Informasi Merbahaya Pindaan Perlembagaan Percubaan Yb Ahmad Fadhli Shaari




SAYA mengambil bahagian untuk turut berucap membahaskan RUU meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Dalam masa yang diberi 5 minit itu, saya tekankan kepada beberapa perkara agar Dewan menimbangkan semula usul mengembalikan status Sabah dan Sarawak kepada perjanjian pembentukan Malaysia 1963. Dalam erti kata lain, Sabah, Sarawak dan Neger-negeri Tanah Melayu dikira tiga entiti yang membentuk Malaysia.Saya merujuk kepada satu kes klasik iaitu The Government of the State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya and Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1963 yang menyaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Thomson telah menyatakan bahawa 'Sabah, Sarawak dan Singapura telah disatukan (federated) dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu' dan bukannya 'disatukan dengan Persekutuan Tanah Melayu'. Ia menunjukkan taraf yang sama di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Terima kasih Peguam, Wan Rohimi Wan Daud yang telah membekalkan maklumat ini lewat Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Malaysia.Hujah ini sekali gus menafikan Ahli-ahli Parlimen PH yang berulang kali menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak ialah 'equal partner' (rakan kongsi yang mempunyai hak sama) dengan Semenanjung sebagai satu entiti. Hakikatnya kedua-dua negeri ini mempunyai hak yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung.Adakah Majlis Raja-raja telah dirundingi memandangkan ada kemungkinan pindaan ini boleh menyebabkan berkurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri Sabah dan Sarawak bermula 1976. Jika kembali kepada senario 1963, tidakkah secara tidak langsung menidakkan YDPA sebagai Ketua Agama Islam di dua buah negeri tersebut? Di mana jika ia berlaku, Majlis Raja-raja hendaklah dirundingi.Mampukah kerajaan berdepan dengan hubungan yang agak tegang dengan Majlis Raja-raja selepas isu penarikan balik Statut Rome dan terkini perletakan jawatan Menteri Besar Johor mencalarkan imej hubungan Kerajaan Malaysia dengan Majlis Raja-raja?Pindaan yang ingin dibuat ini pada zahirnya memang tiada kaitan dengan perkara tersebut, namun apabila Perdana Menteri menyatakan dalam huraiannya bahawa pindaan ini hanyalah merupakan satu permulaan kepada pindaan-pindaan lain yang pada akhirnya akan membawa Sabah dan Sarawak 'sepenuhnya' kepada senario 1963, isu ini dibangkitkan kerana pada tahun 1963, SPB YDPA belum menjadi ketua agama Islam bagi kedua-dua negeri tersebut.Hasrat saya ialah agar Perdana Menteri semasa penggulungannya menyatakan dengan tegas dan pasti bahawa "Kerajaan sama sekali tidak akan menyentuh keduduka  SPB YDPA sebagai Ketua Agama di kedua-dua negeri tersebut sekarang dan pada bila-bila masa akan datang" agar ia tercatat di dalam minit dan hansard.Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak memberikan maklum balas terhadap isu tersebut.Jika isunya adalah berkaitan dengan pembahagian kek ekonomi yang dilihat tidak seimbang, saya syorkan agar ia diselesaikan melalui amalan federalisme yang dihormati dan tidak perlu melalui pindaan perlembagaan. Berikan Sabah dan Sarawak hak yang mereka patut nikmati kerana keadilan itu meletakkan sesuatu pada tempatnya.
AHMAD FADHLI SHAARIAhli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 10/4/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/04/informasi-merbahaya-pindaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Tadi Pindaan Perlembagaan Tak Dapat Majoriti 2 3

Malam Tadi Pindaan Perlembagaan Tak Dapat Majoriti 2 3

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 306 hits
DR MAHATHIR membentangkan Rang Undang Undang Perlembagaan Persekutuan Artikal 1 pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen Foto BernamaKUALA LUMPUR Rang Undang Undang Perlembagaan 2019 tidak mendapat majoriti dua pertiga untuk dilul...
Percubaan Baharu Sharnaaz Ahmad

Percubaan Baharu Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 683 hits
Sejak kebelakangan ini kotak televisyen sudah tidak lagi digunakan untuk menonton program program daripada rangkaian percuma mahupun satelit Menerusi perkembangan internet berkelajuan tinggi dan pembangunan platform penstriman digital khala...
Nubhan Ahmad Tembusi Pasaran Indonesia

Nubhan Ahmad Tembusi Pasaran Indonesia

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 236 hits
Kembali aktif dalam bidang seni Nubhan Ahmad mengatur langkah dengan menjalin kerjasama bersama sebuah band Indonesia untuk single terbaharunya Penyanyi Nubhan sudah bersedia untuk kembali aktif menyanyi selepas empat tahun berehat daripada...
Kenapa Mahu Sangat Iktiraf Uec Anuar Ahmad

Kenapa Mahu Sangat Iktiraf Uec Anuar Ahmad

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 298 hits
SIJIL Peperiksaan Bersepadu kembali menjadi isu apabila Peguam Negara Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan yang mendahului kerajaan apabila bersetuju mengiktiraf sijil UEC untuk kelayakan menduduki Sijil Amalan Guaman Kenyataannya menimbulka...
Nagita Slavina Dikabarkan Hamil Anak Kedua Raffi Ahmad Buka Suara

Nagita Slavina Dikabarkan Hamil Anak Kedua Raffi Ahmad Buka Suara

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 273 hits
Istri Raffi Ahmad Nagita Slavina santer dikabarkan sedang hamil anak kedua Namun Raffi Ahmad menepis kabar jika istrinya sedang hamil
Jawaban Paling Mengejutkan Merry Saat Ditanya Raffi Ahmad Dan Nagita

Jawaban Paling Mengejutkan Merry Saat Ditanya Raffi Ahmad Dan Nagita

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 252 hits
Sebelum bekerja dengan Raffi Ahmad Merry sempat menjalani sejumlah profesi Salah satunya dia pernah menjadi perias pengantin
Merry Menangis Saat Raffi Ahmad Dan Nagita Slavina Datang Ke Kontrakannya Kenapa

Merry Menangis Saat Raffi Ahmad Dan Nagita Slavina Datang Ke Kontrakannya Kenapa

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 229 hits
Raffi Ahmad dan Nagita Slavina mengunjungi kontrakan Merry asistennya yang berada di kawasan Jakarta Selatan Kedatangan mereka ke tempat tinggal Merry yakni untuk menengok Merry yang sedang sakit
Drama Sara Kirana Lakonan Mia Ahmad Dan Hafreez Adam

Drama Sara Kirana Lakonan Mia Ahmad Dan Hafreez Adam

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1829 hits
Para PelakonMia Ahmad Hafreez Adam Jaslin Puasa Eyka Farhana Akmal Ahmad Kuza Rahhim Omar Sinopsis Drama Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya Zulfakar Namun tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan Melayari kehidup...
Merry Bongkar Sifat Asli Raffi Ahmad

Merry Bongkar Sifat Asli Raffi Ahmad

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 220 hits
Merry pun bahkan hafal betul dengan sifat bosnya itu Apalagi dirinya sudah 13 tahun bekerja dengan Raffi Ahmad
Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

What Is Brics Good For

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Petronas Gerik

Kenapa Menjadi Pendengar Yang Baik Menjadi Rahsia Kejayaan Sesebuah Hubungan

5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv

Warga Asing Rempuh Mati Penunggang Motosikal Di Lampu Isyarat Direman

Lelaki Hentikan 57 Kipas Berpusing Guna Lidah

Craving For Roti Nan And Tandoori Naseeb Capati Nan In Pasir Gudang Is A Must Visit