Darurat Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong


 azrulhakimie
Ianya selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk meneruskan peranannya menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku ketua negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata ini selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan memfokuskan langkah khusus dan tepat bagi mencegah, memerangi serta mengurangkan risiko kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat secara efektif.
“Ia (nasihat kepada Seri Paduka) setelah mengambil kira semua keadaan semasa serta faktor-faktor berkaitan termasuk keselamatan orang ramai, aspek sosial dan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan berkenaan susulan laporan media yang memetik Ketua Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai berkata sekiranya Proklamasi Darurat yang kini berkuat kuasa diangkat, maka tiada apa yang dapat menghalang Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sebelum ini tertangguh, daripada diadakan.
Dr Noor Hisham turut dilapor menyatakan bahawa kini hanya Al-Sultan Abdullah mempunyai budi bicara sama ada keadaan darurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos ini perlu diteruskan atau tidak.
Darurat diisytiharkan untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Pada 8 Mei, Bernama melaporkan Dr Noor Hisham berkata dengan adanya Ordinan Darurat, sebanyak tiga PRK tidak diadakan iaitu PRK Batu Sapi, Bugaya dan Gerik, selain PRN Sarawak.
Di bawah Ordinan Darurat, Pilihan Raya Umum (PRU), PRN dan PRK tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.
Sementara itu, Takiyuddin berkata kerajaan memberi jaminan bahawa kesemua mekanisme yang wujud dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara akan diikuti dalam membuat apa-apa keputusan mengenai darurat.
Katanya Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Al-Sultan Abdullah atas nasihat Jemaah Menteri sebelum ini, adalah selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan merupakan asas tanggungjawab utama serta khusus kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 bagi memastikan kepentingan dan keselamatan rakyat terus dipelihara.
“Oleh yang demikian, persoalan mengenai sama ada darurat yang akan tamat pada tarikh tersebut diteruskan atau tidak atas budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang dibangkitkan, tidak seharusnya timbul,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/darurat-kerajaan-teruskan-peranan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 575 hits
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hasan mengenai Jemaah Menteri akan menasihati Yang di Pertuan Agong samada darurat perlu dilanjutkan atau tidak sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan T...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 184 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Anwar Bentang Pandangan Jangkitan Covid Isu Darurat Kepada Agong

Anwar Bentang Pandangan Jangkitan Covid Isu Darurat Kepada Agong

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 335 hits
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai bertemu Yang di Pertuan Agong sejam lalu Beliau yang melakukan sidang media sebaik sahaja keluar dari Pintu 2 Istana Negara memberitahu pertemuan bersama Agong mengambil m...
Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 280 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata isu pembentukan kerajaan baru tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara hari ini Presiden PKR itu berkata beliau merayu Sultan Abdulla...
Kerajaan Darurat Milik Siapa

Kerajaan Darurat Milik Siapa

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 249 hits
Perbincangan Khas Raja Raja Melayu akan diadakan pada 16 Jun Perbincangan Khas Raja Raja Melayu bincang usaha perangi penularan COVID 19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat Istana Negara
Jumpa Agong Bincang Pandemik Covid19 Dan Darurat Titm

Jumpa Agong Bincang Pandemik Covid19 Dan Darurat Titm

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 308 hits
Saya mewakili Presiden Parti Islam Se Malaysia yang kini masih dirawat di IJN untuk menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebentar tadi Perbincangan berlangsung hampir satu jam berkisar perkembangan isu COVID 19 darurat ...
Benarkah Menukar Kerajaan Ketika Covid19 Dan Darurat Lebih Membawa Kesusahan Kepada Rakyat

Benarkah Menukar Kerajaan Ketika Covid19 Dan Darurat Lebih Membawa Kesusahan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 236 hits
Banyak pihak ternampak tidak setuju pertukaran kerajaan dilakukan ketika pandemik Covid19 sedang melanda negara sepertimana sekarang ini Berikutan itu meskipun UMNO yang ketika ini menunjangi sokongan terhadap kerajaan PN dan dalam masa yan...
Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

Kita Dah Lapor Kerajaan Gagal Sekarang Serah Pada Agong Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 389 hits
freemalaysiatoday com June 9 2021 5 45 PMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berharap pada Sultan Abdullah kerana wakil mereka tidak dapat bersidang di Parlimen ekoran darurat PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong sudah dimaklumk...
Jemaah Menteri Akan Nasihat Agong Mengenai Lanjutan Darurat Kata Takiyuddin

Jemaah Menteri Akan Nasihat Agong Mengenai Lanjutan Darurat Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 207 hits
Jemaah menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan Katanya baginda bertindak atas nasi...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Dah Kahwin Mulut Jangan Puaka Suami Isteri Bergaduh Bila Suka Cakap Lepas

Beruntungnya Penuh Satu Beg Datin Atikah Suhaime Dapat Barang Kemas Dari Mentua

Ini Kata A Kadir Jasin

Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis