Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan


Satu-satunya buah yang boleh direbus, dibakar, dikeringkan, serta dijadikan jem dan tepung semestinya adalah buah berangan.
Ia adalah sejenis kacang yang sangat popular di dunia dengan rasa yang sangat unik dan sedikit manis. Namun tahukah anda, buah berangan mempunyai manfaat yang luar biasa kepada kesihatan manusia?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah berangan untuk meningkatkan kesihatan anda.
Baca juga:
Khasiat Buah Kundur Khasiat Buah Tin Khasiat Air Kelapa Laut Apa itu buah berangan? Buah berangan atau dalam bahasa inggerisnya, chest nut, merupakan sejenis buah dari pokok berangan (castanea spp) daripada kumpulan pokok oaks.
Ia mempunyai kulit berwarna hijau di bahagian luarnya dan berduri halus. Manakala kulit bahagian dalamnya berwarna coklat gelap seperti kekacang. Kedua-dua kulit ini perlu dikupas terlebih dahulu sebelum mendapatkan bahagian isinya. 
Isinya boleh dimakan begitu sahaja, dikisar menjadi tepung dan digunakan sebagai bahan pastri, dibakar, dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, buah ini telah wujud sejak beribu tahun lamanya. 
Setelah dimasak, tekturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang.
Selain memiliki rasa yang sangat sedap, buah ini juga mempunyai banyak manfaat dan khasiat untuk tubuh. Pada masa kini, anda boleh dapatinya dalam bentuk sudah dikopek bahkan ada yang siap direbus. 
Fakta kandungan nutrisi Setiap 100 gram buah berangan mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Air: 40.5 g Tenaga: 245 kcal Protein: 3.17 g Jumlah lemak: 2.2 g Karbohidrat: 53 g Serat: 5.1 g Jumlah gula: 10.6 g Kalsium: 29 mg Zat besi: 0.91 mg Magnesium: 33 mg Fosforus: 107 mg Kalium: 592 mg Natrium: 2 mg Zink: 0.57 mg Kuprum: 0.507 mg Mangan: 1.18 mg Selenium: 1.2 µg Vitamin C: 26 mg Thiamin: 0.243 mg Riboflavin: 0.175 mg Niasin: 1.34 mg Kolin: 1.5 mg Vitamin A: 1 µg Vitamin K: 7.8 µg Asid lemak: 0.414 g Jenis-jenis buah berangan Terdapat sekitar 12 belas spesis yang tergolong dalam genus chestnut termasuklah buah berangan manis, buah berangan Jepun, dan buah berangan Amerika yang semuanya boleh dimakan oleh manusia.
Manakala buah berangan kuda yang terdapat di UK, bukanlah tergolong dalam keluarga chestnut sebaliknya adalah keluarga soapberry yang dikenali sebagai Sapindaceae.
Khasiat dan manfaat Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Melancarkan sistem penghadaman
Buah berangan juga kaya dengan kandungan serat. Oleh itu, pengambilan buah ini sangat baik untuk sistem penghadaman kita.
Kandungan serat dapat membantu merangsang pergerakan usus agar lebih lancar, melegakan ketidakselesaan perut, mengelakkan sembelit dan sebagainya.
Sekiranya anda menghadapi masalah penghadaman, elakkan memakannya secara mentah kerana ia mengandungi tannin yang boleh mengganggu penghadaman anda. 
2. Membantu menurunkan berat badan
Dengan pengambilan makanan mengandungi serat yang tinggi, anda akan cepat kenyang dan tidak mudah lapar.
Secara tidak langsung, ia membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan mudah. Selain itu, ia juga mengandungi lemak dan kalori yang rendah. 
3. Mengawal gula dalam darah
Bukan itu sahaja, kandungan serat yang padat pada buah ini juga berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah.
Hal ini kerana, makanan yang kaya dengan serat berupaya menyerap kanji secara perlahan dan memastikan agar paras gula dalam darah tidak naik dengan cepat. Kandungan gulanya rendah juga membolehkan pesakit diabetes memakannya.
4. Mengurangkan risiko penyakit kronik
Selain kaya dengan serat, buah ini juga mengandungi kalium. Ini memberi beberapa manfaat kesihatan untuk tubuh badan kita.
Antaranya ialah, melancarkan peredaran darah, mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko terkena strok dan penyakit jantung. 
5. Baik untuk kesihatan otak
Bukan itu sahaja, peredaran darah yang lancar juga membantu otak menerima oksigen secukupnya dan secara tidak langsung, ia berupaya untuk meningkatkan kesihatan otak seperti daya ingatan dan fokus seseorang. 
6. Kaya dengan vitamin C
Buah berangan mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Setengah cawan buah ini boleh menyumbang sehingga 35 ke 45 peratus vitamin C dalam diet harian anda sekiranya dimakan secara mentah. 
Manakala, apabila anda memanggang atau merebusnya, kandungan vitamin C nya akan berkurang sehingga menjadi 15 – 20%.
Untuk mengelakkan kandungan vitamin C nya hilang, gunakan suhu yang rendah semasa merebus atau memanggangnya. 
Kandungan vitamin C memberi banyak manfaat untuk kesihatan tubuh, antaranya ialah membantu melawan penyakit (menguatkan sistem imun tubuh), menyihatkan kulit dan sebagainya. 
7. Kaya dengan antioksidan
Selain vitamin C, buah berangan juga kaya dengan kandungan antioksidan yang lain seperti asid gallic (GA), asid ellagic (EA) dan juga polyphenol.
Antioksidan ini berpotensi bertindak untuk mengurangkan keradangan. Oleh itu, untuk individu yang mempunyai masalah keradangan sendi, anda digalakkan untuk mengamalkan buah ini. 
8. Kaya dengan pelbagai mineral
Terdapat pelbagai mineral yang terkandung di dalam sebiji buah berangan. Antaranya ialah vitamin B, thiamin, riboflavin dan folat.
Mineral-mineral ini membantu dalam perkembangan neuron seseorang untuk meningkatkan daya fikir, ketajaman ingatan dan sebagainya. 
9. Melindungi jantung
Sebagai sumber polifenol seperti asid gallic dan ellagic, buah berangan boleh membantu melindungi jantung daripada tekanan oksidatif.
Buah ini juga merupakan sumber kalium yang baik, yang penting untuk mengawal tekanan darah.
10. Mencegah skruvi
Kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi dalam badan. Penyakit ini bahkan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti keletihan, sakit pada sendi, penyakit gusi, dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, malah ia juga berpotensi membawa kesan gejala yang lebih teruk seperti proses penyembuhan luka yang lebih perlahan, perubahan personaliti, dan kematian sekiranya tidak diberikan rawatan yang sepatutnya.
Umumnya, skurvi boleh dielakkan sebaik-baiknya dengan makan makanan yang kaya dengan vitamin C dalam diet harian anda. Buah berangan misalnya mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin C.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah berangan ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Chestnuts: Health Benefits, Nutrition, and Uses. WebMD Intriguing Health Benefits of Chestnuts. Healthline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buah-berangan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buah-berangan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

Buah Markisa 8 Khasiat Pada Kesihatan Cara Makan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 99 hits
Buah markisa disebut sebagai buah yang mempunyai gabungan rasa tembikai nenas dan kiwi Selain rasanya yang unik dan harganya mahal tahukah anda buah ini mempunyai manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia kerana kaya dengan kandungan nut...
Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

Manfaat Daun Kucai Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 123 hits
Mempunyai bau yang agak kuat seakan daun bawang daun kucai sesuai sebagai penyeri bagi pelbagai hidangan seperti cucur telur dadar kuey teow goreng dan macam macam lagi Sesetengah orang juga wajib letak daun kucai ketika menghidangkan juada...
Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 92 hits
Anda pernah dengar tentang ikan susu Walaupun ikan ini tidak sepopular ikan lain seperti ikan kembung ikan pari atau ikan parang namun ia juga ada penggemarnya tersendiri Ikan susu dikatakan mirip dengan ikan terubuk namun sisiknya lebih be...
Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

Buah Kundur Penyejuk Badan 5 Khasiat Lain Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 62 hits
Musim panas semua orang mencari sesuatu yang boleh menyegarkan badan seperti buah kundur Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah kundur dan resepi ringkas untuk anda cuba di ru...
Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

Buah Tin 10 Khasiat Kepada Kesihatan Lelaki Wanita

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 111 hits
Tahukah anda buah kecil seperti buah tin ini ternyata memiliki kandungan vitamin mineral serat dan antioksida yang tinggi Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat yang terdapat dalam buah tin dan keheba...
Keluarga Memberi Bantuan Kepada Pemandu Dengan Menawarkan Penggunaan Tandas Rumah Secara Percuma

Keluarga Memberi Bantuan Kepada Pemandu Dengan Menawarkan Penggunaan Tandas Rumah Secara Percuma

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 66 hits
Apabila penduduk bandar pulang dari kampung halaman selepas cuti Hari Raya Aidilfitri tidak hairanlah jika terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di lebuh raya dari kawasan utara dan pantai timur ke Lembah Klang Memahami bahaya terperang...
Pm Anwar Luah Rasa Gembira Nadir Al Nuri Kembali Bersama Keluarga

Pm Anwar Luah Rasa Gembira Nadir Al Nuri Kembali Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 73 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa gembira melihat aktivis kemanusiaan Muhammad Nadir Al Nuri kembali bersama dan dalam keadaan baik Anwar Ibrahim dan isterinya sempat bertemu dengan Nadir Al Nuri bersama keluarganya di...
Nadir Al Nuri Dedah Watak Utama Di Sebalik Misi Gila Bawa Keluarga Dari Gaza

Nadir Al Nuri Dedah Watak Utama Di Sebalik Misi Gila Bawa Keluarga Dari Gaza

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 68 hits
Baca Selepas Usaha Panjang Akhirnya Kami Disatukan Nadir Al Nuri Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al Nuri Kamaruzaman akhirnya mendedahkan hari ini siapakah watak utama dalam merealisasikan misi gila membawa pulang...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Kkb Polls Boycotting The Ballot Box Unproductive Says Yeoh



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom

Aktivis Gagal Rayu Mohon Cabar Keputusan Ag Tak Dakwa Muhammad Zamri Vinoth Dan Firdaus Wong

What Are The Chances That Anwar Will Honour His Promise To Raise The Salary Of Civil Servants

Is The Government Getting Paranoid About The Media

Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong