Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang



Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menangani pandemik COVID-19 di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu-satunya negara yang melaksanakan perintah itu, kata pakar undang-undang Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah.
Beliau berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.
Peguam kanan itu berkata walaupun ada yang berpendapat ia bertentangan dengan prinsip demokrasi, keperluan untuk menyelamatkan nyawa menjadi keutamaan.
“Pada pendapat saya, pengisytiharan itu perlu kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi memadai untuk membendung penularan virus yang semakin buruk kerana akta itu memerlukan prosedur yang mungkin memakan masa dan keputusannya melibatkan perbincangan yang panjang.
“Ia tidak menyediakan remedi yang cepat dan efisien. Pengisytiharan darurat adalah penting. Sebagai contoh, dengan deklarasi perintah itu, hospital swasta kini boleh diarahkan mengambil kes-kes COVID-19. Ini hanyalah satu contoh pihak eksekutif boleh memberi arahan tanpa memerlukan proses birokrasi,” katanya kepada Bernama.
“Dalam keadaan sekarang apabila negara berhadapan dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta-merta. Mereka yang fikir bahawa darurat ini bermotifkan politik, pandangan mereka itu adalah salah. Malah, ia dilihat mencabar kuasa Agong yang secara jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan,” katanya.
Berkongsi sentimen yang sama, peguam Muhammad Akram Abdul Aziz berkata kes COVID-19 meningkat setiap hari kebelakangan ini, sekiranya pengisytiharan darurat boleh menstabilkan keadaan politik semasa di Malaysia sambil menangani kes-kes, maka ia merupakan langkah yang baik.
“Bagaimanapun, ia adalah sebahagian daripada prerogatif Yang di-Pertuan Agong seperti dinyatakan dalam Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan. Ia mungkin menjadi isu daripada perspektif ahli politik tempatan, kerana ada yang menganggap proklamasi darurat ini adalah cara melindungi kerajaan sedia ada berbanding untuk membendung peningkatan kes COVID-19.
“Pada masa ini, orang ramai masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa (semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan), jadi dapat dikatakan bahawa proklamasi darurat bukanlah masalah kepada kebanyakan rakyat Malaysia,” katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, semasa tempoh darurat ini semua Ahli Parlimen perlu mengutamakan rakyat berbanding isu lain.
Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa kerajaan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan institusi kewangan berhenti mengejar penghutang sekurang-kurangnya sehingga darurat ini tamat.
“Di bawah ordinan darurat, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan hotel atau bangunan lain untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Kaedah sama juga perlu digunakan kepada bank-bank agar orang ramai dapat melihat manfaat daripada perintah darurat,” katanya.
Pada 12 Jan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat yang berkuat kuasa hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 yang semakin serius di Malaysia.
— BERNAMA

The post Jangan jadikan darurat satu isu, bebaskan Malaysia daripada COVID-19 dahulu – Pakar undang-undang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/28/jangan-jadikan-darurat-satu-isu-bebaskan-malaysia-daripada-covid-19-dahulu-pakar-undang-undang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jangan-jadikan-darurat-s

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Jadikan Darurat Satu Isu

Jangan Jadikan Darurat Satu Isu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 260 hits
BH ONLINE Gambar hiasan Foto BERNAMA KUALA LUMPUR Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong bagi menangani pandemik COVID 19 tidak wajar dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu satunya negara yang melaksanakan perint...
Kah Salah Satu Benda Ajaib Di Dunia Ialah Slogan Malaysia Boleh Jadi Jangan Hairan Sangat

Kah Salah Satu Benda Ajaib Di Dunia Ialah Slogan Malaysia Boleh Jadi Jangan Hairan Sangat

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 384 hits
Gempar Syarikat buat tiang keluli lampu jalan dapat kebenaran edar vaksin Covid 19 February 1 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan bagaimana syarikat yang terlibat dalam pembuatan tiang keluli untuk lampu jalan mendakwa mendapat...
Covid 19 Kegagalan Malaysia Memalukan

Covid 19 Kegagalan Malaysia Memalukan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 204 hits
Di negara lain penguatkuasaan mungkin lebih longgar selain sistem ekonomi dan sosial dibuka terlalu cepat Tidak ketinggalan kadar kepatuhan rakyat dan orang ramai yang mula melakukan perjalanan ke sana ke mari menyebabkan virus mudah mereba...
Pakar Perlembagaan Didakwa Manipulasi Tafsiran Ordinan Darurat

Pakar Perlembagaan Didakwa Manipulasi Tafsiran Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 178 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONAngkatan Wanita AMANAH Nasional menyangkal dakwaan pakar perlembagaan Dr Shamrahayu Abd Aziz yang telah memanipulasi tafsiran Perlembagaan Persekutuan serta Ordinan Darurat 2021 terhadap soal penggantungan Parlimen dan...
Pakai Tenda Tni Rs Lapangan Darurat Covid 19 Di Solo Tahan Cuaca Ekstrem

Pakai Tenda Tni Rs Lapangan Darurat Covid 19 Di Solo Tahan Cuaca Ekstrem

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 183 hits
Bahkan lanjut Rano rumah sakit lapangan seperti yang ada di Vastenburg tersebut pernah diujicobakan di gurun maupun di daerah daerah bersalju
Covid 19 Di Malaysia Diramal Teruk

Covid 19 Di Malaysia Diramal Teruk

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 250 hits
MINGGU lalu rakyat di negara ini menerima khabar menggembirakan apabila Malaysia dilaporkan akan mendapat bekalan sebanyak 12 8 juta dos vaksin Covid 19 bagi menampung keperluan imunisasi untuk 6 4 juta rakyat Malaysia Vaksin tersebut difah...
Pkp Darurat Melawan Covid 19 Untuk Keselamatan Diri Negara Titah Agong

Pkp Darurat Melawan Covid 19 Untuk Keselamatan Diri Negara Titah Agong

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 293 hits
On Jan 31 2021 Perintah Kawalan Pergerakan dan darurat yang dilaksanakan untuk melawan Covid 19 demi kepentingan dan keselamatan rakyat serta negara titah Yang di Pertuan Agong Agong menasihati rakyat supaya terus bertenang tabah dan cekal ...
Pkp Tidak Lanjut Mengapa Darurat Diperlukan Lawan Covid

Pkp Tidak Lanjut Mengapa Darurat Diperlukan Lawan Covid

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 356 hits
Rakyat keliru berhadapan pengumumam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru baru ini bahawa Perintah Kawalan Pergerakan tidak perlu dilanjutkan di bulan Februari Menurut mantan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tindaka...
Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

Sudah Isytihar Darurat Mengapa Kerajaan Hospital Masih Berunding Harga Rawatan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 227 hits
Walaupun darurat sudah diisytiharkan kata PKR kerajaan Perikatan Nasional dilihat masih gagal menguruskan isu pembabitan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta untuk membantu rakyat Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata dalam keadaan ...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penemuan Kapal Yg Hilang Selama Beabad Abad Di Jumpai Di Tengah Padang Pasir

Macc Must Act Impartially Says C4 After Reporter S Arrest

Give Fahmi The Boot For Failing Pas Member Urges Pm

Help Those In Need Say National Leaders In Ramadan Greetings

Buku Kecil Ramadan Panduan Ramadan Puasa Dan Tarawih

Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025