Dalam Mahkamah Majistret Johor Bahru 2017 Pendakwaraya Lwn Sam Ke Ting Alasan Penghakiman






 "kumpulan basikal lajak ini akan mengejek seolah-olah mempersendakan pihak polis"

DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU
DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM
KES TANGKAP TRAFIK NO: 83J-22-03/2017
PENDAKWARAYA LWN SAM KE TING
ALASAN PENGHAKIMAN

[1] Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes ini telah dipertuduhkan di mahkamah


[38] Selain itu, OKT dalam kes ini telah memandu motorkarnya menggunakan laluan yang mendaki bukit serta melepasi laluan sedikit berselekoh menghala ke Skudai dari Pusat Bandar.  Siasatan SP46 juga mengesahkan bahawa sebelum kemalangan berlaku; tiada cubaan menukar lorong dilakukan oleh motorkar tersebut, motorkar tersebut tidak memotong kenderaan lain, motorkar tersebut tidak memasuki jalan bertentangan dan motorkar tersebut tidak dipandu melawan arus aliran trafik sebelum atau semasa kemalangan berlaku. Tiada keterangan yang menunjukkan motorkar tersebut sedang berlumba di jalan tersebut dan motorkar OKT terbabas melanggar apa-apa perabot jalan. Tambahan itu tiada lansung fakta yang membuktikan motorkar OKT terbabas atau hilang kawalan sebelum kemalangan berlaku


[45] Maka persoalan yang muncul kini, Apakah aktiviti yang dilakukan oleh 8 orang
simati sewaktu berada di atas jalan utama bertar tersebut? Jelas persoalan ini dapat
dirungkaikan melalui keterangan-keterangan saksi pendakwaan seperti berikut:

1. SP1 mengatakan simati Firdauz bersedia untuk berlumba lajak.
2. SP1 mengatakan Aiman bersedia untuk berlumba lajak.
3. SP2 mengesahkan simati Fauzan pergi berkumpul di ‘M2’ (P2).
4. SP10 mengesahkan simati Firdauz bersedia untuk bermain lumba lajak.
5. SP13 mengesahkan simati Azhar bermain lumba lajak.
6. SP13 mengesahkan simati Haizad bermain lumba lajak.

[46] Seterusnya adalah mengejutkan mahkamah ini apabila melalui keterangan-keterangan majoriti saksi mata yang juga merupakan saksi yang terlibat secara lansung dalam kemalangan ini mahupun keterangan pegawai penyiasat SP44 dan SP46 mendapati bahawa terdapat sekumpulan geng basikal lajak dalam skala yang besar (anggaran 30 orang lebih) yang sedang berkumpul dan berlumba di jalan raya lokasi kemalangan tersebut sebelum dan semasa kemalangan berlaku. Maka, fakta kewujudan geng basikal lajak pada hari kejadian di jalan tersebut dapat dibuktikan melalui keterangan-keterangan berikut:

1. SP1 pergi ke Jalan Lingkaran Dalam untuk menyaksikan perlumbaan basikal lajak.
2. SP2 mengesahkan hanya pemain basikal lajak yang mahir akan menunggang di Jalan Lingkaran Dalam.
3. SP3 mengesahkan Iman, Azim hendak bermain lajak.
4. SP7 telah duduk sambil menonton orang main basikal lajak.
5. SP12 telah duduk sambil menonton orang main basikal lajak.
6. SP8 nampak ada geng basikal yang mengawal lalulintas di laluan A3.
7. SP9 mengakui mengambil bahagian dalam bermain lajak pada hari kejadian.
8. SP10 mengakui bermain lumba lajak pada hari kejadian.
9. SP11 mengakui bermain lajak di lorong A1-A2.
10. SP13 telah duduk sambil menunggu kawan-kawan main lajak di lorong A-A1
11. SP46 mengesahkan bahawa kumpulan basikal lajak berada di ketiga-tiga lorong jalan tersebut.
Terdapat kumpulan basikal lajak yang berlumba di lorong tengah


[47] Berdasarkan pemerhatian mahkamah terhadap keterangan-keterangan seperti di atas,  mahkamah mendapati bahawa 8 simati yang menjadi korban dalam nahas kemalangan ini  hanyalah sebilangan kecil daripada halangan besar yang wujud di jalan tersebut sebelum dan semasa kemalangan berlaku. Maka persoalan-persoalan lain yang timbul daripada dapatan fakta ini adalah Apakah itu aktiviti basikal lajak? Adakah keberadaan kumpulan geng basikal lajak ini di jalan raya tersebut (tempat kemalangan berlaku) mewujudkan situasi merbahaya kepada pengguna jalan raya yang sah yang melalui jalan tersebut? Dalam menjawab persoalan-persoalan ini, adalah penting mahkamah ini melihat kembali keterangan-keterangan saksi-saksi tersebut. Keterangan SP44 dan SP46 berkenaan hasil siasatan mereka mengenai kumpulan basikal tersebut secara verbatim adalah seperti berikut:

Boleh jelaskan kepada Mahkamah?

J : Sebelum kejadian kemalangan ni memang terdapat complaint daripada orang awam
mengatakan terdapatnya aktiviti basikal di situ dan kita dapat maklumat orang awam lain juga cuba untuk mencegah dari berlaku tapi kejadian ‘basikal lajak’ di situ masih terus sebab kita tak boleh static ada dekat sana. Dan ada juga ambil tindakan bawa balik ke balai untuk tindakan, penyerahan yang remaja kita bawa balik ni untuk diserah kepada keluarga dia. Dan kegiatan basikal tu dia dah jadi macam semakin popular.

S : Ada tak ASP siasat, bagaimana keadaan ataupun ciri – ciri ‘basikal lajak’?
J : ‘Basikal lajak’ yang saya faham dia tidak ada brek, tidak ada lampu dan dia rendah dan dia buat patern macam gitu adalah bertujuan untuk nama ‘lajak’nya tu untuk aksi ‘superman’ tu. Dan lain ubahsuai ikut masing – masing tapi patern dia memang rendah macam tu.

[49] Malah menurut keterangan SP44, operasi pencegahan lumba basikal lajak ini telah
dijalankan 2 hari sebelum hari kejadian berlaku iaitu pada 16/2/2017 di mana dalam operasi ini sebanyak 20 tangkapan daripada kumpulan seramai hampir 60 penunggang basikal lajak telah dibuat di kawasan Jalan Lingkaran Dalam tersebut. Namun gejala lumba lajak ini mengalami kesukaran untuk dibenteras menurut keterangan SP41 yang mana beliau menjelaskan kepada mahkamah bahawa ketika operasi dijalankan kumpulan basikal lajak ini akan melarikan diri sambil mengangkat basikal mereka ke laluan bersebelahan dan apabila beacon light kereta polis dinyalakan kumpulan basikal lajak ini akan mengejek seolah-olah mempersendakan pihak polis.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/blog-post_17.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dia Sepatutnya Pandu Berhati Hati Terbukti Bersalah Mahkamah Tolak Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting

Hiburan Dia Sepatutnya Pandu Berhati Hati Terbukti Bersalah Mahkamah Tolak Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 250 hits
Susulan kes kemalangan yang melibatkan basikal lajak lima tahun yang lalu Mahkamah Tinggi telah mensabitkan kerani wanita Sam Ke Ting atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan berlakunya kematian lapan remaja penunggang bas...
Kesalahan Ke Ting Dalam Tragedi Basikal Lajak Berjaya Dibuktikan Penghakiman Penuh

Kesalahan Ke Ting Dalam Tragedi Basikal Lajak Berjaya Dibuktikan Penghakiman Penuh

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 350 hits
Kesalahan Ke Ting Dalam Tragedi Basikal Lajak Berjaya Dibuktikan Penghakiman penuh JOHOR BAHRU Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan kerani Sam Ke Ting atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasika...
Shafee Offers To Defend Sam Ke Ting Pro Bono

Shafee Offers To Defend Sam Ke Ting Pro Bono

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 178 hits
Lawyer Muhammad Shafee Abdullah has offered to represent Sam Ke Ting in her final appeal at the Court of Appeal Shafee who is most famous for representing former prime minister Najib Abdul Razak in cases related to the 1Malaysia Development...
Berbuka Puasa Di Trove Hotel Johor Bahru

Berbuka Puasa Di Trove Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 280 hits
Berbuka Puasa Di Trove Hotel Johor Bahru dengan bertemakan Dari Dapur Bonda untuk Buffet Ramadhan tahun ini Dan ini merupakan kali pertama umi berbuka puasa di luar untuk tahun ini Saja nak bawak anak anak dan keluarga untuk berbuka puasa d...
Sam Ke Ting Pernah Dibebaskan 2 Kali Menunjukkan Terdapat Keraguan Dalam Kes Ini Ramkarpal Singh

Sam Ke Ting Pernah Dibebaskan 2 Kali Menunjukkan Terdapat Keraguan Dalam Kes Ini Ramkarpal Singh

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 106 hits
Pengerusi Biro Undang Undang Kebangsaan DAP Ramkarpal Singh memaklumkan kerani Sam Ke Ting 27 yang didapati bersalah atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu dikenakan ...
Jailing Sam Ke Ting Was Justice Served In This Bulan Puasa

Jailing Sam Ke Ting Was Justice Served In This Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 156 hits
Undoubtedly the jailing of the young woman Sam Ke Ting for six years plus a fine for an offense about which she had no prior knowledge or motive has stirred up more controversy in this country where everything is filtered through that all w...
Kalau Semua Datang Ke Mahkamah Dengan Alasan Tak Tahu Sebagai Membela Diri Apa Fungsi Undang Undang

Kalau Semua Datang Ke Mahkamah Dengan Alasan Tak Tahu Sebagai Membela Diri Apa Fungsi Undang Undang

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 178 hits
LupaTak tahuTak ingatBaru tahuNiat suciSilap Salah teknikal Tuding sana tuding siniAir mataAdakah ada pengaruh di mahkamah
Buffet Ramadhan 2022 Di Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2022 Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 530 hits
Buffet Ramadhan 2022 di Johor Bahru Senarai buffet Ramadhan di hotel restoran cafe di sekitar Johor Bahru untuk rujukan para pembaca blog herneenazir com BUFFET The post appeared first on
Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

Sam Ke Ting Dibenarkan Tangguh Hukuman Atau Tidak Akan Diketahui Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 152 hits
Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6 000 terhadap Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak dalam kejadian lima tahun lalu Sam Ke...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City