Ismail Sabri Bakal Pilih Peja Sebagai Tpm


 



August 24, 2021 Pemilihan pemimpin dalam kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat langkah terbaik untuk menjamin keharmonian dalam kerajaan.
Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, tiga nama daripada Bersatu yang dilihat layak dan berpotensi mengisi posisi itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Menurutnya, kelayakan itu berdasarkan pengalaman politik dan kekananan dalam parti serta prestasi dalam kerajaan.
“Walaupun jawatan itu tiada dalam perlembagaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melantik salah seorang pemimpin kanan daripada Bersatu bagi menjamin keharmonian dalam perikatan itu.
“Saya berpandangan, salah seorang daripada mereka tetapi bergantung kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin).
“Sebelum ini, jawatan Perdana Menteri dipegang oleh Bersatu.
“Walaupun dalam tempoh singkat, UMNO kemudian menjadi timbalan.
“Itu adalah masa untuk UMNO membalas jasa dengan menyeimbangkan kedua-dua jawatan ini. Ia dapat menjamin keharmonian dalam perikatan berkenaan, selain memudahkan Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Jeniri berkata lagi, memang wajar dan menjadi hak Bersatu untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa justifikasi, antaranya Perdana Menteri sudah menjadi milik UMNO.
Selain itu katanya, Bersatu merupakan parti kedua terbesar dalam blok kerajaan menjadikan ia paling berhak menuntut jawatan berkenaan.
Apa pun katanya, Timbalan Perdana Menteri yang dilantik perlu mudah untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, selain dapat menguatkan lagi kedudukan kerajaan dalam usaha melaksanakan tugas harian dan dasar yang diputuskan.
“Gandingan di antara PM dan TPM amat penting kerana mereka perlu serasi dan saling membantu dalam urusan dan keputusan besar.
“Hak melantik TPM di tangan Perdana Menteri. Dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, tiada TPM dan dalam perlembagaan juga tiada, hanya lantikan politik.
“Disebabkan konvensi atau amalan sejak zaman dahulu lagi, boleh untuk kita meneruskan kesinambungan dan kepimpinan dalam kerajaan,” katanya.
Katanya, Ismail Sabri juga harus mempertimbangkan cadangan mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memilih salah seorang dalam kalangan pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Jelasnya, dua nama yang harus dipertimbangkan ialah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
“Lagi baik kalau dapat wujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana kenapa tidak untuk ambil peranan dengan mengambil orang Borneo?
“Ia sesuai dengan aspirasi asal pejuang kemerdekaan Malaysia,” ujarnya.
Sumber 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/ismail-sabri-bakal-pilih-peja-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 324 hits
Kow Gah ChieSemua 35 ahli parlimen Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru Bercakap kepada Malaysiakini anggota Majlis Tertinggi Bersat...
Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

Kalau Tidak Peja Ismail Sabri Pujuklah Mahiaddin Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 257 hits
SHAHBUDIN HUSINSelain mungkin sedang sibuk mencalonkan nama menteri menteri gabungan Perikatan Nasional yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbesar iaitu 50 dalam kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri Yaakob juga pastinya begitu mengidamkan ...
Bursa Malaysia Menjunam Ura Ura Pelantikan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

Bursa Malaysia Menjunam Ura Ura Pelantikan Ismail Sabri Sebagai Pm Baru

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 657 hits
August 20 2021 Bursa Malaysia ditutup dalam lingkungan negatif pada Khamis berikutan perkembangan politik semasa dan turut seiring dengan prestasi bursa bursa serantau FTSE Bursa Malaysia KLCI yang menjadi penanda aras pasaran turun 10 29 m...
Sarapan Diganggu Oyen Ismail Sabri Dapat Ucapan Tahniah Awal Bakal Pm

Sarapan Diganggu Oyen Ismail Sabri Dapat Ucapan Tahniah Awal Bakal Pm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 297 hits
Tangkap layar gambar Ismail Sabri sedang bersarapan bersama Oyen pagi tadi PETALING JAYA Seakan menerima bayangan awal itu yang dapat digambarkan berhubung karenah rakyat apabila rata rata mereka mula mengucapkan ucapan tahniah kepada Datuk...
Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 501 hits
Oleh LIM KIT SIANG August 16 2021Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid 19 dan juga menyalakan semangat untuk Impia...
Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 472 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40 dan Perkara 43 Perlembagaan Persek...
Terima Kasih Kerana Pilih Ismail Sabri Nazri

Terima Kasih Kerana Pilih Ismail Sabri Nazri

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 238 hits
Irwan Muhammad ZainNazri juga mengajak semua Ahli Ahli Parlimen UMNO agar melupakan sengketa lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional melawan COVID 19 dan memulihkan ekonomi negara Gambar fail KUALA LUMPUR Keputusan Majli...
Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 319 hits
Parti Perikatan Nasional secara sebulat suara telah bersetuju calonkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang baharu Menurut kenyataan dikeluarkan oleh P...
Majlis Tertinggi Umno Menyokong Pencalonan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Baharu

Majlis Tertinggi Umno Menyokong Pencalonan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri Baharu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat sebentar tadi Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini dalam pertemuan dengan ahli ahli Parli...
Court Permits Zara Qairina S Parents To Be Part Of Inquest Into Her Death

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium

New Traffic System At Klia What You Need To Know About The 10 Minute Drop Off Pick Up Rule

Tengku Permaisuri Selangor Bertitah Tiada Pihak Harus Ganggu Gugat Peranan Asal Uitm

Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Buah Pear Korea

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Undercover Dream Club Bicara Chord

How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen