Isu Jawi Umpama Diberi Betis Mahu Telan Sampai Kepala Hadi




Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan pihak tertentu yang menolak pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular umpama … ‘diberi betis hendakkan paha’.
Menerusi hantaran Facebooknya hari ini, beliau berkata, bantahan dibuat ibarat mahu membunuh bahasa kebangsaan yang menjadi jiwa bangsa dan menenggelamkan bangsa dengan teori ‘Malaysian Malaysia’
“laksana diberi betis mahukan paha, atau perangai buaya yang ganas menangkap betis mahu menelan mangsanya sampai kepala.
“Akhirnya bukan sekadar diberi betis hendak paha, bahkan naik ke atas kepala dan mahu menelan seluruh badan,” katanya.
Abdul Hadi berkata, usaha untuk mengembalikan Bahasa Melayu sendiri adalah hak yang wajib dilakukan mengambil contoh kebangkitan Jepun dengan bahasa dan tulisannya sendiri, begitu juga China, Korea dan kini Iran dengan Bahasa Parsi yang berhuruf Arab (Parsi seperti tulisan Jawi juga).
“Usaha untuk mengembalikan penyebaran bahasa kebangsaan ini tidaklah mengharamkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, atau menghalang pembelajaran bahasa lain, seperti yang dilakukan di negara lain khususnya negara jiran.
“Maka apakah yang hendak disifatkan atau dinamakan kepada kalangan yang cuba membantah atau menghalang, mahupun memperkecilkan usaha negara yang telah pun mengamalkan konsep masyarakat majmuk dalam kontrak sosial atau Perlembagaan, melainkan sifat pengkhianat yang melampaui batas manusia yang beradab,” katanya.
Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, semua pihak wajib menolak dan menentang golongan yang disifatkan sebagai makhluk perosak kerana dibimbangi menjadi ‘api yang kecilnya menjadi kawan dan besarnya menjadi lawan’ jika dibiarkan berleluasa.
“Adakah kita masih tidak peka dan sedar dengan mereka yang masih tidak kenyang dengan penguasaan ekonomi secara rakus sehingga majoriti rakyat Melayu dan Bumiputera menganggur, papa kedana, tekanan kos sara hidup, dan hidup menumpang mereka yang tidak mengenang budi itu.
“Kita juga menghadapi permainan ekonomi yang sentiasa tidak adil dan bertimbang rasa, kerana konsepnya siapa yang cepat menipu dan paling mahal rasuahnya maka dia dapat,”katanya.
Abdul Hadi dalam hantaran itu juga menyentuh tentang sikap sabar yang ada batasannya sambil memberi jaminan bahawa Pas akan kekal istiqamah dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diajar agama, dan diterima semua agama.
“Ketahuilah bahawa kesabaran itu ada batasnya. Apabila sabarnya tidak berbatas, maka hilang jati diri dan tidak menjadi manusia yang dimuliakan dengan akalnya.
“Begitulah juga mereka yang diam membisu menyaksikan kemungkaran ini, laksana tikus berada dalam kepuk padi atau semut dalam gula, sehingga hilang ciri manusiawinya,”katanya.
Rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pembelajaran Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat di sekolah vernakular mendapat tentangan oleh masyarakat bukan Melayu.
Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) sebelum ini mendakwa pengenalan Jawi di SRJK sebagai satu langkah ‘Islamisasi’ walaupun dinafikan KPM.
KPM kemudian mengumumkan pembelajaran tersebut dilaksanakan secara pilihan di sekolah vernakular.
Terbaru, kerajaan memutuskan pengajaran Jawi hanya akan dilaksanakan jika mendapat persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan murid.
Awani



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/15/isu-jawi-umpama-diberi-betis-mahu-telan-sampai-kepala-hadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 415 hits
APABILA membaca berita ini saya terkejut Hari ini media melaporkan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha Kristian Hindu Sikh dan Tao berkata khat dan jawi bukan identiti Malaysia dan menyalahi Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan
Isu Jawi 10 Soalan 10 Jawapan

Isu Jawi 10 Soalan 10 Jawapan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 479 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia 10 soalan lazim yang dijawab oleh kementerian 1 Apakah yang berlaku KSSR bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 telah memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan 2 Apakah tujuan pengenalan tulisan ...
Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 358 hits
Murid Nur Aina Sofea Mohd Najib 12 melakukan kemahiran tulisan khat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Rendah Agama Bandar Tun Razak Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Presiden MC Datuk Seri Wee Ka Siong berkata MCA ...
Serah Pada Pibg Isu Khat Jawi Memalukan Dan Pm Hilang Wibawa

Serah Pada Pibg Isu Khat Jawi Memalukan Dan Pm Hilang Wibawa

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 440 hits
Setelah dua hari berlalu penyerahan memorandum di Bukit Aman Kuala Lumpur Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia hari ini tegas dengan pendirian dan terus menggesa kerajaan mengharamkan Kesatuan Guru Guru Melayu Malaysia Barat mahu Persatua...
Ada Pihak Tertentu Cuba Polemikkan Isu Tulisan Jawi

Ada Pihak Tertentu Cuba Polemikkan Isu Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 293 hits
Mohd Redzuan tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan mempolemikkan isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan SJK Bagaimanapun katanya apa yang penting polisi kerajaan jelas memberi pilihan k...
Guan Eng Sekali Lagi Mahu Bangkit Isu Khat Jawi Dalam Kabinet

Guan Eng Sekali Lagi Mahu Bangkit Isu Khat Jawi Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 368 hits
Lim Guan Eng foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan bukan Melayu berhubung pengenalan seni khat kelak di peringkat sekolah rendah DAP akan membangkitkan sekali lagi isu tersebut dalam mesyuarat Kabinet Ra...
Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 487 hits
Selepas pertemuan lewat malam dengan wakil rakyat DAP berhubung langkah kontroversial berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng pagi ini dil...
Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 287 hits
MALAYSIAKINI Adun Bukit Assek Irene Mary Chang Oi Ling mahu Kementerian Pendidikan memperjelas kenyataan terbarun kelmarin berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah rendah yang akan dilaksanakan secara pilihan Kata Chang peng...
Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 320 hits
MALAYSIAKINI DAP perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan kata Timbalan Presiden MCA Dr Mah Hang Soon Beliau menggesa Set...
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Al Fateh Tak Sihat

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Spm Eskayvie Mindtropic

Nak Jalan Jepun Ini Itinerari Ke Osaka Tokyo Untuk 9 Hari

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan