Ismail Sabri Tpm Paling Cepat Dilantik Pm Dalam Sejarah


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


KUALA LUMPUR: Tidak sampai 2 bulan mengisi jawatan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (pix) hari ini diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab besar sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu adalah bagi mengisi kekosongan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri kelapan pada 16 Ogos lepas susulan kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Ia berikutan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen Umno terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin, yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Parti Bersatu.

Ismail Sabri, 61, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Malaya (UM) itu dilihat layak menyandang jawatan berkenaan dengan kualiti kepimpinan dan pengalaman luas yang dimilikinya selama bergelar ahli politik dan pentadbiran kerajaan.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno menganggotai barisan Jemaah Menteri sejak 2008 sehingga 2018, sebelum kembali semula pada Mac tahun lepas, selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dilantik Sebagai PM Ke-9 Malaysia Ismail Sabri diberi kepercayaan untuk memegang portfolio Menteri Pertahanan selain diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) bagi menangani aspek bukan kesihatan situasi Covid-19 negara.

Sepanjang lebih setahun menjalankan amanah tersebut, Ismail Sabri disifatkan tegas serta cukup prihatin dengan permasalahan rakyat selama pandemik melanda negara.

Ia dibuktikan dengan memajukan isu-isu rakyat tersebut ke dalam Mesyuarat Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan perdana menteri seterusnya membuat keputusan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ismail Sabri dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 7 Julai lepas dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Sebelum ini, Ismail Sabri pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan pada Mac 2008 hingga April 2009, sebelum beralih kepada tugas sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada April 2009.

Pada Mei 2013 hingga Julai 2015, beliau dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum berlakunya rombakan Kabinet yang menyaksikan beliau kemudiannya memegang tugas sebagai Menteri, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Antara inisiatif terkenal yang dilaksanakannya ketika menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani termasuklah ‘jihad memerangi orang tengah’, selain memperkenalkan inisiatif ‘Mara Digital’, supaya golongan bumiputera tidak ketinggalan dalam perniagaan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat, ketika menggalas tugas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Ismail Sabri memulakan karier sebagai peguam pada 1985 selain pernah menggalas tugas sebagai Pengarah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Anak kelahiran Temerloh, Pahang itu berkahwin dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan tiga anak lelaki serta seorang anak perempuan.

Beliau mula bergiat aktif dalam politik pada 1987 sebagai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Temerloh, sebelum dilantik Ketua Penerangan bahagian setahun kemudian sebelum dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Temerloh pada 1993.

Pada 1995 beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan (ketika itu) Datuk Sabaruddin Chik, sebelum memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh dan tiga tahun kemudiannya sebagai Ketua Umno bahagian itu pada 2001.

Pada Mac 2004, beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11) bagi kerusi Parlimen Bera dan menewaskan Ab Wahab Ismail dari PAS dengan majoriti 4,470 undi, manakala PRU ke-12 pada Mac 2008 juga menyaksikan beliau menewaskan Mazlan Aliman, juga dari PAS dengan majoriti 3,821 undi.

Pada Ogos 2008, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Bera dan pada Mac 2009, beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno penggal 2008/2011 sebelum sekali lagi pada penggal 2013/2016.

PRU ke-13 pada Mei 2013 dan PRU ke-14 pada Mei 2018, pula menyaksikan beliau terus mempertahankan kerusi Parlimen Bera dalam pertandingan tiga penjuru apabila menewaskan Zakaria Abdul Hamid dari PKR dan calon Bebas dalam kedua-dua pilihan raya itu.

Pada Julai 2018, beliau dipilih sebagai Naib Presiden Umno bagi penggal 2018/2021 dan pada 2018 sehingga Mei 2019, beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Pada Mac 2018 pula beliau dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14, dan kini beliau menjawat kerusi Naib Presiden Umno bagi penggal 2018/2021.

-Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/ismail-sabri-tpm-paling-cepat-dilantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Hamzah Calon Baharu Pm Tpm Kerajaan Pn

Ismail Sabri Hamzah Calon Baharu Pm Tpm Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 355 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur hari ini dipercayai berhubung rancangan pembentukan kerajaan baharu ...
Tpm Jika Bersatu Calonkan Azmin Tidak Beretika Untuk Ismail Sabri Menolaknya

Tpm Jika Bersatu Calonkan Azmin Tidak Beretika Untuk Ismail Sabri Menolaknya

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 192 hits
Nama Azmin Ali semakin hangat disebut sebut sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri untuk digandingkan dengan Ismail Sabri Yaakob bagi menerajui negara Meskipun keputusan melantik Timbalan Perdana Menteri adalah hak mutlak Ismail Sabri selak...
Kabinet Ismail Sabri Tanpa Tpm

Kabinet Ismail Sabri Tanpa Tpm

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 379 hits
Kabinet Ismail Sabri tanpa TPM Pada saat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah di Istana Abdul Aziz Kuantan sebentar tadi spekulasi barisan k...
Tiada Tpm Dalam Kabinet Ismail Sabri

Tiada Tpm Dalam Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 300 hits
Pada saat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah di Istana Abdul Aziz Kuantan sebentar tadi spekulasi barisan kabinet baharu kerajaan beliau k...
Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

Umno Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan Pn Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 302 hits
BERA UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid 19 Dalam kenyataannya UMNO Bahagian Bera ber...
Ismail Sabri Bakal Pilih Peja Sebagai Tpm

Ismail Sabri Bakal Pilih Peja Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 249 hits
August 24 2021 Pemilihan pemimpin dalam kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat langkah terbaik untuk menjamin keharmonian dalam kerajaan Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Pro...
Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

Terima Sokongan Penuh Ismail Sabri Jadi Calon Pilihan Mkt Umno Untuk Dilantik Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 349 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menyokong penuh pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang baharu Perkara ini dimaklumkan oleh salah seorang ahli MKT yng terlibat secara langsung dalam mesyuarat ya...
Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 444 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40 dan Perkara 43 Perlembagaan Persek...
Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 228 hits
SHAHBUDIN HUSINSelain mungkin sedang sibuk mencalonkan nama menteri menteri gabungan Perikatan Nasional yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar iaitu 50 dalam kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri Yaakob juga pastinya begitu mengidamkan ...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga