Malam Tadi Pindaan Perlembagaan Tak Dapat Majoriti 2 3



DR MAHATHIR membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan Artikal 1(2) pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 tidak mendapat majoriti dua pertiga untuk diluluskan Dewan Rakyat apabila pengundian dibuat secara belah bahagi, malam ini.Pengundian dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggulung perbahasan mengenai pindaan itu mulai jam 9.30 malam.

Keputusan undian yang dijalankan mendapati 138 daripada 221 wakil rakyat mengundi bersetuju RUU itu diluluskan, manakala 59 wakil rakyat tidak mengundi.Kerusi Sandakan kini kosong selepas wakil rakyatnya meninggal dunia minggu lalu.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan perkara itu sebaik selesai pengiraan undian belah bahagi berkenaan.“Dengan itu, usul ini tidak boleh diteruskan untuk bacaan kali ketiga,” katanya sebelum menangguhkan sidang Dewan Rakyat.Dengan keputusan itu, cubaan pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) meminda Perlembagaan Persekutuan tidak dapat diteruskan.Keputusan undian belah bahagi menetapkan mana-mana pindaan Perlembagaan hanya boleh dipinda jika mendapat undi majoriti dua pertiga atau 148 kerusi daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat sebanyak 222.Ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019, Dr Mahathir berkata, pindaan kepada Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan bertujuan mengembalikan semula status asal Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia 1963.Perdana Menteri berkata, pindaan dibuat kerana kerajaan menyedari hasrat dan tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak agar kedudukan seperti yang dipersetujui ketika Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimeterai dan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 dapat dizahirkan semula.“Pindaan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan itu adalah titik dan masa sangat sesuai bagi kerajaan Pakatan Harapan mengambil langkah pertama dalam merealisasikan kehendak rakyat Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63.“Pindaan ini, dalam apa-apa cara, tidak mengubah fungsi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di bawah sistem federalisme diamalkan di negara ini,” katanya.Pada 4 April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat.Apabila Malaysia dibentuk melalui Perjanjian Malaysia 1963, Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan definisi negeri-negeri Persekutuan terdiri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, serta Singapura.Bagaimanapun, pindaan Perlembagaan pada 1976 menyenaraikan Sabah dan Sarawak, termasuk dalam negeri Persekutuan hingga sekarang.Mengenai cadangan daripada Sabah dan Sarawak supaya Kerajaan Persekutuan meminda tafsiran bagi ungkapan ‘The Federation’ di bawah Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, Dr Mahathir berkata: “Kerajaan tidak bercadang untuk meminda tafsiran itu kerana tafsiran sedemikian dihasratkan untuk digunakan dalam beberapa peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan yang masih berkuat kuasa”.Bagaimanapun, katanya, Sabah dan Sarawak akan terus menikmati hak istimewa sedia ada yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan seperti yang perlu dilaksanakan di bawah MA63.Dr Mahathir menegaskan, pindaan dibentangkan hari ini, tidak dibuat secara terburu-buru untuk memenuhi kehendak mana-mana pihak, malah ia membuka jalan reformasi undang-undang demi capai hasrat semua rakyat.“Pindaan ini perlu dilihat sebagai satu entiti tanpa ada pemisahan Malaysia Timur dan Malaysia Barat,” katanya sambil menegaskan perpaduan negara hendaklah menjadi agenda utama semua pihak yang membentuk Malaysia bagi memastikan negara terus maju dan berdiri teguh sebaris dengan kuasa besar di dunia.Dr Mahathir berkata, pindaan diambil kerajaan ini adalah keputusan wajar dalam merealisasikan tuntutan Sabah dan Sarawak seperti dikemukakan dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan MA63.“Jawatankuasa yang terdiri wakil Kerajaan Persekutuan dan wakil Sabah dan Sarawak termasuk Ketua Menteri, sudah memutuskan bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan supaya diperuntukkan semula peruntukan sama seperti pada 1963 dengan ubahsuaian perlu,” katanya. (BH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/pindaan-perlembagaan-tak-dapat-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Bayangkan Malam Tadi Allah Bagi Rm10 Juta Setiap Seorang Dalam Bank Apa Yang Akan Kamu Lakukan

Cuba Bayangkan Malam Tadi Allah Bagi Rm10 Juta Setiap Seorang Dalam Bank Apa Yang Akan Kamu Lakukan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 344 hits
Setiap ciptaan Allah swt itu indah dan sudah tersusun ikatan kimianya agar kita selalu sedar akan nikmat dan sentiasa bersyukur padanya Akan semua ciptaan Allah itu ada sebab sebabnya dan Begitulah kitaran alam yang Allah dah susun Perhatik...
Informasi Merbahaya Pindaan Perlembagaan Percubaan Yb Ahmad Fadhli Shaari

Informasi Merbahaya Pindaan Perlembagaan Percubaan Yb Ahmad Fadhli Shaari

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 192 hits
SAYA mengambil bahagian untuk turut berucap membahaskan RUU meminda Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan Dalam masa yang diberi 5 minit itu saya tekankan kepada beberapa perkara agar Dewan menimbangkan semula usul mengembalikan status Sabah d...
Drama Nur Miliki 6 Trofi Dalam Dfkl 2019 Malam Tadi

Drama Nur Miliki 6 Trofi Dalam Dfkl 2019 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 408 hits
Nampaknya drama Nur berjaya mendapatkan enam trofi utama di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang turut membawa pulang trofi Drama pilihan Pengarah dan Penulis drama Nur Shahrulezad Mohameddin turut mendapat anugerah dalam kategori...
Video Puting Beliung Di Penang Petang Tadi Habis Rumah Dan Gerai Rosak

Video Puting Beliung Di Penang Petang Tadi Habis Rumah Dan Gerai Rosak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 470 hits
2802 SHARES Kejadian puting beliung telah dilaporkan berlaku di Tanjong Tokong Pulau Pinang petang tadi Menurut laporan banyak rumah dan gerai mengalami kerosakan bumbung rumah Flat tercabut harta benda awam rosak dan pokok tumbang Kejadian...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel D Eastern

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel D Eastern

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 446 hits
Pilihan hotel untuk family vacation kali ini adalah Hotel D Eastern yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah Ipoh Hotel D Eastern adalah hotel budget yang selesa dan luas Sangat sesuai untuk percutian keluarga Untuk percutian keluarga kali ...
Di Uitm Shah Alam Petang Tadi Menyampaikan Ucapan Penggulungan Di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia

Di Uitm Shah Alam Petang Tadi Menyampaikan Ucapan Penggulungan Di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 274 hits
Di UiTM Shah Alam petang tadi menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia
Tolak Pindaan Perlembaaan Silap Abd Aziz

Tolak Pindaan Perlembaaan Silap Abd Aziz

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 259 hits
DARI WAKOPBiacara di wakop dengan Aziz Bari KEGAGALAN pindaan perlembagaan Fasal Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang bakal menjadi titik tolak kepada langkah untuk merealisasikan keinginan rakyat Sabah dan Sarawak selaras dengan perjanj...
Mahkamah Tetapkan 18november Untuk Perbicaraan Kes Pindaan Laporan 1mdb

Mahkamah Tetapkan 18november Untuk Perbicaraan Kes Pindaan Laporan 1mdb

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 235 hits
Foto sumber internet KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula 18 November depan untuk perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad K Arul K...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran