Ikan Keli Jenis Spesis Kandungan Nutrisi Cara Memasak


Tidak hanya sedap masak, ikan keli juga mudah dipelihara dan mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis-jenis ikan keli dan khasiatnya kepada kesihatan.
Baca juga:
Khasiat Pucuk Ubi Khasiat Pucuk Kayu Khasiat Rempah Sekawan Apa itu ikan keli? Ikan keli merupakan salah satu dari ikan air tawar di Asia Tenggara yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan dan menjadi pilihan dalam penternakan akuakultur.
Ia dikatakan mudah untuk dipeliharan dalam kuantiti yang banyak kerana ikan ini tidak memerlukan kawasan yang luas, boleh hidup subur dalam keadaan air yang keruh, tidak mudah diserang penyakit dan hanya memerlukan penjagaan yang minima.
Jenis-jenis dan spesis 1. Keli kayu (Clarias batrachus)
Antara spesis keli yang paling banyak ditemui sekitar Malaysia sebelum kemunculan keli Afrika (pendatang).
Memiliki penampilan badan yang banyak bintik halus wana badan bergantung pada keadaan habitat.
2. Keli bunga (Clarias macrocephalus)
Merupakan spesis yang mendapat permintaan yang tinggi berbanding ikan keli Afrika yang lazimnya mempunyai kepala lebih besar dan kurang sedap bila dimakan.
Spesis ini banyak ditemukan di sawah-sawah dan sungai-sungai di Malaysia.
3. Keli lembut (Clarias meladerma)
Ia memiliki penampilan hampir sama dengan keli bunga dengan badan yang bertompok-tompok hitam yang tidak sekata.
Namun, corak tersebut bergantung pada keadaan habitatnya juga.
4. Keli dacing (Clarias leiacanthus)
Spesis yang selalu di salah anggap sebagai keli limbat, nama bezanya adalah dari segi saiz badan yang tidak terlalu panjang.
Sirip dorsalnya pun tidak jejak atau bersambung ke ekor seperti ikan limbat.
5. Keli limbat (Clarias nieuhofii)
Keli limbat memiliki bentuk badan yang panjang berbanding spesis keli yang lain. Sirap dorsalnya jejak dan bersambung sehingga ke ekor.
6. Keli batu (Clarias batu)
Spesis ikan keli endemik ini wujud di Pulau Tioman sahaja. Ia memiliki penampilan badan yang sedikit panjang dan bintiknya kelihatan seperti keli dacing.
7. Keli redang (Clarias sulcatus)
Seperti mana namanya juga, ikan keli redang hanya wujud di Pulau Redang sahaja.
Ia memiliki fizikal yang hampir sama dengan keli kayu. Namun yang membezakannya adalah jumlah pecahan sirip dubur.
8. Keli bilah (Enchloclarias sp.)
Ini adalah spesis keli dari genus enchloclarias. Terdapat 4 spesis di Malaysia seperti e.curtisoma, e.kelioides, e.prolatus, dan e.baculum.
Ia memiliki sirap dorsal yang berbeza berbanding keli biasa, sirip dorsalnya pendek dan tidak sampai ke pangkal ekor.
9. Keli Afrika (Clarias gariepinus)
Ini adalah ikan keli pendatang yang berasal dari Afrika. Kesan dan pelepasan spesis keli ini di perairan telah menjadi salah satu spesis invasif dan punca kerosakan ekosistem serta biodiversiti.
10. Keli Sabah (Clarias anfractus)
Spesis ini hanya wujud di negeri Sabah dan agak kurang ditemui di semenanjung. Ia memiliki penampilan seakan keli dacing.
Namun ada perbezaan yang terperinci. Antaranya dari corak bintik dan beza duri sirip pektoral.
11. Keli kepala pipih (Clarias planiceps)
Spesis ini hanya wujud di negeri Sarawak dan agak kurang ditemui di semenanjung. Ia memiliki penampilan seakan keli dacing.
Namun ada perbezaan yang terperinci khususnya dari segi bentuk kelapa dan sirip pektoralnya.
Kandungan nutrisi ikan keli Setiap 85 gram ikan keli mengadungi kandungan nutrisi seperti berikut:
NutrienJumlahKalori101Jumlah lemak5.1 gramKolesterol47 mgNatrium83 mgPotasium257 mgKarbohidrat0 gramProtein13 gramKalsium0.7%Zat besi1.1% Khasiat dan manfaat Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Rendah kalori
Ikan keli hanya mempunyai kira-kira 98 kalori bagi setiap 100 gram, menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang sedang mengamalkan pemakanan diet seimbang.
Ia juga sesuai dijadikan pilihan untuk menggantikan sumber protein lain seperti ayam dan daging.
2. Sumber protein yang terbaik
Seperti kebanyakan spesis ikan lain juga, ikan keli mengandungi 13 gram protein bagi setiap 100 gram pengambilan.
Di mana ia mewakili 26% daripada kuantiti harian yang disyorkan. Protein adalah penting untuk mengekalkan dan mengembang sel dan tisu.
3. Tinggi dengan vitamin B12
Kebanyakkan dari kita tidak mengambuk cukup vitamiin B12 iaitu sejenis sebatian penting untuk fungsi saraf, metabolisme sel dan penghasilan DNA.
Justeru itu, pengambilan ikan keli adalah pilihan yang terbaik kerana ia mengandungi kadar vitamin B123 yang tinggi melebihi nilai yang disyorkan harian dalam satu hidangan 100 gram.
4. Membekalkan lemak yang sihat
Walaupun ikan ini mempunyai sedikit lemak tepu, ia juga membekalkan banyak lemak yang sihat.
Selain itu, ikan ini juga diketahui mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu untuk mencegah penyakit jantung, demensia dan kanser.
5. Boleh meningkatkan sistem imun
Spesis ikan ini mempunyai banyak kandungan vitamin D yang berperanan penting dalam badan untuk meningkatkan sistem imun.
Kajian pakar juga menyarankan orang ramai untuk mendapatkan vitamin D yang mencukupi bagi mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik.
Aneka resepi ikan keli Berikut adalah antara resepi yang menarik untuk anda cuba di rumah:
1. Ikan keli goreng berlada
Resepi Mudah Bahan-bahan:
Dua ekor ikan keli (digoreng) 2 biji bawang besar (dihiris bulat) 4 biji bawang merah kecil (dikisar) 4 biji cili besar merah (dikisar) 8 biji cili padi (dikisar) Gula dan garam secukup rasa Sedikit kunyit (dikisar) Cara memasak:
Panaskan minyak dan goreng ikan keli dalam kuali menggunakan api sederhana besar. Bila ikan keli siap digoreng, alihkan ke dalam pinggan dan biarkan dahulu. Tumiskan semua bahan yang dikasar/ditumbuk tadi ke dalam kuali sehingga naik bau. Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa. Jika anda mahu tekstur kuah ladanya sedikit pekat, boleh tambahkan sedikit kicap. Akhir sekali, tuangkan tumisan kuah berlada tadi ke atas ikan keli yang sudah digoreng. 2. Ikan keli masak lemak
Tiramisu Aishah Bahan-bahan:
Ikan keli Serbuk kunyit Garam Kunyit hidup (ditumbuk) Cili padi (ditumbuk) Serai (dihiris besar) Daun kunyit (dihiris halus) Chicken stock Asam keping Santan Cara memasak:
Ikan keli yang sudah diperasakan dengan garam dan kunyit perlu digoreng terlebih dahulu. Bila ikan keli siap digoreng, alihkan ke dalam pinggan dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan yang sudah ditumbuk di dalam kuali bersama sedikit air. Didihkan selama 5 minit. Masukkan hirisan serai, daun kunyit, dan asam keping. Masukkan santan dan didihkan sebentar sambil dikacau. Masukkan ikan yang sudah digoreng dan perasakan dengan sedikit garam dan chicken stock. Biarkan ia didih seketika dan kacau sehingga masak. 3. Ikan keli bakar percik
Rezeki Dapur Kita Bahan-bahan:
6 ekor ikan keli (dibersihkan) 5 cawan santan 5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar) 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar) 3 batang serai (ditumbuk/dikisar) 1 1/2 inci halia (ditumbuk/dikisar) Asam keping Garam dan gula secukup rasa Cara memasak:
Panaskan santan dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk/dikisar, garam dan asam keping ke dalam kuali. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan kacau sehingga sebati dan masak. Anda boleh sapukan kuah percik ini semasa membakar ikan keli. Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat dan resepi ikan keli ini idapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Panduan Ringkas Tatacara Penghasilan dan Pemeliharaan Ikan Keli. Jabatan Perikanan Is Catfish Healthy? Nutrients, Benefits, and More. Healthline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ikan-keli/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikan-keli

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

Pucuk Ubi Jenis Khasiat Kesihatan Cara Memasak

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 262 hits
Pucuk ubi memang enak dijadikan hidangan tengah hari bersama keluarga Namun pasti tidak ramai yang tahu akan kelebihannya kepada kesihatan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan pucuk ubi dan khasiatnya kepad...
Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

Rempah Sekawan Ciri Kandungan Nutrisi Khasiat Kesihatan

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 276 hits
Herba dan rempah seperti rempah sekawan banyak digunakan dalam masakan Melayu dan masakan India Namun tidak sekadar pelengkap kepada masakan ia juga mengandungi pelbagai kandungan nutrisi yang memberi kesan positif kepada kesihatan Artikel ...
Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 169 hits
Kupang merupakan salah satu sumber makanan laut yang kaya dengan nutrisi penting yang bermanfaat untuk kanak kanak Walaupun kupang mempunyai banyak manfaat kesihatan penting juga untuk memperhatikan risiko alergi makanan laut dan memastikan...
Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin Masak Tempoyak

Cara Hilangkan Hanyir Ikan Patin Masak Tempoyak

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 125 hits
Nak tahu tak bagaimana cara hilangkan hanyir ikan patin masak tempoyak Syawal ke 8 hari ini tekak dah tak ada selera nak makan daging rendang dan yang seangkatan dengannya Yang terbayang sayur manis rebung sambal belacan dan ikan gelama mas...
Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 301 hits
ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN1 Ikan GindaraIkan laut dalam ini boleh ditemui di kedalaman antara 280 900 meter dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan Namun ramai yang tidak sedar bahawa ikan gindara menga...
Makan Enak Tapi Kolesterol Aman 5 Jenis Ikan Ini Cocok Dikonsumsi Pengidap Kolesterol Tinggi

Makan Enak Tapi Kolesterol Aman 5 Jenis Ikan Ini Cocok Dikonsumsi Pengidap Kolesterol Tinggi

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 92 hits
Seperti tekanan darah dan gula darah tingkat kolesterol di dalam tubuh dapat meningkat secara tiba tiba Oleh karena itu berikut rekomendasi makanannya
Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Ini Yang Pakar O G Kongsikan

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan Ini Yang Pakar O G Kongsikan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 132 hits
Journey kehamilan adalah sesuatu yang sangat indah buat seorang wanita bergelar ibu Setiap kali mengandung ibu akan melalui pengalaman yang berbeza Itulah yang menjadikan detik kehamilan satu memori indah untuk dikenang Morning sickness nai...
Bersihkan Telinga Bayi Ini Cara Yang Betul Jangan Guna Putik Kapas

Bersihkan Telinga Bayi Ini Cara Yang Betul Jangan Guna Putik Kapas

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 156 hits
Salah satu bahagian badan bayi yang mesti dibersihkan ialah telinga Bagaimanapun membersihkan telinga bayi anda tidak sepatutnya dilakukan begitu sahaja Ada cara membersihkan telinga bayi dengan cara yang betul Jangan sesekali menggunakan p...
Cara Pemkot Denpasar Raih Alternatif Pembiayaan Infrastruktur Saat Anggaran Terbatas

Cara Pemkot Denpasar Raih Alternatif Pembiayaan Infrastruktur Saat Anggaran Terbatas

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 139 hits
Sumara Putra menyampaikan hal tersebut saat membacakan rekomendasi DPRD Kota Denpasar terhadap LKPJ Wali Kota Denpasar tahun anggaran 2023
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran