Seronok Dapat Chicken Dinner Dalam Pubg Tapi Anak Dan Isteri Diabaikan Ramai Suami Yang Sentap Dengan Teguran Ini


'Seronok dapat Chicken Dinner dalam PUBG, tapi anak dan isteri diabaikan...' - Ramai suami yang sentap dengan teguran ini


Suami Ketagihan Game
Saya pernah jadi seperti ini. Telefon sentiasa di tangan. Masa sentiasa tidak cukup. Semua benda atau perkara lain adalah gangguan

WhatsApp dari isteri dirasakan leceh. Apatah lagi video call. Hati rasa benda itu sangat mengganggu. Nak tak nak terpaksa jugak jawab. Bila jawab dengan keadaan sebegini, perbualan selalunya akan menjadi ringkas dan tidak berkualiti. Selalu juga akan berakhir dengan ketidakpuasan si isteri atau pergaduhan kecil

Kadang-kala isteri call untuk bertanya khabar, bermanja atau sekadar melepaskan kerinduan serta kebosanan di rumah. Tetapi dibalas dengan dingin. Ditanya sepatah, jawab pun sepatah. Mana taknya, hati dah panas kerana permainan terganggu


Bila di rumah pula, anak-anak perlukan perhatian, bantuan kerja sekolah atau sekadar bermanja, anda menjadi rimas dan terganggu. Semuanya kalau boleh tangguhkan, "nanti-nantilah ayah tengok, ayah sibuk ni". Padahal sibuk dengan game

Berhenti membohongi diri anda. Memang ini yang anda rasa. Inilah realitinya dan kenapa ianya adalah satu penyakit yang semakin merebak dan membahayakan rumah tangga

Game is fun. Permainan itu suatu yang menyeronokkan. Ianya menjadi satu kepuasan apabila kita berjaya di dalam objektif game itu sama ada, mendapat chicken dinner di dalam PUBG, memenangi perlawanan di dalam Mobile Legends atau karektor yang semakin kuat dan hebat di dalam game MMORPG (massively multiplayer online, Role Playing Game) seperti Lineage 2, AxE dan lain-lain

Game itu sendiri secara dasarnya tidak salah. Tetapi apabila ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk bermain, di sini datangnya masalah itu

Kita semua ada 24 jam di dalam sehari. Seorang yang normal memerlukan 8 jam untuk mendapat tidur yang cukup. Baki 16 jam akan ditolak lagi sebanyak 9 bekerja dan 1 jam perjalanan pergi balik ke tempat kerja (lebih kurang). Pada penghujung hari, tinggallah 6 jam untuk membuat perkara lain dan bersama keluarga

Di sini datangnya masalah. Masa yang tinggal itu akan direbut dan ditagih oleh ahli keluarga. Tetapi bagaimana pula kalau masa itu juga dihabiskan dengan bermain game


Seringkali penggemar game akan sentiasa mengeluh tentang tiadanya masa yang cukup untuk diri sendiri. Mereka juga akan menegaskan yang mereka juga ada hobi dan bermain game inilah hobi mereka. Jadi, isteri dan anak-anak wajib faham dan beri ruang yang secukupnya

Tak sedar lagi? Baca semula perenggan di atas dan sedarlah yang anda dah letak game itu lebih tinggi dari keluarga. Masa dengan keluarga tidak akan kembali. Jika anda terlepas masa itu, jangan harap anda akan dapatkannya semula

Berhenti gunakan ayat, "mujurlah abang tak melepak sana sini, main perempuan dan lain-lain, sekurang-kurangnya abang sentiasa ada kat rumah". Ayat ni teramat tidak cerdik. Apalah gunanya jasad di depan mata tetapi tidak bernyawa? Tiada gunanya. Percayalah

Isteri anda akan rasa tidak dihargai, diabaikan, dirasakan tidak penting, tidak dihormati, tidak disayangi dan tidak dipedulikan


Jika anda rasa melampau si isteri rasa macam tu, anda sebenarnya dah terlalu jauh mengabaikan isteri anda untuk tidak lagi memahami perasaan isteri

"Ahhh, aku main game nie suka-suka je, bukan ketagih pun". Jom kita tengok tanda-tanda suami ketagihan game
Bila suami nampak lebih gembira bermain game berbanding menghabiskan masa dengan orang lain atau ahli keluarga.Bila suami sangat keberatan untuk keluar berjumpa ahli keluarga lain atau saudara mara dan lebih suka tidak keluar dari rumah untuk bermain game.Bila suami menghabiskan masa berjam-jam dengan bermain game sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai suami, bapa dan sentiasa tidak mengendahkan kerja-kerja di rumah.Bila suami secara konsisten akan bermain game setiap petang atau malam.Prestasi kerja suami semakin menurun. Mereka sering lewat ke tempat kerja, sentiasa mengantuk dan tidak cukup tidur akibat bermain game.Suami tidak lagi berminat untuk bersukan atau ke taman berjalan bersama anak dan isteri.Sahabat handai dan saudara mara terdekat seringkali bercakap mengenai betapa suami sering bermain game.Suami sering menipu mengenai berapa lama mereka bermain game dan sentiasa berjanji yang ianya tidak akan lama dan seringkali bertukar kepada berjam-jam lamanya.
Jika anda atau suami ada tanda-tanda seperti di atas, berhentilah menipu diri sendiri dan mengakulah yang anda adalah seorang penagih game


Bagaimana nak mengatasi masalah ini

✔ Jangan terjebak sekali dengan masalah suami dengan bermain game bersama. Mungkin anda akan rasa anda meluangkan masa berdua, sebenarnya tidak dan ianya menjadi bertambah buruk jika pasangan sudah mempunyai anak

✔ Mengabaikan masalah itu atau membiarkan suami dengan ketagihan game hanya akan memburukkan lagi masalah. Jangan abaikan, teruskan menasihati. Teruskan cuba mencuri masanya. Jangan putus asa sehinggalah dia sedar yang game itu tidak akan membantu apa-apa

✔ Katakan pada suami yang anda mencintainya, anda risaukan ketagihan gamenya, anda rindukan masa bersama, terangkan yang ketagihan itu telah membuatkan suasana yang tidak baik di rumah dan akhirnya, berterus teranglah kepada suami yang ketagihan game dia bakal membuatkan rumahtangga anda retak

✔ Jangan sekali-kali letakkan diri di bawah game ataupun kurang penting dari game. Anda lebih penting, anda lebih utama. Dapatkan semula suami anda ! Jangan biarkan suami utamakan game dari anda dan anak-anak

✔ Jika suami tetap tidak mahu berubah, cadangkan untuk bertemu dengan pakar kaunseling rumah tangga

✔ Dan di pengakhirannya, berikan kata dua, game atau anak dan isteri

Kepada suami, fikirkan semula, berbaloi ke? Berbaloi ke lebihkan game berbanding kehidupan yang dipenuhi kegembiraan yang benar dan nyata? Insaflah. 
Bila sudah berkeluarga ini, masa sepatutnya dihabiskan bersama mereka kerana apabila kita terlantar di katil hospital nanti, bukan game yang akan menjaga kita, bukan game yang akan menyuapkan nasi ketika kita sudah tidak mampu makan sendiri, bukan game juga yang akan duduk di tepi katil berdoa dan memberi semangat apabila nyawa kita berada di penghujungnya nanti


Buanglah ketagihan itu. Kembalilah kepada keluarga. Anak dan isteri anda sangat merindui anda

Kepada si isteri, terimalah kenyataan yang suami anda mempunyai masalah. Bantulah dia, kembalikan matanya kepada anda dan keluarga

Sebelum saya terlupa, berhenti mengungkit tentang pengorbanan anda sebagai seorang ayah atau suami setiap kali ditegur pasal game. Itu bukan alasan untuk menghadap telefon berjam-jam dan bukan anda seorang sahaja yang berkorban untuk keluarga

Game itu menyeronokkan. Tetapi ketagihan game itu adalah masalah yang boleh membawa kepada keretakan rumah tangga

Kepada yang belum berkahwin, bawa-bawalah berhenti bermain game. Nanti sedar tak sedar anda dah 30an dan masih tinggal seorang diri. Berhentilah dari membuang masa

Semoga bermanfaat. Silakan kongsi penulisan ini supaya ia dapat membuka lebih banyak mata mengenai permasalahan ini

Jemput follow saya, Akhtar Syamir
Seperti artikel ini, saya juga selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa

Sumber: BroOhsem

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/01/seronok-dapat-chicken-dinner-dalam-pubg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 769 hits
Ozlynn pelakon popular yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak telah berkongsi satu posting di laman instagramnya tentang suami dan anak anaknya Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq 14 Sodiq 9 Haziq 6 Chantiq 4 ...
Isteri Melenting Lepas Suami Namakan Anak Muhammad Bossku

Isteri Melenting Lepas Suami Namakan Anak Muhammad Bossku

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 629 hits
Korang perasan tak lately ni tagline bossku kemain laku khususnya di media sosial malah dalam komunikasi seharian turut menggunakan perkataan tersebut tak kisahlah tengah bersembang ke on the phone ke atau tengah ber whatsapp Menurut sumber...
Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

Berang Disuruh Hantar Anak Ke Sekolah Suami Belasah Isteri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 689 hits
Berang disuruh hantar anak ke sekolah suami tergamak menampar menendang dan menumbuk kepala isterinya dalam kejadian 8 Februari 2018 Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 30 pagi di rumah pasangan itu di Gong Badak Kuala Nerus suspek berus...
Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

Kami Masih Lagi Suami Isteri Tapi

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 323 hits
Sehingga kini ramai mempersoalkan status sebenar rumah tangga Tauke dan isteri selepas lafaz talak menerusi Whatsapp baru baru ini Jelas Tauke mereka masih The post appeared first on
Jangan Bercerai Kerana Hal Remeh Temeh Seperti Ini Ini Teguran Khas Buat Suami Isteri Di Luar Sana

Jangan Bercerai Kerana Hal Remeh Temeh Seperti Ini Ini Teguran Khas Buat Suami Isteri Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 415 hits
Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya Beliau telah memfailkan Tuntutan kembali taat Semasa prosiding seperti yang dilaporkan oleh wartawan Bukan sahaja baju dan selua...
Isteri Naik Angin Anak Dinamakan Muhammad Bossku Suami Kata Nak Malu Apa Isteriku

Isteri Naik Angin Anak Dinamakan Muhammad Bossku Suami Kata Nak Malu Apa Isteriku

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 994 hits
DI sana bossku di situ bossku di mana mana sahaja orang ramai terutama netizen mula menyebut perkataan tersebut apabila ia menjadi trend di laman sosial Difahamkan perkataan bossku merupakan slanga yang digunakan oleh anak anak muda termasu...
Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu Kongsikan Agar Ramai Tahu

Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tak Tahu Kongsikan Agar Ramai Tahu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 596 hits
Lahir anak pertama perempuan kedua pun perempuan Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak l...
Dah Beribu Habis Untuk Rawat Kakak Tapi Allah Belum Izinkan Pendedahan Kisah Kahwin Lari Dengan Suami Orang

Dah Beribu Habis Untuk Rawat Kakak Tapi Allah Belum Izinkan Pendedahan Kisah Kahwin Lari Dengan Suami Orang

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 579 hits
Ramai rakyat Malaysia yang ambik keputusan menikah di Tahiland Tak tahu la apa alasan mereka Tapi ada satu kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Diyana Zahari tentang pengalaman keluarganya yang berdepan dengan masalah ahli keluarga ...
Anak Umur 2 Tahun Dah Boleh Pakai Ubat Gigi Berflourida Tapi Dengan Syarat Doktor Gigi Kongsi Tentang Ubat Gigi

Anak Umur 2 Tahun Dah Boleh Pakai Ubat Gigi Berflourida Tapi Dengan Syarat Doktor Gigi Kongsi Tentang Ubat Gigi

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 440 hits
Pemilihan ubat gigi penting untuk anak anda terutama yang berumur 4 tahun ke bawah Tidak semua ubat gigi sesuai untuk anak kecil Ikuti saranan doktor tentang ubat gigi berflorida dan bilakah sesuai digunakan oleh anak anda Doktor anak saya ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids