Hadi Beri Amaran Kepada Kluster Mahkamah Umno Bantah Strategi Cetus Prn


Presiden PAS mengecam pemimpin Umno yang berdepan pertuduhan jenayah, mengingatkan supaya mereka mempertahankan diri di mahkamah dan bukannya menyusahkan rakyat. (Malaysia Now) – Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi politik mencetuskan pilihan raya negeri (PRN) didalangi “kluster mahkamah” Umno, dalam sebuah kenyataan paling keras sejak Muafakat Nasional (MN) termeterai antara PAS dan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Bercakap kepada media menjelang retreat yang akan dihadiri beliau bersama Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hujung minggu ini, beliau menyelar “strategi” mencetuskan PRN, mengatakan ia adalah percubaan untuk mengelak daripada pertuduhan jenayah yang dihadapi sebahagian pemimpin Umno.
“Kita tahu yang buat strategi ini adalah kluster mahkamah, kluster yang kalah PRU14, kluster yang tidak ada jawatan, bukan semua dalam Umno.”
Beliau menambah yang didakwa belum lagi disabitkan kesalahan, oleh itu mereka sepatutnya mempertahankan diri di mahkamah.
“Kalau kita ada moral, lawan di mahkamah, bukan susahkan rakyat, nak selamatkan diri, susahkan rakyat,” katanya.
Ketika ditanya apakah beliau kecewa dengan Umno yang menjalinkan kerjasama dengan PAS di bawah piagam MN yang termeterai pada 2019, Hadi menjawab “bukan seluruh Umno, kluster-kluster yang saya sebutkan.”
“Mereka inilah yang memainkan politik yang tidak sihat. Lepas Johor, nak buat di mana pula? Perak?” katanya.
Kluster mahkamah adalah istilah diberikan kepada pemimpin-pemimpin Umno yang kini berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini berdepan pelbagai pertuduhan membabitkan kes rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah.
Mereka juga turut menjadi dalang dalam menumbangkan pentadbiran Muhyiddin Yassin yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap beliau.
Dalam pada itu, Hadi turut berkata Umno tidak berterima kasih kepada PAS yang memberikan bantuan kepada parti utama BN itu selepas tumbang dari tampuk kerajaan pada 2018.
“Kita selamatkan itik yang patah kaki ini, bukan nak ajar berenang. Dia patah kaki.
“Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” kata ahli Parlimen Marang itu.
Hadi beri amaran kepada ‘kluster mahkamah’ Umno, bantah strategi cetus PRN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/28/hadi-beri-amaran-kepada-kluster-mahkamah-umno-bantah-strategi-cetus-prn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Buat Prn Lagi Jika Tidak Kita Bertindak Balas Hadi Beri Amaran Kepada Umno

Jangan Buat Prn Lagi Jika Tidak Kita Bertindak Balas Hadi Beri Amaran Kepada Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 190 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa PAS dan Perikatan Nasional mempunyai kekuatan tersendiri untuk bertindak balas terhadap strategi Umno mencetuskan pilihan raya di Johor dan sebelum ini di Melaka Beliau turut menuduh kalan...
Pemimpin Umno Lawat Kawasan Ph Cetus Spekulasi Prn Johor

Pemimpin Umno Lawat Kawasan Ph Cetus Spekulasi Prn Johor

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 266 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tanda tanda kemungkinan pilihan raya negeri Johor diadakan tidak lama lagi bertiup kencang selepas Naib Presiden Umno Khaled Nordin mengunjungi Dewan Undangan Negeri Johor Jaya semalam Spekulasi itu bertambah hang...
Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

Amaran Dari Haji Hadi Buat Umno

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 221 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberikan amaran terhadap strategi politik mencetuskan pilihan raya negeri didalangi kluster mahkamah Umno dalam sebuah kenyataan paling keras sejak Muafakat Nasional termeterai antara PAS dan parti k...
Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 308 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan terbaik pemimpin Umno BN Menurut Pengerusi Majlis Pimpin...
Prn Johor Umno Bn Gila Kuasa

Prn Johor Umno Bn Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 327 hits
Pilihan Raya Negeri Johor tidak wajar dilakukan dalam keadaan pandemik Covid 19 belum berakhir juga penderitaan mangsa banjir di beberapa daerah di negeri itu masih belum pulih Namun Umno BN Johor tidak mengambil kira faktor kesukaran hidup...
Prn Johor Satu Lagi Gerakan Politik Ala Mao Tze Tung Oleh Umno

Prn Johor Satu Lagi Gerakan Politik Ala Mao Tze Tung Oleh Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 316 hits
Umno telah bekerjasama dengan Bersatu PAS GPS dan Kelompok Pengkhianat dari Keadilan untuk tumbangkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan pada Februari 2020 Ini bermakna Umno telah mengguna pakai strategi Mao Tze Tung yang memimpi...
Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 348 hits
freemalaysiatoday com January 23 2022 PAS memegang satu kerusi manakala Bersatu 11 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor yang kini telah dibubarkan JOHOR BAHRU Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan knockout di pilihan raya negeri Johor ...
Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 267 hits
freemalaysiatoday com February 1 2022 6 45 PMKehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada PRN Johor akan menjadi penentu kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim PETALING JAYA Kehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada pilih...
Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 264 hits
PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor Melaka nak beri dua kerusi Johor nak beri empat Takkan kita minta sedekah kerusi kerusi ini PAS bukan minta sedekah PAS ada ke...
Hantu Cinta Kamu

Baru Sekarang Pas Faham Isu Istilah Kafir Ustaz Ahmad Awang

Sambutan Maulidurrasul 1447h Peringkat Pasir Gudang Johor

Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Sarapan Di Johor Makan Petang Di Melaka

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

Federal Govt Scrapped Gas Pipeline Project Not Me Says Shafie

Perjalanan 15 Tahun Pekerjaan Paling Asyik Adalah Hobi Yang Dibayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makanan Popular Asia Tenggara

Professor Lin Xiang Xiong Hosts Landmark Art Exhibition And Peace Prize Ceremony In Paris

Amway Protein Powder Rahsia Otot Kuat Recovery Pantas Ramai Tak Tahu

Artistry Amway Formula Rahsia Awet Muda Yang Wanita Cari Selama Ini

Kuih Buah Melaka

Offline Retail Strategy How Funky Dress Socks Drive Store Traffic And Sales