Jangan Buat Prn Lagi Jika Tidak Kita Bertindak Balas Hadi Beri Amaran Kepada Umno



(FMT) – Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa PAS dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kekuatan tersendiri untuk bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan pilihan raya di Johor dan sebelum ini di Melaka.
Beliau turut menuduh kalangan pemimpin Umno sebagai “tidak bermaruah dan tidak betul” kerana mencetuskan PRN Johor, sekali gus mahu meminggirkan PAS.
Dalam rakaman video dimuat naik di Facebooknya, Hadi membayangkan PAS berkemungkinan bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan PRN di negeri kubu kuatnya.
“Kalau ada negeri yang Umno kuat, kita (juga) ada negeri yang PAS kuat, bahkan Bersatu ada Sabah. Kerajaan pusat (juga) didominasi oleh PN.
“Saya nak bagi tahu, Jangan buatlah PRN…kalau nak buat lagi, kita ada strategi (bertindak balas), kita akan buat. PAS ada kekuatan sendiri. PAS ada sejuta ahli. Ahli aktif 800,000,” katanya.
“Kalau Umno nak main strategi, sampai masa, kita juga akan buat strategi,” kata Hadi tanpa memberi butiran lanjut.
Ahli Parlimen Marang itu juga mengingatkan bahawa PAS “menyelamatkan” Umno-Barisan Nasional apabila ia tumbang pada pilihan raya lalu namun jasa itu dilupakan.
“Malangnya kita bukan nak ajar itik berenang tetapi (kita) selamatkan itik (yang) patah kaki pada PRU14. Malangnya bila kaki dah sembuh, dia nak berenang sendiri, nak tinggal kita. Jadi itu satu benda yang tidak bermaruah dan tidak betul,” kata Hadi.
Beliau juga berkata, PAS tidak akan “minta sedekah” kerusi daripada Umno untuk bertanding dalam PRN Johor tetapi kesal dengan apa yang didakwanya sebagai tawaran awal Umno.
“Belum ada perbincangan pun. Tetapi mereka nak bagi kita angin. Melaka…beri dua kerusi, Johor nak beri empat. Bukan kita minta sedekah, PAS bukan minta sedekah, PAS ada kekuatan sendiri,” katanya.
Hadi mendakwa strategi Umno mencetuskan PRN Johor dan sebelum ini di Melaka sebagai didalangi oleh pihak yang dikenali sebagai “kluster mahkamah” dalam parti itu.
“Strategi buat PRN negeri-negeri ini bukan strategi yang baik tetapi ia dilakukan, kita tahu yang buat strategi ini adalah ‘kluster mahkamah’, kluster yang kalah pada PRU14, kluster yang tiada jawatan.
“Bukan semua dalam Umno (bersetuju). ‘Kluster mahkamah’ ini…kalau kita ada maruah, lawan di mahkamah jangan susahkan rakyat. (Ini) nak selamatkan diri, susahkan rakyat,” kata beliau.
Kenyataan terbaharu Hadi itu membayangkan hubungan Umno-PAS semakin renggang selepas dua parti itu menubuhkan Muafakat Nasional pada 2019, setelah BN tumbang pada PRU14.
PAS dan Umno turut menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu bawah teraju Muhyiddin Yassin yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum itu.
Namun keakraban Umno-PAS tidak bertahan kerana Umno membantah usaha PAS membawa Bersatu menyertai MN. Bersatu adalah parti serpihan Umno.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/28/jangan-buat-prn-lagi-jika-tidak-kita-bertindak-balas-hadi-beri-amaran-kepada-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Beri Amaran Kepada Kluster Mahkamah Umno Bantah Strategi Cetus Prn

Hadi Beri Amaran Kepada Kluster Mahkamah Umno Bantah Strategi Cetus Prn

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 141 hits
Presiden PAS mengecam pemimpin Umno yang berdepan pertuduhan jenayah mengingatkan supaya mereka mempertahankan diri di mahkamah dan bukannya menyusahkan rakyat Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi polit...
Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 173 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi politik mencetuskan pilihan raya negeri didalangi kluster mahkamah Umno dalam sebuah kenyataan paling keras sejak Muafakat Nasional termeterai antara PAS dan parti k...
Prn Johor Pas Akan Bincang Kerjasama Dengan Umno Kata Tuan Ibrahim

Prn Johor Pas Akan Bincang Kerjasama Dengan Umno Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 180 hits
PRN Johor PAS akan bincang kerjasama dengan Umno kata Tuan Ibrahim PAS membayangkan akan mengadakan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan...
Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 236 hits
By January 19 2022GAMBAR HIASANTIADA apa yang mengejutkan apabila portal berita Malaysiakini menyiarkan kenyataan satu sumber UMNO yang menegaskan parti itu bukan sahaja yakin akan menang selesa jika Pilihan Raya Negeri Johor diadakan dalam...
Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 338 hits
SHAH ALAM PAS akan berbincang dengan UMNO bentuk kerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selain UMNO parti itu akan berbincang r...
Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 229 hits
agendaily com24 1 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahnya membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram hari ini Gambar A...
Menjelang Prn Johor Adakah Rakyat Bakal Hukum Umno

Menjelang Prn Johor Adakah Rakyat Bakal Hukum Umno

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 187 hits
ZAIRI SUBOHAdakah rakyat terus memberi mandat kepada Umno untuk terus memegang tampuk pemerintahan di Johor Sama sama kita nantikan Negara dan rakyat sekali lagi akan menghadapi PRN setelah penat lelah mereka ketika PRN Melaka pada November...
Prn Johor Umno Sudah Berani Derhaka Titah Sultan Johor

Prn Johor Umno Sudah Berani Derhaka Titah Sultan Johor

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 218 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini dengan tegas bertitah agar ahli politik berhenti berebut kuasa bagaimanapun nampaknya ia tidak diendahkan UMNO yang lebih mahu mementingkan kuasa dominan mereka Jika sebelum ini semasa...
Prn Johor Umno Yakin Menang Besar

Prn Johor Umno Yakin Menang Besar

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 261 hits
satuberita myBy January 22 2022 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMANUMNO Johor yakin akan menang besar dalam Pilihan Raya Negeri yang diadakan tidak lama lagi Pengerusi UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata parti akan meletakkan calon untuk juml...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul