Jemaah Menteri Akan Nasihat Agong Mengenai Lanjutan Darurat Kata Takiyuddin



(FMT) – Jemaah menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang), Takiyuddin Hassan.
Katanya, baginda bertindak atas nasihat Kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika darurat diisytiharkan pada bulan Januari bagi menangani Covid-19.
“Pejabat ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa sekiranya Proklamasi Darurat yang kini berkuat kuasa diangkat, maka tiada apa-apa yang dapat menghalang sebarang Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri yang sebelum ini tertangguh daripada diadakan,” kata kenyataan itu.
Susulan itu, katanya, kini hanya Agong yang mempunyai budi bicara sama ada keadaan darurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos 2021 perlu diteruskan atau tidak.
“Sebagaimana dimaklumi bahawa Proklamasi Darurat yang telah diisytiharkan pada 11 Januari 2021 oleh Agong yang bertindak di atas nasihat jemaah menteri selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah atas asas tanggungjawab utama dan khusus Kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 bagi memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat di dalam negara ini dapat terus dipelihara.
“Oleh yang demikian, persoalan sama ada darurat yang akan tamat pada tarikh tersebut diteruskan atau tidak atas budi bicara Agong seperti dibangkitkan tidak seharusnya timbul,” katanya.
Noor Hisham dipetik dalam laporan Malay Mail semalam sebagai berkata bahawa setelah darurat ditamatkan, tiada apa-apa yang akan dapat menghalang tiga pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.
Jelas Takiyuddin, selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan untuk terus memfokuskan kepada tindakan-tindakan yang khusus dan tepat bagi mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dengan lebih efektif, maka adalah menjadi tanggungjawab jemaah menteri untuk terus menasihati Agong selaku ketua negara dalam membuat keputusan mengenai darurat.
“Ia setelah mengambil kira semua keadaan semasa serta faktor-faktor berkaitan termasuk keselamatan orang ramai, aspek sosial dan ekonomi negara.
“Kerajaan memberi jaminan bahawa kesemua mekanisme yang wujud di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara akan diikuti di dalam membuat apa-apa keputusan mengenai darurat,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/12/jemaah-menteri-akan-nasihat-agong-mengenai-lanjutan-darurat-kata-takiyuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Lanjut Atau Tamatkan Darurat Bukan Di Tangan Jemaah Menteri Yb Takiyuddin

Kuasa Lanjut Atau Tamatkan Darurat Bukan Di Tangan Jemaah Menteri Yb Takiyuddin

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 315 hits
Oleh Isham Jalil Semalam Menteri Undang undang Takiyuddin Hassan berkata Jemaah Menteri yang akan menasihati Agong dan menentukan sama ada darurat akan ditamatkan atau dilanjutkan Takiyuddin berkata Menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untu...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 213 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 594 hits
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hasan mengenai Jemaah Menteri akan menasihati Yang di Pertuan Agong samada darurat perlu dilanjutkan atau tidak sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan T...
Agong Boleh Tetap Tarikh Parlimen Bersidang Tanpa Nasihat Pm Kata Khalid

Agong Boleh Tetap Tarikh Parlimen Bersidang Tanpa Nasihat Pm Kata Khalid

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 295 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa menetapkan tarikh sesuai untuk Parlimen bersidang semula tanpa perlu mendapatkan nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kata Khalid Samad Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Penam...
Ini Jemaah Menteri Bekerja Paling Tenang Kata Annuar

Ini Jemaah Menteri Bekerja Paling Tenang Kata Annuar

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 318 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menegaskan dakwaan yang mengatakan kerajaan PN gagal disebabkan anggota Jemaah Menterinya adalah tidak berasas PETALING JAYA Meskipun menerima pelbagai kritikan dan datang daripada parti yang bertelag...
Terkini Akhirnya Perdana Menteri Keluar Kenyataan Mengenai Titah Agong

Terkini Akhirnya Perdana Menteri Keluar Kenyataan Mengenai Titah Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 515 hits
inforakyat netKerajaan mengambil maklum titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sepertimana yang terkandung dalam kenyataan lstana Negara pada 16 Jun 2021 Dalam sesi sesi menghadap ke atas KDYMM Seri Paduka Baginda Y...
Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

Pilihan Raya Boleh Diadakan 60 Hari Selepas Darurat Tamat Atau Oktober Kata Pegawai Kit Siang

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 347 hits
Mengikut interprestasi Ordinan Darurat 2021 Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri perlu diadakan 60 hari selepas ordinan itu tamat Setiausaha politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri Syahredzan Johan berkata pada asalnya ordinan itu tidak...
Darurat Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong

Darurat Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 422 hits
Ianya selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan KUALA LUMPUR Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk meneruskan peranannya menasihati Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selaku ketua nega...
Ada Apa Dengan Lanjutan Darurat

Ada Apa Dengan Lanjutan Darurat

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 160 hits
AHMAD HAFIZI Persoalan sama ada darurat yang akan tamat pada 1 8 2021 akan diteruskan atau tidak atas budi bicara Agong tidak seharusnya timbul Jemaah menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad ...
Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu