Isteri Melenting Lepas Suami Namakan Anak Muhammad Bossku
Korang perasan tak lately ni tagline #bossku kemain laku khususnya di media sosial malah dalam komunikasi seharian turut menggunakan perkataan tersebut, tak kisahlah tengah bersembang ke, on the phone ke atau tengah ber-whatsapp.
Menurut sumber, perkataan ‘bossku’ tu merupakan slanga yang diguna anak-anak muda termasuk geng-geng motosikal dan dikatakan perkataan tu berasal dari Sabah, katanya lah!
Yang buat perkataan tu jadi trending dan viral bila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut ‘malu apa bossku’ dalam satu event, so sampai sekarang netizen guna ayat tersebut termasuk kawan-kawan admin.
Tapi baru-baru ni netizen dikejutkan dengan gambar sijil kelahiran yang dimuat naik seorang lelaki di facebook yang menggunakan nama Dean Ahmad.
Muhammad Bossku…
Sumber : Facebook
Menurut Mstar, Dean berkata gambar sijil kelahiran tu dimuat naik di laman sosialnya lepas dia memperoleh sijil anak lelakinya yang baru lahir pada 12 Januari lalu..biar betul ni?
Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas anak dia lahir, dia ada cadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk anak kedua mereka itu.
“Masa kelahiran anak pertama, saya seorang yang mencadangkan nama dan terus daftar kelahiran. Bila saya cadang nama (Muhammad)Bossku untuk anak kedua ni, isteri naik angin”
“Isteri marah sebab dia tak berkenan dengan nama tu sebab sekarang ramai orang permainkan perkataan tu, jadi dia malu. Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil dan saya dah mula panggil anak dengan nama bossku..bossku”.
Tapi korang jangan la kecoh sebab Dean bagitau yang sijil kelahiran tu sebenarnya dah disunting pada bahagian nama anaknya sejurus selepas dia dapat dokumen tu dari Jabatan Pendaftaran Negara pada 18 Januari lepas.
“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri. Dia bising suruh cepat balik. Sampai kat rumah, isteri hanya tau ia sekadar prank bila keluarkan sijil tu daripada sampul”.
Bila admin baca komen di facebook Dean ni pun ramai yang tau actually sijil kelahiran tu dah di edit..dorang dah kenal sangat perangai Dean kot.
Malah Dean turut berkongsi nama sebenar anaknya itu iaitu Umar Al-Faqeh.
Sumber : Mstar
Tapi katanya kalau ada kawan-kawan yang nak panggil anak bossku, dia tak boleh halang malah doakan anaknya jadi bos suatu hari nanti.
Tapi kalau korang tengok perangai Dean yang juga anak jati Temerloh, Pahang ni dia memang jenis suka berjenaka, korang boleh tengok sendiri gambar dan video yang dia letak kat facebooknya.
Dean tengah ‘spa’
Dean sewaktu jadi pemain bola..
Sumber : facebook
Tak tau lah reaksi anaknya kalau dia betul-betul letak nama Muhammad Bossku, mau tak nak keluar rumah..haha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/isteri-melenting.html