Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan


Anda pernah dengar tentang ikan susu? Walaupun ikan ini tidak sepopular ikan lain seperti ikan kembung, ikan pari atau ikan parang, namun ia juga ada penggemarnya tersendiri.
Ikan susu dikatakan mirip dengan ikan terubuk namun sisiknya lebih berkilat dan kecil. Saiznya juga lebih panjang berbanding ikan terubuk.
Selain menjadi kegemaran orang kita, ikan ini juga popular di negara Asia lain seperti Taiwan, Indonesia dan Filipina.
Bagi yang tak biasa makan ikan ini, anda perlulah berhati-hati kerana tulangnya banyak.
Rasa isinya yang lembut dan lemak menjadikan ikan ini sesuai untuk dijadikan hidangan seperti asam rebus, pindang, asam acar, pais dan goreng berlada.
Ia juga enak dimasak dengan cara ringkas seperti goreng, bakar atau kukus.
Bukan sahaja enak rasanya, malah ikan susu padat dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh. Ayuh kita semak beberapa kelebihannya.
Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan Sumber Protein Yang Baik Berdasarkan sebuah kajian daripada Universiti Hasanuddin Indonesia, ikan dengan nama saintifik Chanos chanos ini boleh dikategorikan sebagai ikan dengan kandungan protein yang tinggi iaitu melebihi 20%.
Lebih menarik lagi, kandungan lemaknya juga sangat rendah iaitu kurang daripada 5%. Ini menjadikan ikan susu sesuai untuk dijadikan sumber protein yang baik dalam diet harian.
Menyokong Kesihatan Tulang   Ikan ini juga kaya dengan khasiat mineral fosforus dan kalsium. Seperti yang kita tahu, kedua-dua elemen ini merupakan struktur penting dalam perkembangan tisu tulang.
Baik Untuk Kesihatan Jantung Kajian daripada Universiti Hasanudin turut mendapati bahawa ikan ini mempunyai kandungan sodium yang rendah.
Jadi, ikan ini dilihat sesuai untuk dinikmati oleh pesakit darah tinggi.
Pada masa yang sama, khasiat lemak asid omega-3 yang terkandung dalam ikan ini juga berpotensi untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah serta menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
Padat Dengan Mikronutrien Memetik perkongsian dari The Food and Nutrition Board Institute of Medicine, satu hidangan ikan susu mampu membekalkan sehingga 116% vitamin B12, 44% vitamin B3 dan 24% vitamin B6 yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.
Vitamin B kompleks ini sangat penting untuk mengekalkan tahap metabolisma, hormon serta fungsi sistem saraf tubuh.
Di samping itu, ikan ini juga kaya dengan khasiat mineral fosforus dan selenium. Tidak hanya penting untuk kesihatan tulang, malah fosforus turut memainkan peranan penting dalam perkembangan sel darah merah.
Sementara itu, selenium pula merupakan antara nutrien penting bagi melindungi sistem pertahanan badan dan fungsi tiroid.
Pendek kata, memang rugi kalau anda tidak sertakan ikan ini dalam hidangan harian.
Ikan susu bukan sahaja enak untuk dinikmati dalam pelbagai bentuk hidangan, malah ia juga mampu membekalkan khasiat yang penting untuk kesihatan tubuh seperti protein dan lemak asid omega-3.
Ia juga mampu melengkapi keperluan mikronutrien tubuh dengan kebaikan mineral penting seperti kalsium, fosforus, vitamin B kompleks dan sebagainya.
Sumber : healthbenefittimes.com, utusantv.com, nutriweb.org.my
Baca Juga : Ikan Tenggiri : Khasiat dan Kesan Sampingan Yang Anda Perlu Tahu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ikan-susu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikan-susu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Konsumsi Ikan Kembung

7 Manfaat Kesehatan Yang Bisa Diperoleh Dari Konsumsi Ikan Kembung

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 305 hits
Ikan kembung merupakan salah satu jenis ikan yang memiliki beragam manfaat kesehatan bagi tubuh kita
Makan Enak Tapi Kolesterol Aman 5 Jenis Ikan Ini Cocok Dikonsumsi Pengidap Kolesterol Tinggi

Makan Enak Tapi Kolesterol Aman 5 Jenis Ikan Ini Cocok Dikonsumsi Pengidap Kolesterol Tinggi

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 184 hits
Seperti tekanan darah dan gula darah tingkat kolesterol di dalam tubuh dapat meningkat secara tiba tiba Oleh karena itu berikut rekomendasi makanannya
Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 258 hits
Satu satunya buah yang boleh direbus dibakar dikeringkan serta dijadikan jem dan tepung semestinya adalah buah berangan Ia adalah sejenis kacang yang sangat popular di dunia dengan rasa yang sangat unik dan sedikit manis Namun tahukah anda ...
Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

Elak Makan 7 Jenis Ikan Ini Kalau Hendak Jaga Kesihatan

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 448 hits
ELAK MAKAN 7 JENIS IKAN INI KALAU HENDAK JAGA KESIHATAN1 Ikan GindaraIkan laut dalam ini boleh ditemui di kedalaman antara 280 900 meter dan dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan Namun ramai yang tidak sedar bahawa ikan gindara menga...
Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 551 hits
Mempunyai bau yang agak kuat seakan daun bawang daun kucai sesuai sebagai penyeri bagi pelbagai hidangan seperti cucur telur dadar kuey teow goreng dan macam macam lagi Sesetengah orang juga wajib letak daun kucai ketika menghidangkan juada...
Foto Tasyakuran Kemenangan Prabowo Gibran Relawan Jokowi Bagikan Susu Dan Mie Ayam Gratis Di Menteng

Foto Tasyakuran Kemenangan Prabowo Gibran Relawan Jokowi Bagikan Susu Dan Mie Ayam Gratis Di Menteng

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 180 hits
Aksi bagi bagi susu dan mie ayam gratis ini merupakan bentuk syukur atas menangnya pasangan Prabowo Gibran pada kontestasi Pilpres 2024
Ikan Selar Kuning Berlado

Ikan Selar Kuning Berlado

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 372 hits
Insya Allah hari ini saya masih berpuasa Syawal Cara saya memang selepas raya terus berpuasa samada raya kedua atau ketiga Kalau lambat mulai banyak jemputan rumah terbuka majlis perkahwinan dsb Arwah Bonda saya pun macam tu hari raya kedua...
Aku Terjaga Nak Bancuh Susu Anak Sekali Aku Nampak Suami Dan Mak Belum Tidur Rupanya

Aku Terjaga Nak Bancuh Susu Anak Sekali Aku Nampak Suami Dan Mak Belum Tidur Rupanya

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 294 hits
Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mendapati suami yang dipercayai selama ini Tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan ibu mentuanya sendiri Buat projek dengan mak mentua Kisah tersebut dikongsikan
Barlaukkan Ikan Masin Dan Telur Kicap Menggoda

Barlaukkan Ikan Masin Dan Telur Kicap Menggoda

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 247 hits
BARLAUKKAN IKAN MASIN DAN TELUR KICAP MENGGODA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua DUA MINGGU AKHIR RAMADAN sampailah beberapa hari Syawal memang makan menu bersantan atau berempah Boleh dikatakan ...
Ceo Petronas Mandi Champagne

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Pagi Yang Tak Disangka

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masakan Simple Daging Masak Kicap

Mengidam Terung Pipit

Dim Sum Discovery By Canning Pengalaman Makan Belajar Dalam Satu Tempat

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Beli Handbag Baru Bonia Paloma Tote Bag Warna Beige

British Iron Our Favorite Norton Customs