Kabinet Ismail Sabri Tanpa Tpm



Kabinet Ismail Sabri tanpa TPM?. Pada saat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Abdul Aziz, Kuantan sebentar tadi, spekulasi barisan kabinet baharu kerajaan beliau kini semakin hangat diperkatakan.
Secara umumnya, ramai pihak sudah menduga hasrat sebenar Ismail Sabri menghadap Seri Paduka Baginda pada Khamis adalah bertujuan mempersembahkan senarai nama barisan kabinet baharu bagi membantu negara mendepani krisis Covid-19 dan ekonomi ketika ini.
Jangkaan itu diperkuatkan lagi dengan kejayaan Naib Presiden UMNO itu memeterai persefahaman dengan ketua-ketua parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis secara bersama, pada Rabu.
Lebih-lebih lagi, persefahaman antara kerajaan dan pembangkang yang difahamkan lebih berbentuk perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) itu, dipercayai mematikan segala helah atau taktik pihak tertentu di dalam kerajaan yang cuba mendesak Ismail Sabri bagi mendapatkan jawatan politik dalam kerajaan baharu.
Hal ini kerana sejak Sabtu lalu, pelbagai pihak sudah mengemukakan tuntutan dan pandangan agar parti mereka diberikan jawatan penting dalam kabinet baharu kerajaan dipimpin Ismail Sabri, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Selain jawatan nombor dua dalam pentadbiran kerajaan itu dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beberapa ahli Parlimen dari Sarawak turut menggesa Ismail Sabri melantik Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan pemimpin dari dua negeri berkenaan.
Daripada pihak Bersatu, Sinar Premium difahamkan terdapat empat nama disebut-sebut bakal dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu.
Nama berkenaan adalah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; serta dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
Untuk calon jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Sarawak, nama pemimpin yang dikatakan layak untuk dipilih adalah bekas Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof serta Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Setakat tengah hari Khamis, beberapa pemimpin politik kerajaan yang dihubungi Sinar Premium masih ‘mengunci mulut’ apabila ditanyakan soal pembentukan kabinet baharu.
Bagi Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, beliau sendiri masih tidak mendapat sebarang gambaran barisan jemaah menteri baharu yang bakal dilantik Ismail Sabri.
Bahkan, Ahli MPT Bersatu itu menegaskan beliau tiada masalah sekiranya tidak dicalonkan kembali untuk dilantik sebagai menteri dalam kabinet baharu.
“Jujurnya, saya sendiri masih tidak tahu…Masih tiada gambaran lagi siapa bakal dilantik dalam jemaah menteri kabinet baharu. Itu urusan Perdana Menteri.
“Kalau saya tidak dilantik pun, saya tiada masalah. Kita masih ada banyak saluran lain untuk digunakan bagi menyampaikan isu permasalahan rakyat kepada kerajaan baharu,” katanya kepada Sinar Premium.
Bagaimanapun, Mohd Redzuan menjangkakan saiz kabinet baharu kerajaan diterajui Ismail Sabri berkemungkinan lebih kecil dan praktikal.
Pandangan Mohd Redzuan turut dipersetujui penganalisis politik daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Profesor Tan Sri Nordin Kardi yang mencadangkan kerajaan Ismail Sabri perlu mencontohi saiz kabinet kerajaan Britain yang melantik tidak lebih 23 menteri.
Nordin turut mengajak mana-mana ahli Parlimen kerajaan yang tidak dilantik dalam kabinet baharu supaya berjiwa besar untuk menyumbang kepada negara tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.
ISMAIL SABRI  
Kosongkan jawatan TPM?
Sementara itu, seorang pemimpin UMNO yang enggan dikenali tidak menolak kemungkinan jawatan Timbalan Perdana Menteri mungkin akan dikosongkan oleh Ismail Sabri buat sementara, sekurang-kurangnya sehingga usul undi percaya terhadap beliau pada sidang Parlimen diadakan.
Jelas pemimpin UMNO berkenaan, langkah itu penting bagi mengendurkan tuntutan parti-parti dalam kerajaan baharu, di samping membolehkan Ismail Sabri ‘membeli masa’ untuk terus berunding dengan parti-parti menyokong kerajaan bagi tujuan berkenaan.
“Sekiranya Ismail Sabri gagal mengagihkan jawatan TPM dan portfolio kementerian yang kritikal secara saksama, risiko beliau bakal kehilangan sokongan pihak yang melobi jawatan berkenaan tetap ada walaupun perjanjian CSA dengan PH sudah dimeterai.
“Justeru, saya jangkakan beliau akan membuat tindakan selamat untuk mengosongkan sementara jawatan TPM sehingga rundingan dengan parti-parti membentuk kerajaan baharu mencapai titik persamaan,” katanya.
Situasi ini mungkin menyamai apa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lalu yang melantik empat Menteri Kanan dalam kabinetnya dan mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dari sudut pandang penglibatan pembangkang dalam kerajaan baharu, satu perkara menarik yang dapat dilihat umum ketika ini adalah keterbukaan ahli-ahli Parlimen menyokong kerajaan untuk menyerahkan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kepada pihak pembangkang.
Perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan kini diulangi semula oleh bekas penyandang jawatan berkenaan, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jelas Ahli Parlimen Pengerang itu, sekiranya kerajaan serius mengenai pembaharuan dan kerjasama dwipartisan, beliau yang melepaskan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu percaya tempatnya patut diganti oleh wakil pembangkang.
Cadangan itu menyusul pertemuan Ismail Sabri dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju mengenai kepentingan reformasi institusi dan pemerintahan baik.
Bagaimanapun, seorang lagi sumber ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meramalkan kerajaan baharu hanya akan melibatkan ahli-ahli Parlimen pembangkang dalam beberapa jawatankuasa khas yang penting bagi menangani krisis Covid-19 dan ekonomi.
“Kemungkinan besar tiada ahli Parlimen pembangkang yang dilantik menggalas jawatan penting dalam kerajaan Ismail Sabri kelak.
“Cuma sekiranya mereka dilibatkan dalam sebilangan jawatankuasa khas penting bagi tangani krisis Covid-19 dan ekonomi negara, ya…perkara itu jelas,” katanya.
Soal siapa ‘lekat’ dan siapa ‘tidak lekat’ dalam senarai, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada Pak Long Mail nanti.
Dalam pada itu, setakat petang tadi, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan tiada pengumuman senarai kabinet akan dibuat Ismail Sabri pada hari ini.
Kabinet Ismail Sabri tanpa TPM?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia [VIDEO] Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO] Tak halal dunia akhirat – Amy Search Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik Myvi Langgar Lari Viva Hingga Terbalik Nyaris Langgar Pejalan Kaki [VIDEO] Lan Pet Pet kini pembantu peguam Negara tanpa pesawat rasmi Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib Layari Laman Facebook MYKMU
The post Kabinet Ismail Sabri tanpa TPM? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/26/kabinet-ismail-sabri-tanpa-tpm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tpm Dalam Kabinet Ismail Sabri

Tiada Tpm Dalam Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 266 hits
Pada saat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah di Istana Abdul Aziz Kuantan sebentar tadi spekulasi barisan kabinet baharu kerajaan beliau k...
Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

Bersatu Sokong Ismail Sabri Sebagai Pm Hamzah Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 263 hits
Kow Gah ChieSemua 35 ahli parlimen Bersatu telah diarahkan oleh presiden parti Muhyiddin Yassin untuk menyokong Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baru Bercakap kepada Malaysiakini anggota Majlis Tertinggi Bersat...
Senarai Kabinet Ismail Sabri Macam Kabinet Muhyiddin Saja Ni

Senarai Kabinet Ismail Sabri Macam Kabinet Muhyiddin Saja Ni

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 372 hits
ISMAIL Sabri Yaakob mengekalkan majoriti menteri kabinet Muhyiddin Yassin dalam senarai anggota jemaah menterinya dan beberapa menteri dan timbalan menteri ke portfolio lain Perdana menteri kesembilan itu juga mengekalkan format asal kabine...
Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

Ismail Sabri Umum Senarai Penuh Kabinet Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 369 hits
Berikut merupakan senarai penuh Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa Azmin Ali Timbalan Lim Ban Hong Menteri Kanan P...
Najib Dedah Mengapa Ismail Sabri Lantik Kabinet Recycle

Najib Dedah Mengapa Ismail Sabri Lantik Kabinet Recycle

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 335 hits
tuncarlos comKENYATAAN DATUK SERI NAJIB RAZAK Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini Seolah olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet recycle Bagaimanapun sa...
Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

Umno Zahid Dan Najib Restu Kabinet Ismail Sabri Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 373 hits
agendaily com27 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengulas mengenai barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini Mungkin...
Saya Faham Kenapa Pm9 Dan Ydp Agong Membuat Keputusan Berikut Najib Bersuara Mengenai Kabinet Baru Ismail Sabri

Saya Faham Kenapa Pm9 Dan Ydp Agong Membuat Keputusan Berikut Najib Bersuara Mengenai Kabinet Baru Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 635 hits
SHAH ALAM Pembangkang menyifatkan anggota kabinet yang dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama seperti lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense