Jika 307 Alasan Telah Gagal Di Mahkamah Rayuan Apakah 94 Alasan Di Mahkamah Persekutuan Mampu Membebaskan Najib




Bekas Perdana Menteri, Najib Razak mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Rayuan di Mahkamah Persekutuan ini adalah proses terakhir Najib sama ada beliau akhirnya akan dibebaskan atau menerima hukuman sebagaimana yang telah dijatuhkan sebelum ini.
Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi dan kemudian disahkan oleh Mahkamah Rayuan ialah penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.
Hukuman itu bagaimanapun dibenarkan ditangguhkan sehingga rayuan selesai.
Antara alasan yang dibangkitkan dalam petisyen itu ialah Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Najib) atas kesemua tujuh pertuduhan dan memanggilnya untuk membela diri.
Alasan lain yang disebut ialah bahawa kedua-dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan telah menggunakan logik dan rasional sendiri yang bercanggah dengan bukti yang dikemukakan berhubung dakwaan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.
Dalam petisyen rayuan yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, semalam, Najib, 68, mendakwa beliau terkilan dengan kesilapan serius dalam fakta dan undang-undang yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman yang dikemukakan.
Sebelum ini, dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan, pasukan peguam Najib telah mengemukakan 307 alasan mengapa bekas Perdana Menteri itu harus dibebaskan daripada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.
Peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, mengesahkan petisyen rayuan merangkumi 307 alasan itu difailkan pada 19 Oktober tahun lalu.
Antara alasan petisyen rayuan tersebut, Najib mendakwa beliau gagal mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama kerana kekhilafan hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan tindakan pihak pendakwaan yang menafikan haknya di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Begitu pun, Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib yang disabit dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tersebut diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi adalah betul apabila mendapati bahawa tiga pertuduhan pecah amanah terhadap Najib telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.
Panel hakim juga bersetuju dengan keputusan hakim perbicaraan bahawa Najib selaku Perdana Menteri ketika itu mempunyai kepentingan peribadi dalam Kabinet apabila meluluskan jaminan kerajaan sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC.
Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa Najib mempunyai kuasa penuh ke atas SRC International serta pengetahuan mengenai kemasukan RM42 juta ke akaunnya di antara tahun 2014 dan 2015.
Beliau turut memutuskan bahawa RM42 juta aliran wang keluar dari SRC dan ke beberapa syarikat dilakukan bagi menyukarkan pengesanan dan mengelak dikesan pihak berkuasa.
Mahkamah juga bersetuju dengan hakim perbicaraan bahawa terdapat penyelewengan jelas sebanyak RM42 juta oleh Najib untuk kegunaannya sendiri.
Abdul Karim berkata dakwaan pembelaan kewujudan derma dari Arab yang masuk ke akaun Najib adalah tidak boleh dipertahankan.
Beliau menambah, tidak ada sebab untuk wang itu terlebih dahulu dideposit ke akaun SRC yang merupakan entiti milik penuh Kementerian Kewangan jika ia sememangnya derma dari Arab.
Kes rayuan Najib ini adalah kes yang paling ditunggu-tunggu, bukan saja di negara kita, tetapi juga di seluruh dunia.
Di beberapa negara, Amerika Syarikat, Singapura dan UAE misalnya, sudah ramai yang dihukum bersalah berhubung skandal 1MDB dan SRC International adalah anak syarikat 1MDB pada asalnya sebelum dipindahkan ke Kementerian Kewangan.
Di Mahkamah Rayuan sebelum ini 307 alasan dikemukakan oleh pasukan peguambela Najib dan ia gagal membebaskan beliau, apakah pula nasib beliau melalui 94 alasan yang dibentangkan di Mahkamah Persekutuan ini?
Sama-samalah kita tunggu pengakhirannya. – ShahbudinHusin 26/04/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/jika-307-alasan-telah-gagal-di-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Akhir Najib 94 Alasan Dikemukakan Untuk Mahkamah Persekutuan

Rayuan Akhir Najib 94 Alasan Dikemukakan Untuk Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 109 hits
KUALA LUMPUR Berbanding 307 alasan yang dikemukakan pada peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengemukakan 94 alasan bagi rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya Difahamkan pet...
Mahkamah Benar Lanjutan Masa Untuk Najib Fail Petisyen Rayuan

Mahkamah Benar Lanjutan Masa Untuk Najib Fail Petisyen Rayuan

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 139 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak dijangka akan memfailkan petisyen rayuan dalam kes rasuah RM42 juta dana SRC International hari ini Mahkamah Persekutuan membenarkan permohanan Najib bagi melanjutkan masa untuk memfailkan petisyen rayuan b...
Kalau Semua Datang Ke Mahkamah Dengan Alasan Tak Tahu Sebagai Membela Diri Apa Fungsi Undang Undang

Kalau Semua Datang Ke Mahkamah Dengan Alasan Tak Tahu Sebagai Membela Diri Apa Fungsi Undang Undang

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 178 hits
LupaTak tahuTak ingatBaru tahuNiat suciSilap Salah teknikal Tuding sana tuding siniAir mataAdakah ada pengaruh di mahkamah
Debat Dengan Anwar Apakah Najib Mula Beralasan

Debat Dengan Anwar Apakah Najib Mula Beralasan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 115 hits
Kalau diselak bagaimana bermulanya cerita Najib Razaklah yang mula mula memetik nama Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya Ketika itu Rafizi Ramli ditanya oleh seorang pengacara wanita sebuah portal berita sama ada beliau sedia atau tidak ...
Ahli Perniagaan Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Dan Tiga Lagi

Ahli Perniagaan Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Dan Tiga Lagi

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 111 hits
Ahli Perniagaan Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Dan Tiga Lagi PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan seorang ahli perniagaan J R Deepak Jaikishan adik lelakinya serta syarikat mereka untuk menghidupkan s...
Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

Saman 1mdb Terhadap Saya Salah Guna Proses Mahkamah Najib

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 143 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Najib Razak mendakwa pesalah sebenar di sebalik kerugian besar yang dialami 1MDB telah digugurkan daripada tindakan sivil Najib berkata dia masih dikekalkan sebagai salah seorang defendan dalam saman be...
Dalam Mahkamah Majistret Johor Bahru 2017 Pendakwaraya Lwn Sam Ke Ting Alasan Penghakiman

Dalam Mahkamah Majistret Johor Bahru 2017 Pendakwaraya Lwn Sam Ke Ting Alasan Penghakiman

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 195 hits
kumpulan basikal lajak ini akan mengejek seolah olah mempersendakan pihak polis DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRUDALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIMKES TANGKAP TRAFIK NO 83J 22 03 2017PENDAKWARAYA LWN SAM KE TINGALASAN PENGHAKIMAN 1 Orang Ke...
Mantan Perdana Menteri Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

Mantan Perdana Menteri Najib Razak Kemuka 94 Alasan Dalam Petisyen Mohon Di Bebaskan

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 131 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Antara...
Courts Used Own Logic Contrary To Evidence Najib In Appeal Petition

Courts Used Own Logic Contrary To Evidence Najib In Appeal Petition

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 112 hits
Najib Abdul Razak has filed his 94 grounds petition of appeal in the RM42 million SRC International corruption case this late afternoon Among these cited grounds are that both the Kuala Lumpur High Court and Court of Appeal had used their o...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024