Fakta Pelaburan Unit Trust Yang Anda Wajib Tahu


Tahukah anda mengenai pelaburan ‘Unit Trust’ atau kata lainnya iaitu Unit Amanah? Tahukah anda tentang kelebihan unit trust ini yang berpotensi memberi keuntungan berlipat ganda kepada para pelaburnya?


Namun, masih ramai di antara kita yang dilihat masih tidak yakin dengan potensi pelaburan unit trust itu sendiri. Mengapa perkara tersebut boleh terjadi?

Kadangkala, perkara tersebut terjadi bukan kerana kita tiada wang untuk melabur, tetapi disebabkan oleh ketidakfahaman kita tentang maksud sebenar unit trust yang seterusnya membina kesangsian terhadap potensi unit trust itu sendiri.

Unit trust juga dikenali sebagai Mutual Fund di negara lain seperti Amerika Syarikat secara amnya merupakan suatu pelaburan berkelompok.

Pelaburan ini membenarkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam sesebuah portfolio sekuriti yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Ini bermakna, pemegang unit pelaburan unit trust sebenarnya tidak membeli saham terus kepada portfolio atau di kaunter saham sebaliknya, pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit.

Jika nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit yang dilaburkan juga akan naik atau turun.

Setiap pelabur yang berdaftar akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai Sijil Unit Amanah.

Bilangan unit yang dipegang oleh setiap pelabur pula bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.

Bagaimana pelaburan unit trust ini berfungsi?

Di dalam pelaburan unit trust, wang anda akan dikumpulkan bersama pelabur-pelabur lain sehingga menjadi jumlah yang besar dan akan dilaburkan ke dalam pelbagai saham ‘equity’ dan ‘bond’.

Kepelbagaian pelaburan ini dapat mengurangkan risiko kerana tidak terhad untuk bergantung kepada satu saham semata-mata.

Jika anda memilih untuk melabur di dalam unit amanah yang berlandaskan Islam/Syariah, wang yang anda laburkan hanya akan digunakan ke dalam saham-saham yang mematuhi syariah Islam sahaja.

Hal ini sebenarnya secara tidak langsung telah membantu pertumbuhan sistem kewangan Islam.

Pelaburan dan aktiviti jual beli saham anda pula akan diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berpengalaman.

Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk memantau turun naik harga saham di pasaran setiap hari, kerana pengurus dana yang dilantik akan sentiasa berusaha untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan anda.

Konsep mudah

Kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.

1. Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham.

Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana unit trust). Bezanya keuntungan ASB dalam bentuk dividen + bonus sedangkan keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.

2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.

UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Sehingga 31 Oktober 2016, terdapat 37 Syarikat Pengurusan Unit Amanah, antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.

3. Fund/Dana = Tabung

Setakat 31 Oktober 2016, terdapat 641 dana yang diluluskan di Malaysia dan 199 daripadanya adalah berasaskan patuh syariah (Islamic Fund).

Antara dana yang popular (beri pulangan yang tinggi) adalah Kenanga Syariah Growth Fund, Eastspring Investments Dana Al-Ilham, PMB Shariah Aggressive Fund.

Apa maksudnya melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?

Maksudnya, selain tunai, pelabur juga boleh menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP namun, ia hanya tertakluk kepada dana yang diluluskan oleh KWSP sahaja.

Selain itu, melabur guna KWSP agak leceh. Hanya boleh dikeluarkan sekali setiap 3 bulan. Maknanya setahun 4 kali kena isi borang.

Dimana Unit Trust laburkan duit kita?

Apabila kita membeli unit trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya kita melabur dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham dunia). Cuma yang tolong jual beli saham itu adalah fund manager yang dilantik.

Berapa minimum untuk mula melabur dalam Unit Trust?

Nilai minimum untuk pelaburan adalah berbeza-beza mengikut mengikut syarikat atau dana. Selalunya sekitar RM100 – RM1,000.

Berapa purata pulangan Unit Trust?

Secara keseluruhannya, daripada laporan BANK NEGARA (2002 – 2012) purata pulangan;
Akaun simpanan bank biasa: 1.3%Simpanan Tetap (FD): 3.47%Unit Trust: 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia).
Isu-isu berkaitan Unit Trust

1. Halal atau Haram

Ramai yang mungkin tertanya-tanya sama ada pelaburan di dalam unit trust ini adalah halal atau tidak.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kepada pelabur untuk membuat kajian tentang unit trust yang bakal disertai kerana di Malaysia terdapat banyak unit trust berdaftar yang berlandaskan syariah.

Islamic Unit Trust yang telah tersenarai di Suruhanjaya Sekuriti adalah yang telah diluluskan dan halal untuk dibuat pelaburan.

2. Adakah Skim Cepat Kaya

Selain itu, unit trust adalah satu perniagaan yang telah diluluskan oleh kerajaan. Pelaburan unit trust bukanlah perniagaan haram skim cepat kaya.

Portfolio akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘unit holders’.

Untuk menjaga kepentingan kepentingan para pelabur, seorang pemegang amanah (trustee) akan dilantik.

'Trustee’ merupakan pemilik sah ke atas semua aset dalam Unit Trust Scheme bagi pihak pemegang unit.

Apa kelebihan melabur dalam unit trust?

1. Kepelbagaian atau Diversification

Unit Trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil membuat pelaburan dengan mudah.

Dengan modal yang sedikit, pelabur berpeluang menyertai lebih banyak sektor/aset.

Kepelbagaian atau diversification ini mampu meminimumkan risiko para pelabur kerana tidak melabur dalam satu portfolio sahaja.

Jika pelabur mengalami kerugian di satu portfolio, kerugian tersebut boleh diimbangi dengan keuntungan yang diperolehi daripada portfolio yang lain.

2. Pengurusan dana profesional

Pelaburan dana dalam unit trust akan diuruskan oleh pengurus dana profesional dan terlatih jadi, anda tidak perlu risau kerana mereka ini bukan sahaja berkemahiran, malah berpengalaman dalam menguruskan pelaburan.

Mereka akan memastikan wang yang kita labur akan dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang mampu menghasilkan keuntungan lumayan berdasarkan kaji selidik yang telah mereka jalankan.

3. Liquidity (Kecairan) yang tinggi

Perkara yang paling penting bagi seorang pelabur untuk melakukan satu pelaburan adalah tahap kecairan aset yang dilabur itu.

Semakin tinggi tahap kecairan aset, semakin tinggi nilai aset tersebut. Unit trust membolehkan pelabur menebus atau menjual semula unit-unit yang dipegang pada bila-bila masa dan bayaran akan diperolehi dalam jangka masa yang singkat.

Masalah dan keburukan pelaburan unit trust

1. Tiada hak pengawalan dalam pengurusan dana

Dalam pelaburan unit trust, pelabur tidak mempunyai hak untuk memilih portfolio pelaburan mereka sendiri kerana pemilihan tersebut hanya dikendalikan oleh pengurus dana profesional yang telah dilantik.

2. Kos yang agak tinggi

Bagi menanggung kos pengendalian dana, permohonan dan pengurusan akaun dan lain-lain lagi, pelabur akan dikenakan caj permulaan sekitar 3% hingga 6%.

Disebabkan kita menggunakan khidmat pengurus dana untuk melaburkan duit kita, terdapat fees yang dikenakan:
Sales charge: dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian.Management fee: dikenakan setahun sekali.Trustee fee: dikenakan setahun sekali.Switching fee: dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain.Redemption fee: dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.
Namun, caj-caj tersebut dikawal selia serta diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan bertujuan bagi menanggung kos pengurusan dana.

Selain itu, semua caj yang dikenakan akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada para pelabur melalui prospektus skim unit trust.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/fakta-pelaburan-unit-trust.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu

Info Dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 2681 hits
Info dan Fakta Tentang Ibadah Korban Yang Wajib Semua Orang Tahu Bermula 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan ibadah korban Korban semua orang tahu tapi sejauh mana kita hayati maksudnya Bab ib...
4 Langkah Serta Tips Untuk Memulakan Pelaburan Unit Amanah

4 Langkah Serta Tips Untuk Memulakan Pelaburan Unit Amanah

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 280 hits
Ibu bapa kini dilihat semakan celik kewangan dengan pelbagai instrumen kewangan yang tersedia Ada yang memilih untuk melabur ke dalam ASB Tabung Pendidikan SSPN Unit Trust emas dan juga saham seperti Amanah Saham Hartanah sebagai jalan untu...
Employing The Trust But Verify Policy For Khat Lessons

Employing The Trust But Verify Policy For Khat Lessons

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 232 hits
I must admit I thoroughly enjoy watching DAP getting roasted by the anti khat crowd that acted out of fear and hatred DAP is having its comeuppance Having ridden on the beast of such negative sentiments to ballot success it now finds it ris...
Ini Muka Perempuan Rompak 2 Unit Handphone Aku Mangsa

Ini Muka Perempuan Rompak 2 Unit Handphone Aku Mangsa

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 296 hits
The Reporter Ya Allah aku baru lepas kena rompak Tolong saya kawan kawan Ini muka perempuan tu nasib baik aku sempat tangkap gambar kata Amirul Nor di Facebooknya yang mendakwa dua unit telefon bimbit yang hendak dijual dirembat oleh seoran...
Honda Adv150 Laris Manis Di Giias 2019 Dipesan 1 802 Unit

Honda Adv150 Laris Manis Di Giias 2019 Dipesan 1 802 Unit

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 167 hits
Tiga sepeda motor anyar PT Astra Honda Motor Honda ADV150 Honda Monkey dan Honda Genio berhasil memikat konsumen di pameran GaIIAS tahun ini yang rampung Minggu malam Ketiga model baru ini tercatat laris terjual sebanyak 2 254 unit dan berk...
Rohingya Not Returning Home Due To Trust Deficit Saifuddin

Rohingya Not Returning Home Due To Trust Deficit Saifuddin

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 208 hits
Trust deficit remains among the Rohingyas and that has caused thousands of them to refuse to return home said Foreign Minister Saifuddin Abdullah We understand that the repatriation cannot happen as there is a trust deficit now The Rohingya...
Perlukah Membuka Ikatan Rambut Ketika Mandi Wajib Bagi Perempuan

Perlukah Membuka Ikatan Rambut Ketika Mandi Wajib Bagi Perempuan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 409 hits
Mandi dalam bahasa Arab ialah al ghuslu yang bermaksud mengalirkan air pada sesuatu manakala menurut istilah pula ialah menuangkan air ke seluruh anggota badan dengan tata cara yang khusus bertujuan untuk menghilangkan hadas besar Dalam Isl...
Elak Kontroversi Keputusan Kerajaan Bn Wajib Disemak Kabinet

Elak Kontroversi Keputusan Kerajaan Bn Wajib Disemak Kabinet

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 300 hits
Elak kontroversi Keputusan kerajaan BN wajib disemak kabinetOleh August 12 2019Majoriti rakyat Malaysia tidak tahu keputusan melaksanakan pengajaran seni khat Jawi oleh Kementerian Pendidikan adalah keputusan lama yang telah dibuat oleh ker...
5 Sajian Malaysia Wajib Ada Di Bufet Hotel

5 Sajian Malaysia Wajib Ada Di Bufet Hotel

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 370 hits
Kredit gfycat Bufet di hotel sememangnya satu syurga bagi peminat makanan atau foodie Apa saja anda mahu pasti ada di sana dan yang paling penting sekali anda boleh makan sebanyak mana anda boleh pada harga yang berpatutan Namun begitu apab...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque

Kelas Tauhid Bersama Sofea