Debat Dengan Anwar Apakah Najib Mula Beralasan


 
Kalau diselak bagaimana bermulanya cerita, Najib Razaklah yang mula-mula memetik nama Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya.
Ketika itu, Rafizi Ramli ditanya oleh seorang pengacara wanita sebuah portal berita sama ada beliau sedia atau tidak berdebat dengan Najib.
Ia berikutan kedua-dua mereka terlibat dalam pertikaian dan berbalas kenyataan berhubung isu Sapura Energy.
Rafizi lantas menjawab beliau sedia dan tidak ada masalah untuk berdebat dengan bekas Perdana Menteri itu yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan kesnya sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Agaknya, merasakan dirinya terlalu hebat dan sering disanjung dengan Bossku atau barangkali juga kerana keghairahan admin FBnya yang terlajak stim, Najib dengan pantas bukan saja turut sedia untuk berdebat dengan Rafizi, malah meminta diajak Anwar sekali untuk berdebat dengannya.
Seolah-olahnya beliau mahu berdebat dua lawan satu iaitu Anwar dan Rafizi bergandingan berlawan dengannya seorang diri.
Melihat bagaimana Najib ketika itu tampak begitu berani, cepat memberi respon dan seolah-olah dirinya pernah merangkul juara debat sedunia, sejujurnya kita tidak terbayang sama sekali beliau sanggup meminta ditangguhkan sehingga lepas Hari Raya semata-mata alasannya sekarang ini bulan puasa.
Tambahan lagi, Anwar yang dicabarnya itu sudah begitu sedia untuk berdebat dengannya pada bila-bila masa.
Kononnya, pihak Najib memberi alasan, di bulan puasa ini tidak sesuai untuk berdebat kerana ia bulan untuk ibadah dan perlu pergi solat terawih pada sebelah malamnya.
Lemah sungguh alasan kem Najib ini kerana debat tidak semestinya dibuat pada waktu malam, ia bahkan lebih sesuai diadakan pada waktu siang.
Jika bulan puasa dijadikan alasan, tidakkah kem Najib sedar di zaman Najib dulu, mereka malah berperang menegakkan agama di bulan puasa?
Jika dalam suasana padang pasir pun Nabi sanggup berperang di bulan puasa, kenapa Najib tidak sedia berdebat di bilik yang berhawa dingin di bulan puasa?
Apakah Najib jadi lemah seluruh badan dan otaknya terus tidak berfungsi kerana tidak makan di bulan puasa?
Apa pun, jika berani mencabar Anwar dan Rafizi berdebat dua lawan satu dengannya, sepatutnya jangankan di bulan puasa, di atas bara api pun Najib tidak cuba mengelak atau berdalih dengan alasan yang lemah.
Puasa bukan halangan untuk berdebat, yang tidak boleh dibuat di bulan puasa hanyalah berbuat jahat atau melakukan maksiat.
Kalau berjalan-jalan sampai ke Melaka pun boleh di bulan puasa sepertimana dilakukan Najib beberapa hari lalu dengan dua tiga program dilakukannya, apa logiknya beliau tidak boleh berdebat?
Najib…Najib…Najib….
Apakah ini hanya sekadar alasan?
Tidak mungkinkah bila tiba lepas Raya nanti, lain pula alasan dan helah diberi?
Mungkin nanti alasannya sibuk open house atau jadual ke mahkamah yang ketat.
Lagi pun, jika dulu laju saja Najib memberi komen berkaitan debat ini melalui FBnya jika ada benda-benda baru ditimbulkan, tapi kebelakangan ini beliau nampaknya semacam tidak berminat lagi bercakap berkenaan dengannya.
Adakah Najib sudah tak berminat?
Cuba cakap betul-betul – on atau tak on, berani atau takut?
Kan senang kalau cakap berterus-terang??? – ShahbudinHusin 14/03/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/debat-dengan-anwar-apakah-najib-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Debat Anwar Najib Apakah Ia Akan Jadi Kenyataan

Debat Anwar Najib Apakah Ia Akan Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 161 hits
Berikutan Najib Razak tiba tiba jadi berani untuk berdebat apa lagi untuk berhadapan secara sekaligus dengan Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli selain ramai jadi hairan ia juga kini dinanti nanti sama ada jadi kenyataan atau sebaliknya Pada awa...
Anwar Selangkah Kehadapan Arah Mp Lembah Pantai Memperincikan Debat Dengan Najib

Anwar Selangkah Kehadapan Arah Mp Lembah Pantai Memperincikan Debat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 205 hits
Saya telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai saudara Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperincikan dengan pihak Dato Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan sapura Beliau juga telah diminta berbincan...
Anwar Minta Fahmi Atur Tarikh Masa Debat Dengan Najib

Anwar Minta Fahmi Atur Tarikh Masa Debat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 217 hits
Najib Razak sebelum ini mengalu alukan perdebatan dan meminta pasukan Anwar Ibrahim serta Rafizi Ramli mengaturkan dengan media jika berhasrat mahu diadakan secara langsung PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sudah meminta Ahli Pa...
Kesatuan Pelajar Um Tawar Jadi Penganjur Debat Najib Anwar

Kesatuan Pelajar Um Tawar Jadi Penganjur Debat Najib Anwar

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 229 hits
Kesatuan pelajar UM tawar jadi penganjur debat Najib Anwar Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya sedia menjadi penganjur debat di antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung isu Sapura Energy Bhd Kesatua...
Game On Najib Setuju Debat Dengan Anwar Isu Sapura

Game On Najib Setuju Debat Dengan Anwar Isu Sapura

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 327 hits
freemalaysiatoday com April 4 2022 3 15 PMNajib Razak meminta Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli berhubung dengan pembantu beliau bagi menetapkan tarikh terdekat yang sesuai untuk sesi debat itu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak s...
Anwar Sahut Cabaran Najib Saya Sedia Debat Bila Bila Masa

Anwar Sahut Cabaran Najib Saya Sedia Debat Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 210 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 4 2022 12 08 PMBagai pucuk dicita ulam yang mendatang Anwar Ibrahim hari ini menerima cabaran Najib Razak untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan syarikat Sapura Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari in...
Debat Auta Rafizi Anwar Vs Debat Fakta Najib Razak

Debat Auta Rafizi Anwar Vs Debat Fakta Najib Razak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 187 hits
Oleh Nurul Aishah SEBENARNYA rakyat sangat tertunggu tunggu untuk melihat bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mematahkan auta Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli mengenai usaha menyelamatkan syarikat Sapura Energy Bhd Perkara tersebut akan menj...
Anwar Sahut Cabaran Debat Najib Wahai Najib Sikit Hamba Tak Takut Kalau Berani Turun Gelanggang

Anwar Sahut Cabaran Debat Najib Wahai Najib Sikit Hamba Tak Takut Kalau Berani Turun Gelanggang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 228 hits
Cabaran berdebat yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak semalam disahut oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam kenyataannya Anwar menegaskan sangat menunggu nunggu peluang berdebat melawan Najib kerana cabara...
18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2025

Bahaya Sakit Telinga Boleh Jadi Lebih Teruk Dari Demam

Sharp Malaysia Gabung Estetika Dan Inovasi Jepun Untuk Gaya Hidup Unggul

Kafe 28 Studio Kl Lokasi Lepak Santai Yang Membangkitkan Inspirasi

Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera