Halang Seni Khat Dalam Silibus Sjk Ganggu Sistem Pendidikan
siti hafidah DAP bantah cadangan KPM perkenal seni kaligrafi dalam kurikulum
BANGI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diingatkan agar tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu atas nama kepentingan politik, berhubung syor memperkenalkan penulisan khat dalam kurikulum Bahasa Melayu Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan segelintir pihak yang membantah cadangan baik dari KPM, dilihat seolah-olah menggugat kewibawaan bahasa Melayu dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
“Menggunakan sentimen politik tanpa kewarasan akan menghalang usaha memupuk perpaduan dan intergrasi nasional melalui wadah pendidikan,” katanya
Terdahulu, 138 pemimpin akar umbi parti tamak haloba DAP, termasuk 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menggesa anggota Kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular
Kumpulan itu mendakwa pengenalan tulisan khat merupakan usaha untuk melembagakan dan mempolitikkan tulisan Jawi
Mengulas perkara itu, Ustaz Azizee berkata, seni khat adalah seni keindahan tulisan seperti kaligrafi Cina dan tulisan India atau mana-mana bahasa di dunia
“Seni khat adalah seni penulisan jawi yang sememangnya berkait rapat dengan keunikan bahasa Melayu. Di peringkat sekolah kebangsaan lagi, murid-murid telah diperkenalkan subjek Bahasa Cina dan mereka mempelajari kaligrafi Cina
“Sementara di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) juga diperkenalkan subjek Bahasa Cina dan tiada halangan untuk kaum lain mempelajari kaligrafi Cina sebagai satu seni keindahan tulisan,” katanya
Pada masa sama, katanya, langkah ini bersesuaian dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan usaha memartabatkan serta mengukuhkan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan sebagaimana termaktub di dalam Dasar Bahasa Kebangsaan
iGuru turut bersependapat dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bahawa pengajaran ini dapat meluaskan pengetahuan para murid mengenai jenis-jenis tulisan kaligrafi yang ada di dunia ini seperti Barat (western), Timur (oriental) dan Arab (arabic)
“Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menulis tulisan cantik dengan pelbagai bentuk, di samping menerapkan seni estetika dan aspek keseronokan dalam pembelajaran,” katanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/halang-seni-khat-dalam-silibus-sjk.html