Jangan Jadikan Darurat Satu Isu


BH ONLINE Gambar hiasan. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menangani pandemik COVID-19, tidak wajar dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu-satunya negara yang melaksanakan perintah itu.
Pakar Undang-Undang, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah, berkata negara lain seperti New Zealand, Jepun, Australia, Perancis, Finland dan Indonesia turut mengambil langkah sama.
Peguam kanan itu berkata, walaupun ada yang berpendapat ia bertentangan dengan prinsip demokrasi, keperluan untuk menyelamatkan nyawa menjadi keutamaan.
"Pada pendapat saya, pengisytiharan itu perlu kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak lagi memadai membendung penularan virus yang semakin buruk kerana akta itu memerlukan prosedur yang mungkin memakan masa dan keputusannya membabitkan perbincangan yang panjang.
"Ia tidak menyediakan remedi yang cepat dan efisien. Pengisytiharan darurat adalah penting. Sebagai contoh, dengan deklarasi perintah itu, hospital swasta kini boleh diarahkan mengambil kes COVID-19. Ini hanyalah satu contoh pihak eksekutif boleh memberi arahan tanpa memerlukan proses birokrasi," katanya kepada Bernama.
"Dalam keadaan sekarang apabila negara berhadapan dengan pandemik yang semakin parah, keputusan perlu dibuat serta-merta. Mereka yang fikir bahawa darurat ini bermotifkan politik, pandangan mereka itu adalah salah. Malah, ia dilihat mencabar kuasa Agong yang secara jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan," katanya.
Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz pula berkata, kes COVID-19 meningkat setiap hari sejak kebelakangan ini dan jika pengisytiharan darurat boleh menstabilkan keadaan politik semasa di Malaysia sambil menangani kes-kes, maka ia adalah langkah yang baik.
"Bagaimanapun, ia adalah sebahagian daripada prerogatif Yang di-Pertuan Agong seperti dinyatakan dalam Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan. Ia mungkin menjadi isu daripada perspektif ahli politik tempatan, kerana ada yang menganggap proklamasi darurat ini adalah cara melindungi kerajaan sedia ada berbanding untuk membendung peningkatan kes COVID-19.
"Pada masa ini, orang ramai masih menjalankan kehidupan harian seperti biasa (semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan), jadi dapat dikatakan bahawa proklamasi darurat bukanlah masalah kepada kebanyakan rakyat Malaysia," katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian pula berpendapat, semasa tempoh darurat ini semua Ahli Parlimen perlu mengutamakan rakyat berbanding isu lain.
Sementara itu, Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa kerajaan menggunakan kuasanya untuk mengarahkan institusi kewangan berhenti mengejar penghutang sekurang-kurangnya sehingga darurat ini tamat.
"Di bawah ordinan darurat, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan hotel atau bangunan lain untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin. Kaedah sama juga perlu digunakan kepada bank supaya orang ramai dapat melihat manfaat daripada perintah darurat," katanya.
Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat yang berkuat kuasa hingga 1 Ogos ini sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 yang semakin serius. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/jangan-jadikan-darurat-satu-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 342 hits
Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong untuk menangani pandemik COVID 19 di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu satunya negara yang melaksanakan perintah itu kata pakar undang undan...
20 Minit Cukup Jadikan Anak Bijak Formulanya Jangan Layan Telefon Bimbit Masa Layan Anak

20 Minit Cukup Jadikan Anak Bijak Formulanya Jangan Layan Telefon Bimbit Masa Layan Anak

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 374 hits
Setiap ibu bapa mesti impikan anak anak yang bijak Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak pandai dan mudah di didik Dr Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan ...
Jangan Over Acting Dalam Isu Poligami

Jangan Over Acting Dalam Isu Poligami

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 393 hits
Penggunaan istilah POLIGAMI scam sangat keterlaluan Ia sekadar tidak mencukupi lengkapan pengurusan dan BUKANNYA melanggar syarat rukun nikah yang diwajibkan Mengagunakan istilah scam ITU sendiri lebih fasik dan bahaya dari ketidakcukupan p...
Kah Salah Satu Benda Ajaib Di Dunia Ialah Slogan Malaysia Boleh Jadi Jangan Hairan Sangat

Kah Salah Satu Benda Ajaib Di Dunia Ialah Slogan Malaysia Boleh Jadi Jangan Hairan Sangat

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 426 hits
Gempar Syarikat buat tiang keluli lampu jalan dapat kebenaran edar vaksin Covid 19 February 1 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan bagaimana syarikat yang terlibat dalam pembuatan tiang keluli untuk lampu jalan mendakwa mendapat...
Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

Guan Eng Dakwa Darurat Bolehkan Kerajaan Beri Tender Rundingan Terus

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 275 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa perintah darurat membolehkan perdana menteri meluluskan sebarang undang undang tanpa melalui Parlimen bahkan menangkap sesiapa yang tidak disukai Bahkan kontrak perolehan kerajaan yang besar juga d...
Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 353 hits
Seperti semua sedia maklum negara kini sedang dilanda pelbagai musibah antaranya wabak Covid 19 bencana banjir dan kemelut politik yang seakan akan tiada kesudahan Terbaru Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan semua ...
Darurat Talian Hayat Krisis Politik Muhyiddin

Darurat Talian Hayat Krisis Politik Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 312 hits
WACANA SHORTS 14 JANUARI 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar siri ke 225 bertajuk Darurat Kerajaan pilih jalan selamat bersama Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada 14 Januari 2021 UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI ht
Berita Video Rentasan 805 Ydpa Tolak Permohonan Pm 8 Isytihar Darurat Buat Pertama

Berita Video Rentasan 805 Ydpa Tolak Permohonan Pm 8 Isytihar Darurat Buat Pertama

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 273 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8051 POLITIKUS JANGAN BERGAYUT DI PAGAR ISTANA 2 DARURAT MENAFIKAN KEBEBASAN SIVIL 3 HADI KELUARKAN DALIL DALAM KESOMBONGAN
Darurat Dan Polemik Kewajarannya

Darurat Dan Polemik Kewajarannya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 202 hits
SELEPAS pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di enam negeri selama dua minggu bermula 13 Januari negara dikejutkan dengan pengisytiharan darurat oleh Yang di Pertuan Agong pada keesokannya atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Ya...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi