Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Info dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu | Bermula 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban.
Korban, semua orang tahu tapi sejauh mana kita hayati maksudnya.
Bab ibadah korban ni walaupun sunat tapi sangat dituntut dalam Islam. Kalau tak pernah buat, buatlah sekali seumur hidup.
Jom belajar dan ulang kaji serba sedikit ilmu pasal ibadah korban. Topik ni ada dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 mengikut SUKATAN KBSM.
Info dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang
Pengertian Korban
Menyembelih binatang an’am yang dilakukan pada hari Raya Korban atau hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah
Hukum korban
Hukum Korban adalah Sunat Muakkad bagi orang Islam yang mampu dan wajib bagi orang yang bernazar.
Sunat-sunat korban
1. Membaca Bismillah atau bertakbir
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s a w
3. Menghadapkan binatang ke arah Kiblat
4. Memilih binatang yang gemuk
5. Menyembelih sendiri bagi lelaki
Waktu menyembelih
Selepas naik matahari pada hari Raya Korban sekira-kira cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
Masa afdal ialah pada hari Raya Korban sebelum gelincir matahari.
Syarat sah Korban
1. Disembelih dalam waktu korban
2. Disembelih oleh orang Islam
3. Binatang sudah cukup umur
4. Binatang sihat dan tidak cacat
5. Binatang ternakan yang halal
Umur binatang yang dijadikan korban
Biri-biri atau kibas
1 tahun atau lebih atau telah berganti gigi
Kambing
2 tahun atau lebih
Sapi, lembu, kerbau
2 tahun atau lebih
Unta
5 tahun atau lebih
Sumber: Google images
Pembahagian Daging korban
1. Hendaklah di bahagi kepada orang Islam terutamanya fakir miskin. Sebaik-baik pembahagian seperti berikut
a. 1/3 daging sedekah kepada fakir miskin
b. 1/3 daging untuk orang ramai
c. 1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban
2. Sunat dibahagi dalam keadaan mentah
3. Haram diberi kepada orang kafir
4. Daging korban nazar haram dimakan oleh orang yang berkorban.
Hikmah Korban
1. Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
2. Memberi peluang fakir miskin sama-sama menikmati daging korban.
3. Menimbulkan rasa syukur atas nikmat Allah.
4. Memupuk sifat ikhlas dan menambah ketakwaan
5. Memupuk semangat berkorban untuk meninggikan syiar Islam.
6. Memupuk perasaan mahabbah dan silaturrahim.
Kenapa dikatakan Ibadah Korban?
Sebab bukan mudah nak laksanakan ibadah korban ni. Perlukan keimanan yang tinggi.
Ye lah.. Nak buat ibadah korban kena kumpul duit semata-mata untuk buat korban.. Ingat mudah.. Kita ni kalau kumpul duit nak pergi melancong, nak beli emas atau hal dunia senang... Tapi kalau nak buat pahala ada saja beralasan kan... Itulah nafsu kita mengatasi iman.
Moga lepas ni kita tekad kan diri untuk melaksanakan ibadah korban. Pahalanya besar tak boleh nak cerita.. Andai kata nampak... Dah lama kita jadi jutawan hanya kerana kita buat ibadah korban. Insha Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/08/info-dan-fakta-tentang-ibadah-korban.html