Pkp Tidak Lanjut Mengapa Darurat Diperlukan Lawan Covid



Rakyat keliru berhadapan pengumumam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru-baru ini bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak perlu dilanjutkan di bulan Februari.
Menurut mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, tindakan tidak meneruskan PKP itu pada ketika jangkitan Covid 19 masih belum melandai menimbulkan tanda tanya.
Katanya, apakah keperluan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat sebelum ini? Kemudian proklamasi darurat juga dikatakan untuk mengekang Covid. Apakah relevannya kedua-dua itu dikuatkuasakan?
“Apabila Ketua Pengarah sebut tidak akan disambung PKP – tidak tahu akan disambung PKPB dan sebagainya – tetapi pokoknya kita ingin tanya ketika mereka mereka buat PKP itu apa rasionalnya? Ketua Pengarah sebut kalau kita lanjutkan, akan menimbulkan kesan yang parah kepada ekonomi. Seolah-olah (kerajaan) tidak fikir, apa ukurannya (PKP) sebelum datangnya 4 Februari ini, dan (selepas itu) kita tidak boleh teruskan pula?
“Saya terbuka dalam hal ini. Bukan mahu menyokong Ketua Pengarah dan penghujahannya. Pokoknya saya nampak beliau amat tertekan.
“(Cuma dalam hal ini) kalaulah PKP tidak lagi diperlukan …. diadakan PKP dulu untuk kononnya (untuk membendung Covid), sehari PKP diumumkan, esoknya darurat pula. Darurat kononnya mahu kekang dan banteras penularan. Tiba-tiba Ketua Pengarah sebut tak perlu lanjut, jadi darurat macam mana?
“Kalau PKP tak perlu, yang itu (darurat) lagi tak perlu. Saya sebutkan dalam tweet saya PKP untuk menghalang rakyat bergerak, Ordinan Darurat pula untuk menghalang orang politik mengambil tindakan ke atas PM8 dan kerajaannya dari diperiksa keabsahannya,” kata Dr Dzul dalam siri siaran langsung Facebook bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, hakikatnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal memperbaiki kesiapsiagaan kesihatan awam ketika PKP Mac – Mei tahun lalu.
Katanya, sekiranya pelbagai langkah dan kempen yang berkesan dilakukan ketika itu, dan rakyat telah terdidik dengan SOP maka wabak Covid boleh dikawal hari ini.
Beliau juga memberi amaran bahawa vaksinasi yang sedang diusahakan kerajaan akan mengambil masa lama namun sepanjang tempoh itu kerajaan PN perlu melakukan langkah tertentu bagi memastikan tidak lebih banyak rakyat akan dijangkiti virus.
“Vaksin bukannya silver bullet. Kita perlu tahu setidaknya 18 bulan diperlukan (untuk menyuntik rakyat). Itu kalau kita mula pada bulan Mac. Tetapi untuk mencapai apa yang dikatakan di antara 75% ke 80% imunisasi masyarakat, ia memakan waktu 18 bulan.
“Sementara kita menyusun semua ini, apa akan berlaku kepada negara dan rakyat? Betul Pfizer telah mengeluarkan vaksin, Sinovac dan banyak pengeluar lain tetapi pengajarannya ialah jangan kita ambil mudah.
“Sebab itulah puncanya berlaku gelombang ketiga sehingga hari ini. Semasa gelombang kedua, dalam bulan 7 atau 8 lalu, sangat baik. Dua angka, satu angka setiap hari, tak ada jangkitan sehingga ada mengatakan Malaysia boleh survive tanpa vaksin. Begitu sekali optimisme kita.
“Tetapi sejurus kita lengah, cuai, kita terlalu awal merayakan kejayaan maka hari ini kita berdepan dengan tekanan kerana kita tidak menggunakan waktu lokcdown itu dengan baik,” katanya.
Selain itu, Dr Dzul turut mengkritik Prosidur Operasi Standard (SOP) rakyat dalam menjalani PKP
Ujar beliau, peraturan yang dikeluarkan seolah-olah tidak ditimbang dari sudut sains dan menjadi bahan perdebatan dalam kalangan masyarakat awam.
“Komunikasi strategik masyarakat keliru. Kadang kala SOP bertukar apabila waktu bertukar. Dalam rumah kita sekeluarga 5 – 6 orang, masuk kereta hanya boleh dua. Apa sainsnya? Virus itu fahamkah keadaan dalam rumah dan di luar?
“Satu masa dulu sampai pukul 8 (buka kedai). Seolah-olah 8.01 malam virus akan menyerang, atau macam mana? Jadi banyak perkara-perkara yang tidak ada sainsnya,” katanya lagi.
Dr Dzul menasihatkan kerajaan agar mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengeluarkan peraturan dan SOP. Lebih terbeban apabila peraturan berkenaan dilihat tidak logik dan membebankan rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31361

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Darurat Melawan Covid 19 Untuk Keselamatan Diri Negara Titah Agong

Pkp Darurat Melawan Covid 19 Untuk Keselamatan Diri Negara Titah Agong

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 292 hits
On Jan 31 2021 Perintah Kawalan Pergerakan dan darurat yang dilaksanakan untuk melawan Covid 19 demi kepentingan dan keselamatan rakyat serta negara titah Yang di Pertuan Agong Agong menasihati rakyat supaya terus bertenang tabah dan cekal ...
Covid Dan Darurat Memangsakan Pelajar

Covid Dan Darurat Memangsakan Pelajar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 171 hits
ZUBAIDI SUDINDah lama Malaysia ni dok bangga konon ada Cyberjaya dgn kemudahan internet fiber optik bla bla bla sejak 1990an tapi sampai ke hari ni INFRASTUKTUR INTERNET kita jauh ketinggalan berbanding Thailand dan Vietnam Majoriti Coverag...
90 Tak Puas Hati Dengan Cara Kerajaan Pn Lawan Covid 19

90 Tak Puas Hati Dengan Cara Kerajaan Pn Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 305 hits
MALAYSIA DATELINEKajian yang dibuat oleh portal berita The Malaysian Insight mendapati sembilan daripada 10 responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Perikatan Nasional mengawal pandemik Covid 19 Dalam tinjauan 24 jam...
3 000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin Covid 19 Di Malaysia

3 000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 316 hits
Bagi menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID 19 Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan 3 000 sukarelawan yang berusia sekurang kurangnya 18 tahun untuk menawarkan diri bagi ujian klinikal berkenaan Dalam satu hebahan media yang...
Lawan Covid 19 Makan Vitamin C Madu Lemon Setiap Hari

Lawan Covid 19 Makan Vitamin C Madu Lemon Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 437 hits
Hai pembaca kesayangan Virus corona yang mengakibatan penyakit covid19 ni dah tersebar merata rata sekarang ni Semakin ramai orang yang kita kenali atau kita ketahui dijangkiti penyakit ini Malah dikatakan virus ini akan lebih mengganas di ...
Pkp Penuh Mungkin Dilaksana Jika Kes Covid 19 Tidak Turun Menjelang 4 Februari Eurocham Malaysia

Pkp Penuh Mungkin Dilaksana Jika Kes Covid 19 Tidak Turun Menjelang 4 Februari Eurocham Malaysia

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 367 hits
Perintah Kawalan Pergerakan penuh dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi akan dilaksanakan sekiranya kes penularan pandemik Covid 19 gagal dikawal menjelang 4 Februari 2021
Kkm Rawatan Islam Perlu Buktikan Mampu Lawan Covid 19

Kkm Rawatan Islam Perlu Buktikan Mampu Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 190 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kaedah alternatif untuk merawat Covid 19 perlu ada bukti serta kajian yang kukuh Foto oleh Choo Choy MayKOTA BARU 31 Jan Draf pindaan terhadap Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 19...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah