Prn Johor Umno Sudah Berani Derhaka Titah Sultan Johor


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini dengan tegas bertitah agar ahli politik berhenti berebut kuasa, bagaimanapun nampaknya ia tidak diendahkan UMNO yang lebih mahu mementingkan kuasa dominan mereka.
Jika sebelum ini semasa krisis politik di peringkat kerajaan pusat, UMNO bersungguh-sungguh menggunakan alasan kononnya tidak mahu menderhaka kepada Institusi Diraja tetapi kini seakan-akan pemimpin utama parti itu sudah berani mencabar titah Sultan Johor pula

Untuk rekod pada 10 Ogos tahun lalu, Baginda bertitah agar semua pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat serta perpaduan ummah dan bukan demi kepentingan peribadi

“Saya berasa kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berdepan dengan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan

“Sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini, saya menyeru kepada semua pemimpin Islam, terutama pemimpin bangsa Melayu di negara ini, supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah

“Dialah yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki, dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki,” titah Baginda dalam satu kenyataan tahun lalu

Namun, pemimpin UMNO waktu itu khususnya Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama gerombolan Ahli Parlimen (MP) bertindak mengabaikan titah tersebut sebaliknya meneruskan rancangan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kini, UMNO sekali lagi mengambil langkah sama apabila meneruskan rancangan untuk mendesak supaya pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan pula

Namun, bagi Timbalan Presiden Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ), Najmuddin Mahmood, langkah UMNO tersebut sama sekali tidak wajar dan merayu kepada Sultan Johor agar tidak membiarkan rakyat dalam kesusahan akibat kerakusan ahli-ahli politik mengejar kuasa

“Saya rasa kalau rakyat bersuara, Tuanku mesti dengar suara rakyat sebab Baginda adalah pemimpin yang saksama dan tidak memihak kepada ahli politik yang rakus,” katanya dipetik portal SatuBerita

Beliau menambah, malah sebelum ini Sultan Johor pernah menegur Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor supaya mengutamakan kebajikan rakyat daripada agenda politik sempit

“Teguran Baginda itu benar dan tepat kerana ahli politik tidak sepatutnya pentingkan diri. Mereka wakil rakyat bukannya wakil parti politik.” tambahnya

Sementara itu Penganalisis Politik, Mujibu Abd. Muis berkata, Sultan Johor boleh menasihati pemimpin negeri jika mereka bertegas mahu mengadakan PRN

“Buat sementara waktu, mungkin Tuanku Sultan boleh pertimbangkan untuk tangguh. Kalau kita tengok apa yang berlaku di Melaka, kurang jumlah pengundi yang turun mengundi, itulah yang boleh juga berlaku di negeri Johor,” katanya ketika dihubungi SatuBerita

Pensyarah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menambah, dengan pelbagai masalah yang menghimpit rakyat pada masa ini, sentimen dan mood rakyat dalam konteks untuk berpolitik berada di tahap yang paling rendah

“Saya berharap Tuanku Sultan menghalang pilihan raya berlaku, kita masih lagi dalam keadaan tidak berapa stabil,” ujarnya

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 DUN berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor. - agendadaily.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/prn-johor-umno-sudah-berani-derhaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 234 hits
freemalaysiatoday com January 23 2022 PAS memegang satu kerusi manakala Bersatu 11 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor yang kini telah dibubarkan JOHOR BAHRU Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan knockout di pilihan raya negeri Johor ...
Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 245 hits
By January 19 2022GAMBAR HIASANTIADA apa yang mengejutkan apabila portal berita Malaysiakini menyiarkan kenyataan satu sumber UMNO yang menegaskan parti itu bukan sahaja yakin akan menang selesa jika Pilihan Raya Negeri Johor diadakan dalam...
Prn Johor Satu Lagi Gerakan Politik Ala Mao Tze Tung Oleh Umno

Prn Johor Satu Lagi Gerakan Politik Ala Mao Tze Tung Oleh Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 229 hits
Umno telah bekerjasama dengan Bersatu PAS GPS dan Kelompok Pengkhianat dari Keadilan untuk tumbangkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan pada Februari 2020 Ini bermakna Umno telah mengguna pakai strategi Mao Tze Tung yang memimpi...
Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 226 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan terbaik pemimpin Umno BN Menurut Pengerusi Majlis Pimpin...
Sultan Ibrahim Perkenan Bubar Dewan Dun Johor Berkuatkuasa Hari Ini Beri Laluan Prn

Sultan Ibrahim Perkenan Bubar Dewan Dun Johor Berkuatkuasa Hari Ini Beri Laluan Prn

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 168 hits
JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri diadakan Terdahulu Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap...
Umno Akur Keputusan Sultan Johor

Umno Akur Keputusan Sultan Johor

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR UMNO akur dengan apa juga keputusan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berhubung soal pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor selepas wujud desas desus kemungkinan Pilihan Raya Negeri negeri bakal diadakan dalam tempoh terdeka...
Prn Johor Umno Yakin Menang Besar

Prn Johor Umno Yakin Menang Besar

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 275 hits
satuberita myBy January 22 2022 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMANUMNO Johor yakin akan menang besar dalam Pilihan Raya Negeri yang diadakan tidak lama lagi Pengerusi UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata parti akan meletakkan calon untuk juml...
Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 208 hits
satuberita myBy January 22 2022 Ismail Sabri merangkap Naib Presiden UMNO hadir pada Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Kelantan Foto BERNAMANAIB Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ahli Majlis T...
Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM PAS akan berbincang dengan UMNO bentuk kerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selain UMNO parti itu akan berbincang r...
Startups Vs Established Industries

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan

Puasa Sebagai Terapi Jiwa Menghadapi Stres Dan Cabaran Hidup

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Turun Berat Badan Di Bulan Puasa Dengan Mengelakkan 4p

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan