Isu Jawi 10 Soalan 10 Jawapan




Kementerian Pendidikan Malaysia
10 soalan lazim yang dijawab oleh kementerian:
1. Apakah yang berlaku?
KSSR (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 telah memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.
2. Apakah tujuan pengenalan tulisan khat ini dilakukan?
Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
3. Bagaimana pengisian ini dilakukan?
Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu.
Terdapat enam muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat.
4. Adakah murid akan menguasai Jawi melalui 6 muka surat ini?
Seperti dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi.
5. Adakah ini berlaku di SJK sahaja?
Tidak. Pengenalan ini melibatkan semua sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK).
6. Bilakah keputusan ini dibuat?
Perancangan pengenalan tulisan khat ini telah dilaksanakan melalui semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2014.
7. Adakah untuk Tahun 4 sahaja?
Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021. Murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.
8. Adakah tulisan khat ini akan diuji dalam ujian dan peperiksaan?
Tidak. Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.
9. Kenapa memaksa murid bukan Melayu mempelajari tulisan khat?
Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.
Tambahan pula, tulisan Jawi juga telah diajar di sekolah jenis jebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi.
Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5 cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).
10. Mengapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada ‘coding’ dan cabang ilmu lain?
Tulisan khat merupakan pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
KPM memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017.
Di sekolah rendah ia melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6). Manakala untuk sekolah menengah melibatkan Tingkatan 1 hingga 3.
Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/06/isu-jawi-10-soalan-10-jawapan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

Mca Boleh Tangani Isu Khat Jawi Jika Ada Kuasa Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 362 hits
Murid Nur Aina Sofea Mohd Najib 12 melakukan kemahiran tulisan khat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Rendah Agama Bandar Tun Razak Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Presiden MC Datuk Seri Wee Ka Siong berkata MCA ...
Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

Isu Jawi Mca Gesa Dap Beri Tekanan Pada Dr M

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 324 hits
MALAYSIAKINI DAP perlu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan kata Timbalan Presiden MCA Dr Mah Hang Soon Beliau menggesa Set...
Akhbar Cina Timbulkan Kebimbangan Mengenai Isu Jawi Guan Eng

Akhbar Cina Timbulkan Kebimbangan Mengenai Isu Jawi Guan Eng

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 292 hits
MALAYSIAKINI Laporan akhbar Cina mengenai pengenalan tulisan Jawi bagi murid Tahun 4 di sekolah jenis kebangsaan telah menimbulkan kebimbangan masyarakat Cina kata setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Beliau memetik laporan Sin Chew Daily meng...
Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

Isu Khat Jawi Tebalnya Islamofobia Dalam Diri Mereka

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 421 hits
APABILA membaca berita ini saya terkejut Hari ini media melaporkan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha Kristian Hindu Sikh dan Tao berkata khat dan jawi bukan identiti Malaysia dan menyalahi Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan
Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 495 hits
Selepas pertemuan lewat malam dengan wakil rakyat DAP berhubung langkah kontroversial berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng pagi ini dil...
Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 289 hits
MALAYSIAKINI Adun Bukit Assek Irene Mary Chang Oi Ling mahu Kementerian Pendidikan memperjelas kenyataan terbarun kelmarin berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah rendah yang akan dilaksanakan secara pilihan Kata Chang peng...
Guan Eng Sekali Lagi Mahu Bangkit Isu Khat Jawi Dalam Kabinet

Guan Eng Sekali Lagi Mahu Bangkit Isu Khat Jawi Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 382 hits
Lim Guan Eng foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan bukan Melayu berhubung pengenalan seni khat kelak di peringkat sekolah rendah DAP akan membangkitkan sekali lagi isu tersebut dalam mesyuarat Kabinet Ra...
Khat Jawi K Jaan Bacul Jika Tunduk Desakan Penentang

Khat Jawi K Jaan Bacul Jika Tunduk Desakan Penentang

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 335 hits
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF SEMALAM Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penolakan DAP Sarawak ke atas rancangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk...
Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 470 hits
Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada bahasa Melayu pada 1966 Berm...
Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Kurma Muda

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kotak Kopi Eksklusif Tarik Perhatian Pembeli Seawal Pandangan Pertama

Hello Me 2025

Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat