Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan


Jambu batu merupakan salah satu buah-buahan kegemaran rakyat Malaysia dan cukup mudah didapati di pasaran.
Walaupun ia tidak tergolong sebagai buah tempatan, namun rasanya yang segar, rangup dan tidak terlalu manis membuatkan ia sesuai dimakan sebagai kudapan buat seisi keluarga.
Ada juga yang suka nikmatinya bersama serbuk asam atau kuah rojak.
Sebenarnya, buah ini sangat sesuai untuk dinikmati setiap hari kerana kandungan nutrisinya yang tinggi khususnya vitamin C.
Ayuh kita kenali manfaat buah jambu ini dengan lebih dekat.
Kandungan Nutrisi dan Kalori Jambu Batu 1 sajian iaitu setengah biji jambu batu tanpa biji mengandungi nutrisi seperti berikut :
Tenaga : 69 kcal
Kalori : 37 kalori
Karbohidrat : 15 g
Protein : 1.7 g
Lemak : 0.3 g
Serat 8.0 g
Kalsium : 49.5 mg
Ferum : 1.8 mg
Natrium : 34.5 mg
Kalium : 43.5 mg
Vitamin C : 228.0 mg
Sumber : Nutritionist KKM Kelebihan Jambu Batu untuk Kesihatan Tubuh Sumber Vitamin C Yang Baik Orang dewasa hanya memerlukan 70 mg vitamin C sehari bagi menguatkan sistem imun badan, membantu penyembuhan luka, meningkatkan penyerapan zat besi serta menjaga sel dalam tubuh.
Namun, anda tidak perlulah bersusah payah mengambil supplemen vitamin C.
Makan sahaja setengah biji jambu batu kerana ia mampu membekalkan sehingga 228 mg vitamin C! Ini melebihi 10 kali ganda kandungan vitamin C dalam sebiji limau mandarin.
Pada masa yang sama, vitamin C juga dapat membantu melindungi kerosakan kulit daripada sinaran matahari, melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kelembapan serta kecantikan kulit.
Sumber : Facebook Nutritionist KKM Kaya Dengan Serat Selain padat dengan kebaikan vitamin C, buah ini juga tinggi kandungan serat.
Sebiji jambu batu mampu membekalkan 12% daripada keperluan serat harian.
Seperti yang kita tahu, pengambilan serat yang mencukupi dapat melancarkan sistem penghadaman serta merawat masalah sembelit.
Baik Untuk Kesihatan Jantung Vitamin C yang terkandung dalam buah ini didapati berpotensi untuk mencegah tubuh daripada pelbagai risiko penyakit seperti penyakit jantung koronari dan strok.  
Selain itu, sebuah kajian turut menunjukkan pengambilan jambu batu sebagai alas perut dapat membantu penurunan keseluruhan tekanan darah sebanyak 8 hingga 9 point, pengurangan jumlah kolesterol sehingga 9.9% dan peningkatkan kolesterol baik (HDL) sehingga 8%.
Menyokong Penurunan Berat Badan Dengan hanya 37 kalori dalam sebiji jambu, buah ini didapati sesuai untuk diamalkan sebagai sebahagian hidangan utama atau snek bagi yang ingin mengurangkan berat badan.
Tidak seperti kebanyakan snek lain, jambu padat dengan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan tubuh.
Selain itu, kandungan seratnya yang tinggi dapat membuatkan seseorang rasa lebih kenyang pada tempoh yang lebih lama.
Berdasarkan Panduan Diet Malaysia, anda juga disarankan untuk mengambil 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari.
Jadi, anda bolehlah banyakkan pengambilan jambu batu serta buah-buahan dan sayur-sayuran lain untuk kesihatan.
Anda tak perlu bersusah payah ambil suplemen atau pil vitamin. Jika tersilap langkah ia boleh menambah beban kepada organ-organ dalaman dan boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan serta kerosakan buah pinggang dan jantung.
Lebih penting lagi, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah cara yang terbaik untuk melengkapi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh.
Namun, jangan pula anda ambilnya dengan perasa tambahan yang terlalu banyak seperti serbuk asam dan sebagainya.
Maklumlah, perasa tambahan ini mengandungi garam dan gula yang tinggi sehinggakan kudapan sihat boleh jadi kurang berkhasiat.
Sumber : Science Direct, PubMed, Nutritionist KKM
Baca Juga : Buah Markisa: 8 Khasiat Pada Kesihatan & Cara Makan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/jambu-batu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jambu-batu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Gula Merah Manfaatnya Untuk Kesihatan Dan Kegunaan Harian

Apa Itu Gula Merah Manfaatnya Untuk Kesihatan Dan Kegunaan Harian

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 129 hits
Gula merah menyimpan kekayaan rasa dan aroma yang tidak dapat ditandingi Sebagai pengganti gula putih gula ini bukan sahaja digunakan sebagai bahan penyedap makanan tetapi juga sebagai warisan budaya negara kita Gula ini merupakan produk se...
Ikan Keli Jenis Spesis Kandungan Nutrisi Cara Memasak

Ikan Keli Jenis Spesis Kandungan Nutrisi Cara Memasak

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 229 hits
Tidak hanya sedap masak ikan keli juga mudah dipelihara dan mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis jenis ikan keli dan khasiatnya kepada ke...
Anak Ketagih Kunyah Ais Batu Ibu Bapa Kena Hentikan Tabiat Ini Untuk Elak Masalah Kesihatan

Anak Ketagih Kunyah Ais Batu Ibu Bapa Kena Hentikan Tabiat Ini Untuk Elak Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 187 hits
Jika anak ketagih kunyah ibu bapa kena hentikan tabiat ini untuk elak masalah kesihatan Memang ada anak anak yang suka sangat kunyah ais Kruk krak kruk krak bunyinya macam sedang makan keropok dibuatnya Pun begitu jangan terlalu seronok hin...
Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan Beri Anak Minum Paling Kurang Sekali Dalam Seminggu

Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan Beri Anak Minum Paling Kurang Sekali Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 175 hits
atau nama saintifiknya Cocos nucifera banyak khasiatnya untuk kesihatan Ibu bapa boleh mula ajar anak anak minum air kelapa sekurang kurangnya seminggu sekali Terbukti air kelapa bukan sekadar minuman penghilang dahaga Air Kelapa Banyak Kha...
Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 214 hits
Buah markisa disebut sebagai buah yang mempunyai gabungan rasa tembikai nenas dan kiwi Selain rasanya yang unik dan harganya mahal tahukah anda buah ini mempunyai manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia kerana kaya dengan kandungan nut...
Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 204 hits
Satu satunya buah yang boleh direbus dibakar dikeringkan serta dijadikan jem dan tepung semestinya adalah buah berangan Ia adalah sejenis kacang yang sangat popular di dunia dengan rasa yang sangat unik dan sedikit manis Namun tahukah anda ...
Bhaya Untuk Kesihatan Tapi Masih Ada Yang Jual

Bhaya Untuk Kesihatan Tapi Masih Ada Yang Jual

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 109 hits
Sham Ghaz Pagi ini jika ada pergi ke kedai untuk sarapan pagi lihatlah produk ini masih berleluasa digantung di belakang kaunter bayaran Akuilah bahawa penguatkuasaan terlalu lemah sehingga produk yang telah di haramkan sekian lama masih di...
Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 214 hits
Anda pernah dengar tentang ikan susu Walaupun ikan ini tidak sepopular ikan lain seperti ikan kembung ikan pari atau ikan parang namun ia juga ada penggemarnya tersendiri Ikan susu dikatakan mirip dengan ikan terubuk namun sisiknya lebih be...
Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 121 hits
Musim panas semua orang mencari sesuatu yang boleh menyegarkan badan seperti buah kundur Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah kundur dan resepi ringkas untuk anda cuba di ru...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti