Seni Kaligrafi Cina Tamil Telah Lama Dilaksanakan Di Sekolah Kata Nutp


FMT ReportersSetiausaha Agung NUTP Harry Tan berkata, pengenalan seni tulisan jawi adalah bertujuan untuk menerapkan nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara dan tidak wajar dijadikan isu sehingga mengundang kontroversi.
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini berkata, selain tulisan jawi, murid sekolah telah mengenali seni tulisan Cina dan Tamil sejak ia dilaksanakan kepada murid Tahun 1 pada 2011.

“Untuk makluman murid telah mula mengenali seni tulisan jawi, seni tulisan Cina dan seni tulisan Tamil sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan kepada murid Tahun 1 mulai tahun 2011 dan pada tahun 2015, dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 5 untuk sekolah jenis kebangsaan di bawah tema ‘Menghargai Budaya Bangsa’,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Harry Tan berkata, pengenalan seni tulisan jawi adalah bertujuan untuk menerapkan nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara dan tidak wajar dijadikan isu sehingga mengundang kontroversi.

Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun semakan KSSR Tahun 4, justeru meminta supaya proses itu dibenarkan dijalankan oleh golongan profesional bagi mencari jalan supaya pembelajaran seni tulisan itu tidak membebankan murid di samping memupuk gaya penulisan yang indah.

Kenyataan Harry muncul berikutan kontroversi yang tercetus berhubung langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan jawi dalam subjek bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah jenis kebangsaan baru-baru ini.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan.Berikutan bantahan banyak pihak, termasuk pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mempertahankan langkah itu dengan berkata, ia bertujuan menerapkan nilai warisan bahasa Melayu sejajar dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.

“Perancangan tulisan khat ini dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014. Usaha ini juga melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar bahasa dan pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu Dong Jiao Zong berkata, ia tidak membantah usaha kerajaan melaksanakan interaksi kebudayaan antara pelbagai kaum, sebaliknya mempersoalkan kaedah yang digunakan oleh pihak kementerian dalam isu itu.

Berikutan mesyuaratnya hari ini Dong Jiao Zong meminta Kementerian Pendidikan menangguhkan pelaksanaan langkahnya itu.

Dalam satu kenyataan bersama dengan 10 kumpulan berkepentingan Tamil dan Cina lain ia berkata, kementerian perlu memberi penjelasan lanjut bahawa murid sekolah tidak akan menjalani ujian berdasarkan kemahiran menulis khat semasa peperiksaan walaupun ia dimasukkan dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) dan sukatan pelajaran.

Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen, meminta kementerian berkenaan mendedahkan bahagian mana dalam silibus dan DSKP yang akan dipinda dengan memberi penjelasan lanjut tentang bagaimana tulisan jawi akan diperkenalkan di sekolah rendah Tamil dan Cina.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/seni-kaligrafi-cina-tamil-telah-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 448 hits
Sumber dari Google dan MalaysiaKiniBerhubung isu pengenalan tulisan jawi dan seni khat di sekolah vernakular pengenalan tersebut mendapat tentangan dari Gabungan jawatankuasa Sekolah Cina kerana menganggap pengenalan berkenaan adalah satu b...
Jangan Laksana Dulu Seni Khat Kata Kumpulan Pendidikan Cina

Jangan Laksana Dulu Seni Khat Kata Kumpulan Pendidikan Cina

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 395 hits
August 5 2019 2 18 PMPresiden Jiao Zong Ong Chiow Chuen Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim ketika sidang media bersama hari ini KAJANG Kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong hari ini mengulangi pendirian mereka terhadap langkah keraj...
Telefilem Tidak Burukkan Sekolah Tahfiz Kata Penerbit

Telefilem Tidak Burukkan Sekolah Tahfiz Kata Penerbit

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 393 hits
Telefilem tidak burukkan sekolah tahfiz kata penerbit Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Aug 2019 12 37PM
Tulisan Khat Mca Hasut Orang Cina Apa Kata Pas

Tulisan Khat Mca Hasut Orang Cina Apa Kata Pas

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 539 hits
Ini terjemahan 10 kenyataan mandarin pemimpin pemimpin MCA di seluruh negara beberapa hari ini MCA sengaja mengeluarkan kenyataan dalam bahasa mandarin supaya orang Cina dihasut habis habisan dan pada masa yang sama masyarakat Melayu tidak ...
Khat Untuk Nilai Warisan Dan Identiti Negara Kata Nutp

Khat Untuk Nilai Warisan Dan Identiti Negara Kata Nutp

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 416 hits
Khat untuk nilai warisan dan identiti negara kata NUTP Dikemas kini 22 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Aug 2019 10 40PM
Drama Terbaru Sekolah Tahfiz Sebagai Pusat Amalan Gay Lgbt Apa Kata Anda

Drama Terbaru Sekolah Tahfiz Sebagai Pusat Amalan Gay Lgbt Apa Kata Anda

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 720 hits
Tahfiz Gay Apakah itu yang cuba disampaikan oleh drama demituhanakubersaksi terbitan Prokuya Studios Menurut FB rasmi penerbit ini drama ini mengisahkan pengamal LGBT yang belajar di sekolah Tahfiz Tahun lepas kita baru sahaja diusik dengan...
Janji Mungkir 6 Dekad Punca Orang Cina Marah Isu Khat Kata Guan Eng

Janji Mungkir 6 Dekad Punca Orang Cina Marah Isu Khat Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 394 hits
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata kemarahan orang bukan Melayu terhadap langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan khat jawi kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular menu...
Pembelajaran Tulisan Jawi Tidak Realistik Di Sekolah Tamil Menteri Perpaduan

Pembelajaran Tulisan Jawi Tidak Realistik Di Sekolah Tamil Menteri Perpaduan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 574 hits
Di alam baru ini terdapat banyak perkara untuk diajar kepada pelajar Jadi bagi saya memperkenalkan tulisan jawi di Sekolah Tamil merupakan satu perkara yang tidak perlu demikian kata Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial P Waythamoorth...
Hantar Ke Sekolah Aliran Cina Anak Kuasai Mandarin Tapi Pastikan Bersedia 5 Perkara Ini

Hantar Ke Sekolah Aliran Cina Anak Kuasai Mandarin Tapi Pastikan Bersedia 5 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 338 hits
Menghantar anak ke sekolah aliran cina menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa masa kini Kelebihannya ialah si kecil boleh membaca dan menulis bahasa Mandarin dengan baik Seperti Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al Masrie memilih untuk menghantar anak...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet