Isteri Naik Angin Anak Dinamakan Muhammad Bossku Suami Kata Nak Malu Apa Isteriku




DI sana ‘bossku’ di situ ‘bossku’, di mana-mana sahaja orang ramai terutama netizen mula menyebut perkataan tersebut apabila ia menjadi trend di laman sosial.

Difahamkan, perkataan ‘bossku’ merupakan slanga yang digunakan oleh anak-anak muda, termasuk golongan bermotosikal dan penggunaannya didakwa berasal dari Sabah.

Malah, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga meraih perhatian apabila menyebut ‘malu apa bossku’ sehingga menjadi ikutan di laman sosial.



Sijil kelahiran dengan nama Muhammad Bossku menjadi tanda-tanya.

Namun, netizen dikejutkan juga dengan gambar sijil kelahiran yang didaftarkan menggunakan nama ‘Muhammad Bossku’ sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.

“Wife (isteri) aku marah letak nama ni… apa masalahnya?,” menurut keterangan gambar yang dimuat naik Dean Ahmad di Facebook sehingga tular, malah mengundang kecaman netizen menganggap ia mempersendakan nama seorang anak, selain ramai yang meneka gambar tersebut hanya disunting.

Hanya mahu dikenali Dean Ahmad, dia mendedahkan bahawa gambar tersebut dimuat naik di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran buat anak lelakinya yang baru lahir pada 12 Januari lalu.



Anak kedua Dean yang dilahirkan pada 12 Januari 2019.

Jelasnya, beberapa hari selepas kelahiran anaknya itu, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk cahaya mata kedua mereka.

“Masa kelahiran anak pertama dulu, saya seorang yang mencadangkan nama dan terus daftar kelahiran. Bila saya cadang nama (Muhammad) Bossku untuk anak kedua ni, isteri naik angin.

“Isteri marah sebab dia cukup tak berkenan dengan nama tu sebab sekarang ramai orang mula permainkan panggilan tu. Jadi, dia malu. Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil dan saya dah mula panggil anak dengan nama Bossku… Bossku,” katanya ketika dihubungi mStar Online, malam Sabtu.

Namun anak kelahiran Temerloh, Pahang ini merupakan seorang yang suka berjenaka dan gambaran itu dapat dilihat menerusi gambar dan video yang dikongsikannya di laman sosial.



Dean Ahmad dikenali sebagai seorang yang suka bergurau dan berjenaka.

Dean yang menjadi social media influencer sejak hampir sedekad lalu mengakui bahawa gambar sijil kelahiran itu sebenarnya telah disunting pada bahagian nama anaknya sejurus selepas mendapatkan dokumen tersebut dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jumaat lalu (18 Januari).

“Isteri tahu saya ni suka bergurau dan berjenaka. Bila saya beritahu nak letak nama Bossku tu, isteri antara percaya dan tidak percaya.

“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya apa lagi cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi WhatsApp. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (guruan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul,” katanya secara berseloroh.

Dean menjelaskan bahawa nama anak keduanya itu sebenarnya adalah Umar Al-Faqeh yang dilahirkan pada awal pagi 12 Januari lalu, dan ia jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.



Nama sebenar anak kedua Dean yang didaftarkan di JPN.

Menganggap kelahiran anaknya itu sebagai hadiah hari ulang tahun untuk dirinya dan juga isteri (10 Januari), dia menolak dakwaan netizen bahawa nama Muhammad Bossku sebagai tidak sensitif dan mempersendakan anak yang merupakan anugerah Tuhan.

“Muhammad itu dalam bahasa Arab maksudnya yang terpuji dan Boss itu bermakna seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, jadi apa yang tidak baiknya?

“Nama anak saya yang sebenar adalah Umar Al-Faqeh. Tapi kalau selepas ni ada kawan-kawan yang nak panggil anak Bossku, saya tak boleh halang. Mudah-mudahan dia jadi bos suatu hari nanti,” kata Dean yang mempunyai anak sulung lelaki berusia empat tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar via catatanterakhir.com © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/isteri-naik-angin-anak-dinamakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Malu Apa Isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku

Nak Malu Apa Isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1108 hits
Nak malu apa isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku Nak malu apa isteriku Teka Teki Terjawab Bapa Dedahkan Cerita Sebenar Sebalik Namakan Anak Muhammad Bossku
Isteri Melenting Lepas Suami Namakan Anak Muhammad Bossku

Isteri Melenting Lepas Suami Namakan Anak Muhammad Bossku

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 629 hits
Korang perasan tak lately ni tagline bossku kemain laku khususnya di media sosial malah dalam komunikasi seharian turut menggunakan perkataan tersebut tak kisahlah tengah bersembang ke on the phone ke atau tengah ber whatsapp Menurut sumber...
Dah Buang Tebiat Ke Nak Letak Nama Anak Muhammad Bossku Isteri Berang Dan Akhirnya Sesuatu Terjadi Maluapabossku

Dah Buang Tebiat Ke Nak Letak Nama Anak Muhammad Bossku Isteri Berang Dan Akhirnya Sesuatu Terjadi Maluapabossku

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 997 hits
DI sana bossku di situ bossku di mana mana sahaja orang ramai terutama netizen mula menyebut perkataan tersebut apabila ia menjadi trend di laman sosial Difahamkan perkataan bossku merupakan slanga yang digunakan oleh anak anak muda termasu...
Isteriku Marah Letak Nama Anak Muhammad Bossku Apa Masalahnya Muhammad Bossku Hadiah Hari Lahir Kami

Isteriku Marah Letak Nama Anak Muhammad Bossku Apa Masalahnya Muhammad Bossku Hadiah Hari Lahir Kami

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1167 hits
Baru baru ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Bossku tular di media sosial Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebooknya jumaat lalu dalam keterangan gambar Wife aku marah let...
Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 769 hits
Ozlynn pelakon popular yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak telah berkongsi satu posting di laman instagramnya tentang suami dan anak anaknya Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq 14 Sodiq 9 Haziq 6 Chantiq 4 ...
Kepada Suami Yang Suka Sangat Bergurau Nak Berpoligami Tu Sila Baca Hadam Nukilan Ini Hargai Isteri Anda

Kepada Suami Yang Suka Sangat Bergurau Nak Berpoligami Tu Sila Baca Hadam Nukilan Ini Hargai Isteri Anda

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 643 hits
Tercengang dengar luahan dan penyesalan sahabat saya ustaz Mohamed Iqbal Alivi tentang gurau bab poligami dengan isteri Baru baru ni beliau baru je dapat cahaya mata Comel anak dia Lepas habis program di pasir gudang lepas solat semua ajak ...
Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 689 hits
Berang disuruh hantar anak ke sekolah suami tergamak menampar menendang dan menumbuk kepala isterinya dalam kejadian 8 Februari 2018 Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 30 pagi di rumah pasangan itu di Gong Badak Kuala Nerus suspek berus...
Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu Kongsikan Agar Ramai Tahu

Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu Kongsikan Agar Ramai Tahu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 596 hits
Lahir anak pertama perempuan kedua pun perempuan Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak l...
Seronok Dapat Chicken Dinner Dalam Pubg Tapi Anak Dan Isteri Diabaikan Ramai Suami Yang Sentap Dengan Teguran Ini

Seronok Dapat Chicken Dinner Dalam Pubg Tapi Anak Dan Isteri Diabaikan Ramai Suami Yang Sentap Dengan Teguran Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 722 hits
Seronok dapat Chicken Dinner dalam PUBG tapi anak dan isteri diabaikan Ramai suami yang sentap dengan teguran iniSuami Ketagihan GameSaya pernah jadi seperti ini Telefon sentiasa di tangan Masa sentiasa tidak cukup Semua benda atau perkara ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids