Ahli Perniagaan Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib Rosmah Dan Tiga Lagi



Ahli Perniagaan Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib, Rosmah Dan Tiga Lagi
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan seorang ahli perniagaan J.R. Deepak Jaikishan, adik lelakinya serta syarikat mereka untuk menghidupkan semula saman terhadap Datuk Seri Najib Razak, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan tiga lagi berhubung dakwaan wujud konspirasi sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Datuk Azizah Nawawi, yang menyampaikan keputusan panel tiga hakim itu, berkata tiada unsur penipuan, konspirasi, salah laku dan penyalahgunaan proses dalam kes itu seperti yang didakwa oleh Deepak, J. Rajesh dan Radiant Splendor Sdn Bhd.
Panel itu, yang turut terdiri daripada Datuk S. Nantha Balan dan Datuk See Mee Chun, memerintahkan kedua-dua beradik serta syarikat mereka membayar kos berjumlah RM80,000
Deepak, Rajesh dan Radiant Splendor, yang diwakili peguam V. Sham Sunder, merayu agar saman mereka dihidupkan semula serta dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Saman mereka telah dibatalkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar pada 13 Jan 2020 selepas beliau membenarkan permohonan Najib, Rosmah, bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, adik lelaki Najib iaitu Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan bekas Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Tan Sri Shukry Mohd Salleh.
Dalam penyataan tuntutan yang difailkan pada 12 Sept 2018, kesemua plaintif mendakwa Najib bertindak di luar batasan serta menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Bank Kerjasama Rakyat Berhad memfailkan pelbagai tindakan guaman terhadap mereka terutama kepada plaintif kedua iaitu Deepak.
Deepak mendakwa ia bagi menghalangnya daripada memberi keterangan lisan secara jujur ketika perbicaraan kes sivil berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu membabitkan Najib, Rosmah dan Ahmad Johari.
Plaintif juga mendakwa terdapat perjanjian bertarikh 24 Julai 2008 dengan Bank Kerjasama Rakyat Berhad atas arahan Shukry, yang bersetuju memberikan dan menyediakan kemudahan pembiayaan wang sehingga RM198,888,750 dan sebagai balasan, mereka perlu menyerahkan hak mutlak dan kepentingan terhadap 80 unit pangsapuri dalam pembangunan iaitu Kondominium Palazzio Tower B.
Dakwa plaintif kesemua defendan telah melakukan tort konspirasi, penipuan, penyalahgunaan proses dan/atau perlakuan yang tidak mengikut undang-undang dalam mencapai perjanjian penyelesaian tersebut.
Plaintif juga mendakwa semua defendan berkonspirasi dalam menyebabkan kerugian terhadap mereka, dan memohon setiap defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan RM2.6 juta dan ganti rugi berpanjangan.
Dalam penghakimannya, Azizah yang mempengerusikan panel itu, berkata tiada butiran yang mengaitkan Najib dan Rosmah dengan dakwaan bahawa perayu adalah proksi mereka atau bagaimana Najib dan Rosmah mendapat manfaat daripada perancangan membabitkan hartanah tersebut.
Beliau juga berkata tiada perkaitan antara Abdul Azeez, Ahmad Johari dan Shukry dengan dakwaan tort konspirasi, penipuan, salah laku dan penyalahgunaan proses.
Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian, mahkamah mendengar hujah Sham Sunder dan peguam Datuk David Matthews yang mewakili Najib serta Rosmah; Dhinesh Bhaskaran bagi pihak Ahmad Johari, Porres Royan (Abdul Azeez) dan Farah Shuhadah Razali (Shukry).
Semua peguam responden berhujah bahawa rayuan itu hendaklah ditolak kerana saman yang difailkan terhada anak guam mereka tidak dapat dipertahan.
Terdahulu, Sham Sunder turut berhujah anak guamnya adalah proksi Najib serta isteri beliau dan terlibat dalam urus niaga membabitkan hartanah bagi pihak mereka, sambil menambah bahawa kes itu melibatkan isu yang patut dibicarakan.-AA
Ahli Perniagaan Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib, Rosmah Dan Tiga Lagi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO] Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video) Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung Isham lapor polis terhadap Sanusi Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

The post Ahli Perniagaan Deepak Gagal Hidupkan Saman Terhadap Najib, Rosmah Dan Tiga Lagi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/29/ahli-perniagaan-deepak-gagal-hidupkan-saman-terhadap-najib-rosmah-dan-tiga-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Kriminologi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Terhadap Pesalah Trafik Banyak Saman Tertunggak

Pakar Kriminologi Gesa Kerajaan Ambil Tindakan Segera Terhadap Pesalah Trafik Banyak Saman Tertunggak

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 367 hits
nbsp Pakar kriminologi mendesak kerajaan supaya segera bertindak terhadap pemandu dan pemilik kenderaan yang mempunyai banyak saman belum dijelaskan susulan laporan berlakunya kejadian samseng jalanan membabitkan individu memiliki 56 saman ...
Berbalah Dengan Najib Rafizi Berdepan Saman Dari Ceo Sapura

Berbalah Dengan Najib Rafizi Berdepan Saman Dari Ceo Sapura

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 193 hits
PETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berdepan saman fitnah berhubung kenyataannya semasa berbalah dengan bekas perdana menteri Najib Razak mengenai masalah kewangan Sapura Energy Berhad Satu surat tuntutan maaf dihantar kepada Rafiz...
Video Muzik Hari Raya Ahli Perniagaan Akan Dirujuk Kepada Pihak Berkuasa

Video Muzik Hari Raya Ahli Perniagaan Akan Dirujuk Kepada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 200 hits
Gambar Fail 8211 Bernama KUALA LUMPUR Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan video muzik hari raya milik seorang ahli perniagaan yang dilihat tidak sesuai dengan budaya dan masyarakat negara ini ak
Jika 307 Alasan Telah Gagal Di Mahkamah Rayuan Apakah 94 Alasan Di Mahkamah Persekutuan Mampu Membebaskan Najib

Jika 307 Alasan Telah Gagal Di Mahkamah Rayuan Apakah 94 Alasan Di Mahkamah Persekutuan Mampu Membebaskan Najib

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 148 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta Rayuan di Ma...
Nfcorp Pengerusi Kalah Rayuan Berhubung Saman Fitnah Terhadap Rafizi

Nfcorp Pengerusi Kalah Rayuan Berhubung Saman Fitnah Terhadap Rafizi

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 106 hits
April 21 2022 NFCorp dan pengerusinya Mohamad Salleh Ismail menyaman bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan PUTRAJAYA Mahkamah Persekutuan membatalkan ...
Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadap Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad Hakim Tuan Zulqarnain Hassan da...
Rosmah Gagal Ketepi Hakim Dengar Kes Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

Rosmah Gagal Ketepi Hakim Dengar Kes Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 125 hits
Mohamed Zaini Mazlan akan kekal sebagai hakim bagi kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadap Rosmah Mansor Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kedua Rosmah agar Mohamed Zaini tidak mend...
Mahkamah Tolak Saman Fitnah Pensyarah Terhadap Khalid Samad

Mahkamah Tolak Saman Fitnah Pensyarah Terhadap Khalid Samad

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 118 hits
Mahkamah tolak saman fitnah pensyarah terhadap Khalid Samad Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak tuntutan saman fitnah yang dikemukakan pensyarah di Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Kh...
Rwanda Penjarakan Ahli Perniagaan China Selepas Sebat Pekerja

Rwanda Penjarakan Ahli Perniagaan China Selepas Sebat Pekerja

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 136 hits
Rwanda penjarakan ahli perniagaan China selepas sebat pekerja SEORANG ahli perniagaan warga China dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Rwanda semalam selepas memukul pekerjanya dalam satu kejadian Ogos tahun lepas Memetik laporan...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni