Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong



Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hasan mengenai Jemaah Menteri akan menasihati Yang di-Pertuan Agong samada darurat perlu dilanjutkan atau tidak, sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menimbulkan pelbagai tanda tanya yang sukar dijawab.
Menurut Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, jawatankuasa tersebut sepatutnya berperanan menasihati Agong sebagaimana tujuan penubuhannya di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, dan bukannya Jemaah Menteri sepertimana pada waktu bukan darurat.
“Pada 12 Januari lalu Perdana Menteri mengumumkan darurat berkuatkuasa. Hal ini setelah Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan nasihat Jemaah Menteri yang disampaikan oleh Perdana Menteri dan sesuai Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi diisytiharkan Proklamasi Darurat. Seterusnya pada 14 Januari, Ordinan Darurat dibuat dan berkuatkuasa.
“Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat diperuntukkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat. Dengan penubuhan itu kerajaan telah membuat pengecualian untuk jawatankuasa tersebut menasihati Agong mengenai darurat.
“Jawatankuasa ini memikul tanggungjawab yang sangat jelas dan spesifik iaitu “menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat atau penamatannya”. Dan sehingga sekarang jawatankuasa itu masih wujud serta berfungsi menjalankan tugas dengan matlamat akhirnya mempersembahkan laporan kepada Agong.
“Oleh itu, kenyataan Menteri Takiyuddin semalam amat mengelirukan, sekaligus menimbulkan banyak persoalan,” kata Saifuddin dalam kenyataan, hari ini.
Bagi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu, sekiranya selepas Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ditubuhkan maka Jemaah Menteri masih berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong, maka apakah keperluannya jawatankuasa berkenaan diteruskan kewujudannya.
“Apakah fungsi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat untuk menasihati Agong tentang tarikh darurat ditamat atau disambung kini diambilalih oleh Jemaah Menteri?
“Apakah ini bermaksud ketika darurat berjalan di bawah Ordinan Darurat sekalipun, kuasa Jemaah Menteri menasihati Agong mengikut Perlembagaan Persekutuan dianggap terpakai termasuk dalam perkara menamatkan atau melanjutkan tempoh darurat?
“Jika itu benar apa keperluan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat ini diwujudkan?” tanya Saifuddin.
Oleh itu, beliau mengesa Menteri Takiyuddin segera memberi penjelasan agar rakyat tidak terkeliru dengan situasi terbaharu ini.
“Sebagai seorang ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong saya ingin memohon Takiyuddin segera tampil memberikan penjelasan.
“Hal ini akan membantu saya untuk membuat keputusan bersabit kedudukan dan peranan saya dalam jawatankuasa ini,” katanya lagi.
Semalam, Takiyuddin berkata, menjadi tanggungjawab jemaah menteri untuk terus menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.
Katanya, keputusan dibuat setelah mengambil kira semua keadaan semasa serta faktor-faktor berkaitan termasuk keselamatan orang ramai, aspek sosial dan ekonomi negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32323

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Menteri Akan Nasihat Agong Mengenai Lanjutan Darurat Kata Takiyuddin

Jemaah Menteri Akan Nasihat Agong Mengenai Lanjutan Darurat Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 198 hits
Jemaah menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan Katanya baginda bertindak atas nasi...
Kuasa Agong Mengatasi Pm Jemaah Menteri Sewaktu Darurat

Kuasa Agong Mengatasi Pm Jemaah Menteri Sewaktu Darurat

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 269 hits
Kerajaan Perikatan Nasional mungkin tidak mempunyai alasan kukuh untuk melengah lengahkan membuka semula sidang Parlimen selepas Yang di Pertuan Agong bertitah pada 16 Jun lalu agar memanggil sidang pada kadar segera Bagi ADUN Permatang Pas...
Kuasa Lanjut Atau Tamatkan Darurat Bukan Di Tangan Jemaah Menteri Yb Takiyuddin

Kuasa Lanjut Atau Tamatkan Darurat Bukan Di Tangan Jemaah Menteri Yb Takiyuddin

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh Isham Jalil Semalam Menteri Undang undang Takiyuddin Hassan berkata Jemaah Menteri yang akan menasihati Agong dan menentukan sama ada darurat akan ditamatkan atau dilanjutkan Takiyuddin berkata Menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untu...
Darurat Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong

Darurat Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 380 hits
Ianya selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan KUALA LUMPUR Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk meneruskan peranannya menasihati Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selaku ketua nega...
Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Dalam Pertemuan Lebih Sejam

Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Dalam Pertemuan Lebih Sejam

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 246 hits
Firdaus Azil Hasimi MuhamadMuhyiddin selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8 56 pagi Astro AWANI Hasimi Muhamad KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yas...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 175 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Ini Jemaah Menteri Bekerja Paling Tenang Kata Annuar

Ini Jemaah Menteri Bekerja Paling Tenang Kata Annuar

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 283 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menegaskan dakwaan yang mengatakan kerajaan PN gagal disebabkan anggota Jemaah Menterinya adalah tidak berasas PETALING JAYA Meskipun menerima pelbagai kritikan dan datang daripada parti yang bertelag...
Anwar Bentang Pandangan Jangkitan Covid Isu Darurat Kepada Agong

Anwar Bentang Pandangan Jangkitan Covid Isu Darurat Kepada Agong

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 316 hits
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai bertemu Yang di Pertuan Agong sejam lalu Beliau yang melakukan sidang media sebaik sahaja keluar dari Pintu 2 Istana Negara memberitahu pertemuan bersama Agong mengambil m...
Apa Fungsi Darurat Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang Kebal

Apa Fungsi Darurat Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang Kebal

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 283 hits
Lim Menuduh Kerajaan Penjenayah20 Mei 2021 Satu Malaysia bercelaru apabila Ketua Menteri DAP Pulau Pinang dan Bekas KM DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat tidak memberikan kebenaran vaksin untuk rakyat Pulau Pinang Kerajaan DAP Pulau Pi...
All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini