAYA Umno perlu bersedia berdepan perpecahan dalaman yang lebih meruncing jika terus menekan Menteri dan Timbalan Mente...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan