Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam




Selepas pertemuan lewat malam dengan wakil rakyat DAP berhubung langkah kontroversial berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil, setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng, pagi ini dilaporkan sekali lagi berjumpa dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Ia adalah pertemuan kedua Mahathir-Lim dalam tempoh 24 jam.
Ketika dihubungi, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri mengesahkan mesyuarat berlangsung pada jam 8.45 pagi di Putrajaya.
“Perdana Menteri berjumpa dengan menteri-menterinya secara individu dari semasa ke semasa, ini adalah pertemuan biasa,” kata jurucakap itu memberitahu Malaysiakini.
Dalam hantaran di Facebook pada jam 11.18 malam semalam, ketika mesyuarat DAP sedang berlangsung, Lim berkata beliau telah berjumpa dengan Dr Mahathir dan Menteri Pendidikan Maszlee Malek pada hari berkenaan.
“Saya mendengar pandangan wakil rakyat parti, aktivis masyarakat dan saya juga berjumpa perdana menteri dan menteri pendidikan hari ini (5 Julai). Akan keluarkan kenyataan rasmi kemudian,” katanya.
Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, seorang sumber, yang hadir pada mesyuarat yang berakhir pada jam 1 pagi tadi, berkata Lim berjanji untuk menyampaikan pandangan yang dibangkitkan kepada Dr Mahathir dan Maszlee.
“Setiausaha Agung berkata beliau akan membawa semua pandangan kami kepada perdana menteri dan menteri pendidikan.
“Kami harap akan dapat mencari penyelesaian terbaik,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Walaupun pemimpin DAP enggan mendedahkan butiran pada mesyuarat malam itu, sumber lain mendedahkan bahawa beberapa pilihan dibincangkan.
Antaranya, kata sumber itu, adalah untuk menangguhkan perlaksanaan atau membuat pengenalan tulisan khat berkenaan sebagai satu pilihan.
Memandangkan Dr Mahathir akan memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Jepun mulai esok, Lim terpaksa berjumpa segera dengan Perdana Menteri mengenai isu berkenaan yang telah menyebabkan keretakan dalam DAP.
Sumber-sumber mendedahkan bahawa semasa mesyuarat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, mereka yang hadir, bergilir-gilir menyuarakan pendapat mereka mengenai perkara itu.
Suasana mesyuarat, yang dipengerusikan oleh setiausaha penganjuran, Anthony Loke, walau bagaimanapun tidak tegang.
Setiausaha antarabangsa DAP, Teo Nie Ching, yang juga timbalan menteri pendidikan, terlebih dahulu menjelaskan isu itu kepada mereka yang hadir sebelum mereka diminta berkongsi pendapat masing-masing.
Sumber berkata Lim adalah yang terakhir untuk bercakap.
“Walaupun terdapat pendapat dan idea yang berbeza ditimbulkan, tidak ada kritikan langsung terhadap Teo (dalam kapasitinya sebagai menteri pendidikan),” kata sumber itu.
Mkini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/06/isu-tulisan-jawi-lim-jumpa-dr-mahathir-dua-kali-dalam-tempoh-24-jam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 361 hits
Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua ber...
Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 744 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menyebut pada 28 Julai lalu bahawa pihaknya belum membuat keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi pada masa hadapan Saya sebaliknya berpendapat bahawa keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi p...
Lip Eng Disaran Hayati Sejarah Tulisan Jawi

Lip Eng Disaran Hayati Sejarah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 343 hits
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng disaran menghayati sejarah serta penggunaan tulisan jawi di negara ini terutama melibatkan urusan Raja Raja Melayu sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata tulisan jawi ...
Seni Khat Atau Tulisan Jawi

Seni Khat Atau Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 1006 hits
MINGGU ini politik dan perkembangan dalam negara agar ribut dengan langkah Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan Maka gegak gempitalah beberapa pertubuhan ...
Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 746 hits
OLEH W FUDZIN NSSiapa yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah sekolah itu adalah kerajaan PH Umno yang gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan se...
Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 520 hits
Baru baru ini negara kecoh apabila Dong Zong dan NGO Cina mahu membuat satu himpunan protes membantah cadangan agar pengenalan tulisan Jawi dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Melayu darjah 4 Dong Jiao Zong nafi akan berh...
Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 472 hits
Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada bahasa Melayu pada 1966 Berm...
Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 371 hits
ABDUL HADI AWANG SEMUA ilmuan Timur dan Barat secara ikhlas tanpa fanatik dan prejudis mengakui peranan Islam mencipta tamadun yang menjadi asas kepada kemajuan dunia terkini Namun munculnya tanda tanda kemusnahan tamadun sekarang kerana me...
Jasmine Suraya Dicurangi Dua Kali

Jasmine Suraya Dicurangi Dua Kali

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 609 hits
Lima tahun mencipta nama dalam industri seni tanah air pelakon dan pengacara jelita Jasmine Suraya memaklumkan pernah ingin mengalah kerana kekurangannya terutama penguasaan bahasa Melayu yang lemah Bagaimanapun pemilik nama sebenar Jasmine...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Depan Lain Belakang Lain Mengenali Sikap Orang Bermuka Dua

Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide